
Kos perubatan dijangka akan meningkat sebanyak 12.7%** dalam tempoh 5 tahun akan datang. Tingginya!
Dengan peningkatan ni, keadaan pasti akan menyebabkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan millennial, menghadapi kesukaran melunaskan bil perubatan yang kian melambung sekiranya mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan atau pembedahan.
Jadi menyedari hakikat berkenaan dan bagi memastikan golongan millennial mempunyai perlindungan yang secukupnya ketika mereka baru mengorak langkah untuk berdikari, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan Kad Perubatan Online yang pertama di pasaran Malaysia.

AXA eMedic dapat membantu golongan millennial yang terdiri dari kalangan profesional serta keluarga muda membuat persediaan untuk menghadapi situasi luar jangkaan.
Dengan pelancaran eMedic, AXA AFFIN Life kini menawarkan insurans nyawa, kesihatan serta perlindungan kanser secara dalam talian dengan hanya beberapa klik sahaja dan ini menjadikan AXA AFFIN sebagai perintis digital disrupsi di Malaysia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lebih Utamakan Masa Dengan Keluarga, SAHARUL RIDZWAN Fokus Bisnes Dan Lebih Selasa Kerja Waktu Pejabat

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran pelakon tampan dan juga bekas peserta program Hero Remaja, Saharul Ridzwan. Walaupun jarang muncul di kaca televisyen ketika ini, kali terakhir dia dilihat beraksi adalah menerusi filem Cost Guard Malaysia: Ops Helang sekitar awal tahun ini.

Mengakui sudah 2 tahun tidak berlakon dalam mana-mana drama TV, Saharul Ridzwan menjelaskan bukannya tiada tawaran berlakon drama mahupun telefilem sebaliknya dia mahu memberi fokus pada perniagaan Qaabila Skincare diusahakannya.
“Saya masih meneruskan karier lakonan dan jika ada tawaran berlakon drama atau naskhah menarik, saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu. Buat masa ini, saya sibuk untuk mengembangkan bisnes yang juga jaminan untuk masa depan saya dan keluarga.
“Saya juga sudah berasa selesa dengan rutin kerja sekarang yang bermula jam 9 pagi dan selesai jam 5 petang terus pulang ke rumah untuk bersama keluarga,” katanya kepada media.

Untuk rekap, suami kepada Qaabila Deena Emir atau lebih dikenali sebagai Deena Emir ini Deena yang juga punya peniagaan sendiri Wrap Boutique House menimang cahaya mata ketiga yang diberi nama Khadijah Alkubraa sekitar 31 Januari lepas.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga ligat mengusahan produk kecantikan mereka. Mac lepas, satu lagi produk keluaran Qaabila Skincare dilancarkan iaitu Habbapro Series – Habbapro Cleanser.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama RYUJI SATO ‘Trending’, Peminat Bola Sepak ‘Gali’ Info Pengadil Dari Jepun Ini

Tak puas hati! Itu luahan peminat bola sepak Malaysia yang kecewa dengan mutu pengadilan Ryuji Sato selaku pengadil dalam pelawanan Malaysia menentang Vietnam, malam tadi.
Seperti berdendam dengan skuad Harimau Malaya, pengadil dari Jepun ini dilaporkan berat sebelah apabila membuat beberapa keputusan tak masuk akal hingga menyebabkan Malaysia tewas 0-3 pada perlawanan ketiga kumpulan A Piala AFF di Stadium National My Dinh, Hanoi, Vietnam.


Ini selepas pengadil berkenaan menghadiahkan sepakan penalti penuh kontroversi yang menyebabkan skuad kendalian Kim Pan Gon ketinggalan 0-2 pada minit 64.
Dikatakan tindakan Ryuji Sato itu berkemungkinan kerana Azam Azmi Murad menendang muka pemain Vietnam apabila berada di luar luar padang menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan negara dan menghadiahkan sepakan penalti untuk tuan rumah.
Namun lebih mengejutkan ia bukanlah kali pertama Ryuji Sato ‘berpihak’ kepada Vietnam. Bahkan senario sama turut berlaku ketika Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) Jun tahun lalu apabila pengadil berkenaan menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika perlawanan berbaki 10 minit sebelum wisel penamat ditiup.


Sebaik saja pelawanan Malaysia dan Vietnam tamat malam tadi, media sosial milik Ryuji Sato ‘diserbu’ peminat bola sepak tanah air mengkritik sikap pengadil tersebut yang dilihat berat sebelah dan kerap membuat keputusan luar biasa.


Selain itu, komen di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dipenuhi dengan kritikan terhadap Sato yang menjadi punca Malaysia terpaksa melalui laluan berliku untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya pada saingan Piala AFF 2022.
Pada perlawanan terbabit Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam menerusi jaringan yang disumbangkan Nguyen Tien Linh (29′),Que Ngoc Hai (penalti pada minit 64) dan Nguyen Hoang Duc pada minit ke-83.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
DERITA SERANGAN GOUT, Ketahui Faktor Mengapa Ia Menyerang.

Keseronokan menyambut musim perayaan, majlis keraian dan sebagainya barangkali tidak wujud dalam kamus penghidap gout. Sakitnya tidak terperi, menyucuk dan menikam sehingga seluruh jiwa tertekan. Bermula dengan kesakitan teruk di bahagian ibu jari kaki, serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba diikuti rasa panas dan membengkak. Kata mereka yang menderitainya, bukan saja sukar berjalan, malah geseran dengan selimut pun sudah amat menyeksakan!
Tercatat sebagai salah satu di antara penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia, gout tercetus akibat asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik ini merupakan bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Jika lazimnya tubuh kita menyingkirkan bahan kumuhan ini melalui air kencing, tetapi bagi penghidap gout, asid itu tidak dibuang tetapi berkumpul di dalam sendi.
Laporan kes gout mendapati ia jarang sekali dialami oleh kaum wanita sebelum menopaus. Sebaliknya, gout sering menyerang kaum lelaki dalam lingkungan usia 30 ke 60 tahun. Antara tanda-tandanya:

- Sakit menyerang ibu jari kaki.
- Sendi yang diserang menjadi bisa.
- Sakit berlarutan sehingga 1-2 minggu jika tanpa rawatan.
- Boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
PUNCA
Timbunan sisa asid urik berlebihan dalam darah (hyperuricemia) atau jika buah pinggang gagal menghapuskannya dalam kuantiti yang besar boleh membentuk kristal yang berkumpul di dalam sendi, buah pinggang, kulit dan tisu lembut yang lain. Sesetengah makanan berprotein tinggi dan minuman seperti teh, kopi dan koko juga boleh menghasilkan asid urik berlebihan, selain perubahan mendadak dalam diet atau penurunan berat badan secara drastik akan meningkatkan risiko gout.
Penghidap gout juga sering menghidapi masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes. Selain modifikasi diet, rawatan di bawah boleh dilakukan untuk menyembuhkan gout.
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
- Colchicine (boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit).
- Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
RAWATAN JANGKA PANJANG
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik. Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

- Elakkan minuman keras.
- Elakkan pengambilan makanan yang tinggi purin seperti organ dalaman haiwan (hati, paru-paru, ginjal), ikan bilis, ikan kembung atau sardin, daging cincang, ekstrak daging (Marmite atau kiub rebusan daging) serta makanan laut seperti ketam, udang dan kerang.
- Kurangkan pengambilan makanan seperti asparagus, bunga kubis, cendawan dan bayam, kekacang, ayam serta bijirin.

PENCEGAHAN
- Amalkan gaya hidup sihat untuk memastikan paras asid urik yang normal dan mengelak dari penyakit yang berhubungkait dengan gout.
- Ambil allopurinol secara berterusan. Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
- Minum banyak air.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



