Bertambah lagi seorang penyeri rumah tangga selebriti wanita ini. 9 Jun lepas, pelakon dan pengacara Raja Farah selamat melahirkan bayi perempuan dan pilih nama Ilana untuk anak keempat ini. Alhamdulillah, kini ibu dan anak berada dalam keadaan baik dan teruja dengan kehadiran cahaya mata baharu berkenaan.
Berkongsi perkembangan terkini di media sosial, bintang filem Haq ini turut berkesempatan memuat naik video memaparkan dirinya sebelum dan selepas kelahiran anak keempat.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan wajah tenang Raja Farah sewaktu mengalami kontraksi.
Isteri jelita Iskandar Ismail ini dilaporkan selamat bersalin pada 9 Jun lalu di sebuah hospital swasta.
Genap seminggu selepas kelahiran, ibu berusia 35 tahun ini mengumumkan nama bayi perempuan tersebut. Raja Farah dalam pada itu memaklumkan memilih nama Ilana untuk anak keempat.
“Alhamdulillah. Hari ni genap tujuh hari usia baby. InshaAllah kami menamakan zuriat keempat kami ini ‘ILANA BINTI ISKANDAR’.
Doakan Ilana menjadi anak yang solehah dan segala doa yang baik-baik untuk Ilana. InshaAllah. Aamiin Ya Rab. Terima kasih semua.”
Ads
Nama Raja Farah mula dikenali peminat seni tanah air sekitar awal tahun 2000. Sepanjang bergelar anak seni, dia berjaya membintangi banyak drama dan filem.
Antara lakonan hebat Raja Farah termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal dan Salon.
Antara rakan artis seperjuangan dan melonjak populariti pada era itu ialah Diana Amir dan Yana Samsudin.
Ads
Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Imran, Ilham dan Intan.
Wajah cantiknya menghiasi iklan komersial TV, Beras Floral ketika dia baru menginjak usia remaja. Selain berlakon, Raja Farah juga pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amboi, tudung bawal Che Ta ‘laku keras’ di pasaran! Pelakon yang juga usahawan jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta menjadi bualan ramai dek tudung bawal keluaran baharunya yang bertatah mutiara laris di pasaran.
Mana tidaknya, tudung bawal yang cukup sinonim dalam kalangan para hijabi tersebut bukan saja berkualiti. Malah dijual pada harga mampu milik iaitu RM25 sehelai.
Khabarnya dalam masa kurang dua jam, sebanyak 20,000 helai tudung bawal Che Ta telah berjaya dijual!
Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1
Tidak menyangka penerimaan pelanggan terhadap tudung tersebut meraih sambutan menggalakkan, usahawan berusia 50 tahun ini meluahkan rasa syukur.
“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka akan mendapat sokongan sebegini. Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong terutama para stokis yang sentiasa berada di belakang saya.”
Bawal Che Ta yang diperbuat daripada material cotton voile terdapat dalam pelbagai variasi warna menarik. Antaranya beige, kelabu, biru dan merah jambu.
Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1
Kredit Instagram @rozitachewan1
Yang pasti, ini bukanlah kali pertama Che Ta menjual produk keluarannya dengan harga mampu milik.
Terdahulu, isteri Zain Saidin ini memperkenal inai ‘instant’ Inai Che Ta pada September lepas yang diusahakan bersama rakannya, Anas Zahrin.
Difahamkan inai tersebut sudah terjual sebanyak 100,000 kotak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bulan Ramadan bakal menjelang. Ramai yang bertanya tentang bayaran fidyah terutama dari kalangan ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan orang tua yang uzur. Kebanyakannya belum sempat menggantikan puasa atau tiada kemampuan melaksanakan ibadah tersebut.
Sebahagian kecil orang Islam terlalu menyulitkan diri mereka sendiri, padahal prinsip Islam adalah mudah, tidak menyusahkan. Umpamanya menjadikan PKP sebagai alasan tidak membayar fidyah. Di Selangor, terdapat dua kaedah pembayaran fidyah iaitu melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau Lembaga Zakat Selangor (LZS MAIS).
Pada masa PKP ini, bayaran fidyah boleh dibuat secara online.
Tapi sebelum itu, ikuti soal jawab di antara Nona & Pengarah Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tuan Indera Shahril Mohd Shahid ini berkaitan fidyah secara ringkas.
Ustaz Indera Shahril
HUTANG DENGAN ALLAH
Nona: Pengertian fidyah?
MAIS: Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.
Nona: Apakah dalil pensyariatan fidyah?
MAIS: Daripada Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud:
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.Al-Baqarah: 184
Manakala hadis daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.Riwayat al-Tirmizi
HUKUM FIDYAH
Nona: Apakah hukum membayar fidyah?
MAIS: Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Nona: Apakah sebab-sebab kita dikenakan fidyah?
MAIS: Terdapat beberapa sebab yang dibolehkan bagi meninggalkan puasa, antaranya…
(a) Meninggalkan puasa kerana tua
Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan jika mereka berpuasa akan memudaratkan dirinya sendiri dankesihatan tubuh badannya.
(b) Meninggalkan puasa kerana sakit kronik
Orang yang sakit berpanjangan dan tidak diharapkan boleh sembuh berdasarkan pengesahan doktor perubatan.
(c) Meninggalkan puasa kerana hamil
Wanita yang bimbang akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
(d) Meninggalkan puasa kerana menyusukan anak
Ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
(e) Meninggalkan puasa kerana musafir atau sakit dan tidak qada’ puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak menggantikan (qada’) puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib menggantikan (qada’) puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
(f) Melambatkan ganti puasa (qada’)
Mereka yang melambat-lambatkan ganti (qada’) puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan) dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
(g) Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
BAYARAN FIDYAH
Nona: Bagaimana kiraan fidyah dibuat?
MAIS: Kiraan fidyah dihitung dari berapa banyak hari puasa Ramadan yang ditinggalkan. 1 hari bersamaan 1 cupak. Contohnya; (hari yang ditinggalkan) X (1 cupak) = FIDYAH
Nona: Jadi, berapa kadar fidyah?
MAIS: Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak 1 cupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor sehingga tahun 2019, iaitu secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 1.80.
Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Hanya masukkan jumlah keseluruhan puasa yang ditinggalkan.
Nona: Bagaimana membuat bayaran fidyah secara online?
MAIS: Di Selangor terdapat dua kaedah pembayaran fidyah iaitu melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau Lembaga Zakat Selangor (LZS MAIS). Pada masa PKP ini, bayaran boleh dibuat secara atas talian iaitu:
Mengiringi DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj baru-baru ini di majlis pelancaran Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina (ERKC) di Bandar Elmina, Subang, Tengku Permaisuri Norashikin tampil dengan gaya kasual namun tetap menawan.
Turut berangkat, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Baginda berkenan melawat ke tapak pameran yang disediakan Sime Darby Property Berhad dan mendengar penerangan mengenai penubuhan ERKC sejak Oktober 2020, sebelum menandatangani plak dan melancarkan pusat ilmuan berkenaan.
Baginda bertitah agar pihak Universiti Putra Malaysia (UPM), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor serta syarikat-syarikat korporat yang berminat agar bekerjasama untuk mencapai sasaran penanaman 11 juta pokok di seluruh Negeri Selangor menjelang tahun 2026.
Ini demi memastikan kelestarian alam sekitar dan bekalan udara bersih sentiasa dipelihara demi kesejahteraan rakyat negeri ini.
Baginda juga mahu agar penanaman semula pokok-pokok khususnya pokok bakau diperluas dan akan dipantau sendiri oleh DYTM Tengku Amir Shah.
Inisiatif-inisiatif ini adalah sebahagian usaha bagi mengekalkan sehingga 31 peratus gazet kawasan Hutan Simpan Kekal dan tadahan air bersih di seluruh Negeri Selangor.
Pada majlis ini, Tuanku Sultan, Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Amir Shah turut berkenan menanam anak pokok merbau sebagai simbolik pelancaran.
Kredit Foto: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.