Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Jakarta, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 September ini.
Kesempatan tersebut turut digunakan oleh beliau untuk menghadiri sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Program yang diberi nama Temu Anwar merupakan program dialog Perdana Menteri yang julung kalinya diadakan di luar negara.
Program tersebut turut menampilkan beberapa selebriti terkenal Indonesia antaranya termasuklah Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina. Selain itu, turut kelihatan menghadiri program tersebut termasuklah penyanyi dan komposer muzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani, Nur Fazura dan ratusan anak muda dalam suasana penuh harmoni serta santai.
Momen pertemuan pemimpin nombor satu negara itu dikongsikan oleh beberapa selebriti Indonesia yang nyata teruja menerima kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia. Penyanyi dan komposer muzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani menganggap perjalanan hidupnya tidak banyak berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila penyanyi Kumpulan Dewa 19 itu berkongsi kisah pernah dipenjarakan satu ketika dahulu.
Ads
Tampil berseloroh ketika menyampaikan ucapan di pentas, Ahmad Dhani berkata, dia dan Anwar Ibrahim pernah dipenjara oleh pihak atasan.
“Anwar sama saya, pernah dipenjara oleh rejim, cuma Pak Anwar sudah menjadi orang nombor satu, saya belum,” ujarnya dalam nada bergurau.
Untuk rekod, vokalis kumpulan Dewa 19 itu pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur, Indonesia atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter pada Januari 2018 sebelum dibebaskan pada Disember 2019.
Ads
Sesi tersebut juga merupakan ruang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan secara santai akan hala tuju Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani untuk difahami warga hadirin, termasuk mereka yang menyaksikan secara langsung di alam maya.
Ads
Selain selebriti Indonesia, kelibat Nur Fazura turut kelihatan di salah satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Alhamdulillah, Faz telah berpeluang menyertai para seniman, seniwati dan pempengaruh terkemuka Indonesia dalam Program ‘Santai Bersama Anwar’ di Jakarta, Indonesia. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah sudi menyantuni kami semua dengan mesra, serta memberikan pelbagai pandangan berkaitan budaya dan landskap seni kedua-dua negara,’ ujar Fazura melalui Instagram miliknya.
YAB Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam heboh diperkatakan aplikasi kiriman mesej popular WhatsApp tidak beroperasi sepenuhnya. Memang benar, semalam terdapat sedikit gangguan kepada perkhidmatan gergasi media sosial iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Photo by Tracy Le Blanc from Pexels
Dilaporkan aplikasi tersebut sedang menghadapi masalah dan pengguna tidak berupaya untuk menerima suapan baharu. Berdasarkan laporan DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada jam 11.30 malam (waktu Malaysia) untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.
Foto: www.123rf.comFoto: www.123rf.com
Itu baru beberapa jam aplikasi tersebut tak dapat diakses. Walau bagaimanapun, aplikasi kiriman mesej popular WhatsApp telah mengumumkan akan berhenti berfungsi untuk 52 buah telefon pintar bermula 1 November ini.
Mungkin berjuta-juta pengguna tidak dapat menggunakan aplikasi sosial tersebut melainkan mereka menaik taraf peranti mereka atau mengemaskini sistem operasi telefon pintar masing-masing.
Foto: www.123rf.com
Menurut WhatsApp, langkah itu adalah bagi melindungi pengguna dan memastikan aplikasi berkenaan selamat.
Bagi peranti yang menggunakan sistem operasi Android, WhatsApp berkata, ia hanya akan menyokong Android 4.1 dan ke atas.
Photo by PhotoMIX Company from Pexels
Bagi telefon pintar yang menggunakan sistem operasi iOS pula, WhatsApp hanya menyokong kemas kini iOS 10 dan ke atas.
Telefon pintar yang termasuk dalam senarai adalah:
Galaxy Trend Lite
Galaxy Trend II
Galaxy SII
Galaxy S3 mini
Galaxy Xcover 2
Galaxy Core
Galaxy Ace 2
Lucid 2
Optimus F7
Optimus F5
Optimus L3 II Dual
Optimus F5
Optimus L5
Best L5 II
Optimus L5 Dual
Best L3 II
Optimus L7
Optimus L7 II Dual
Best L7 II
Optimus F6, Enact
Optimus L4 II Dual
Optimus F3
Best L4 II
Best L2 II
Optimus Nitro HD
Optimus 4X HD
Optimus F3Q
ZTE V956
Grand X Quad V987
Grand Memo
Xperia Miro
Xperia Neo L
Xperia Arc S
Alcatel
Ascend G740
Ascend Mate
Ascend D Quad XL
Ascend D1 Quad XL
Ascend P1 S
Ascend D2
Archos 53 Platinum
HTC Desire 500
Caterpillar Cat B15
Wiko Cink Five
Wiko Darknight
Lenovo A820
UMi X2
Run F1
THL W8
iPhone SE
iPhone 6S
iPhone 6S Plus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Batik adalah sesuatu yang indah, setiap karya dibuat dengan teliti yang membuatnya layak dianggap sebagai karya seni.
Tradisi yang berusia seratus tahun ini telah dihargai melalui dedikasi, kemahiran dan kepakaran oleh pencipta seni Batik yang sering tidak kelihatan dan tidak didengari.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tanahair ke 65 tahun ini, Naelofar meraikan warisan seni Batik Malaysia melalui kerjasama artis Batik Malaysia, Rosliza Muhammad dari Lizza Creations Kelantan, untuk mencipta Koleksi Seindah Batik.
Melalui kerjasama ini, Naelofar ingin mengajak para wanita untuk Go Far dan menyemarakkan semangat Anak Malaysia dengan membawa warisan tempatan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia Malaysia.
Koleksi ini menampilkan dua bunga tempatan Malaysia: Kenanga dan Cempaka. Ia merupakan sambutan unik tentang keindahan dan seni Batik yang disatukan dengan seni rekaan fesyen Naelofar, dengan setiap helaian dicipta semula secara digital daripada proses asal penciptaan Batik.
Koleksi Batik Seindah diperbuat daripada karya seni reka bentuk yang rumit untuk mempamerkan semangat Malaysia dengan penuh kebanggaan semasa kita menyambut kemerdekaan yang ke-65 tahun bersama-sama.
Menariknya, Naelofar juga akan turut membuat hadiah percuma Kotak Seindah Batik melalui akaun Instagram @naelofar, @neelofa, @noorkartini dan @athishakhan kepada Naelofar Babes yang bertuah. Kotak Seindah Batik yang terhad untukmenyingkap kisah penciptaan dan koleksi yang hanya boleh didapati melalui acara di Instagram.
Naelofar Babes boleh bersiap sedia dengan Batik Seindah Naelofar untuk menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Koleksi penuh boleh didapati melalui laman web rasmi Naelofar, kedai runcit, dan stokis sah mulai 23 Jun 2022.
Koleksi Seindah Batik merangkumi tudung berupa shawl, square, serta kaftan batik dan blaus dengan corak batik. Selain itu, ia turut mempunyai koleksi wristlet yang boleh dijadikan aksesori untuk meletakkan telefon bimbit anda!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datin Atikah Suhaime senyum lebar dapat hadiah kereta daripada suami tercinta baru-baru ini. Beruntung aktres kelahiran Singapura berkenaan kerana dikurniakan seorang suami yang baik. Sebagai menghargai jasa isteri tercinta, Datuk Lokman Teh menghadiahkan sebuah kereta mewah buat Datin Atikah.
Bukan calang-calang, kereta pemberian Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun tersebut dipercayai jenama buatan England iaitu Range Rover!
Apa tidaknya, jarang-jarang selebriti bertindak seperti bintang filem Longkai berkenaan. Walau berstatus VIP, tak malu pun mengaku kereta tersebut dibeli second-hand.
Ucap Datin Atikah, “Thank you baby for the new car.”
Perkongsian video itu sehingga kini meraih lebih 600 ribu tontonan dan mendapat lebih 16 ribu tanda suka daripada followers.
Menerusi video itu, jelas terserlah Datin Atikah Suhaime senyum lebar dapat hadiah kereta berkenaan. Datuk Lokman juga membawa kenderaan itu untuk proses coating dan polishing supaya kelihatan lebih cantik berkilat.
Dalam pada itu, Datin Atikah turut memberitahu dia bagaimana pun belum boleh memandu kereta tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Rata-rata mereka memuji tindakan Datin Atikah yang tidak meninggi diri dan menyenangi sikapnya.
Sejak menjadi menantu kepada pengasas produk Zaitun, Datin Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime aktif mempromosikan produk ubat gigi itu di media sosial.
Datin Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!