Selepas Genggam PhD, Isteri Harith Iskander Terima ANUGERAH SME100 Pula! Hebatnya Dr. Jezamine!

Tahun 2017 tentunya merakam kenangan terindah buat Dr. Jezamine Lim, 33, isteri kepada manusia paling kelakar di dunia iaitu Harith Iskander.

Selain baru menjadi wanita pertama yang menggenggam PhD dalam bidang kejuruteraan tisu dan sel stem pada hujung Oktober lalu, Dr. Jezamine sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi wanita termuda menerima anugerah SME100 2017 melalui syarikat Yakin Medic Sdn Bhd.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh beliau di media sosial sewaktu menghadiri majlis makan malam gala dan penyampaian anugerah berprestij anjuran SME Magazine pada 8 Disember lalu.

“What a way to end my 2017! From being a student, did my internship with Yakin Medic during my PhD, I was then appointed as one of the company’s director. In this year’s journey, we’ve only hit and achieved our target but gone beyond our goals. Breaking the limits, proud to be the youngest woman receiving this SME100 award,”

tulisnya.

Menurut sumber, bidang sel stem boleh dikomersialkan untuk tujuan perubatan dan sebagainya. Beliau juga berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran yang ada demi kepentingan sejagat.

Lebih mengujakan, anugerah tersebut berlangsung pada malam hari jadinya. Maka sejurus selepas majlis berakhir, suami dan teman-teman Dr. Jezamine telah mengatur satu kejutan bagi meraikan ulang tahun kelahirannya di hotel yang sama.

Memetik kata-kata Harith Iskander, “I have always maintained that a man should marry someone smarter than himself and I’m so glad I followed my own advice. Happy birthday, I am where I am today because of you and I count my blessings on a daily basis that you walked into my life on January 19th, 2009.”

Harith Iskander dan isteri bertolak ke Bali untuk percutian romantis sehari kemudian. Nona juga tertarik dengan kenyataan Dr. Jezamine bahawa beliau terpaksa mengorbankan waktu rehat, tidur dan tiada percutian keluarga selama enam tahun demi mengejar cita-citanya selama ini.

Sememangnya tanpa sokongan dan kerjasama suami, keluarga serta anak-anak mereka iaitu Zander Xayne Iskander, 5, Alessandra Jayne Iskander, 4, dan Zydane Xayne Iskander, 2, mungkin perjalanan Dr. Jezamine tidak akan selancar ini.

Syabas Dr. Jezamine! Beliau adalah lambang seorang wanita superwoman yang sangat hebat dan seharusnya kita banggakan. Selain bergelar isteri dan ibu, wanita kacukan Cina-India ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Harith Iskander Production serta Yakin Medic Neulife Stem Cell.

Justeru bayangkan bagaimana besarnya pengorbanan yang dibuat hingga pernah tidur tiga jam sehari. Dr. Jezamine juga tidak pernah mengabaikan keperluan anak-anak termasuklah menyusukan mereka secara eksklusif. Beliau turut menguruskan kerjaya suami, menyediakan semua jadual perancangan dan jadual pemakanan keluarganya dengan konsisten.

Satu perkara yang pasti, segala kesibukan ini pasti terubat apabila dapat mendengar jenaka suaminya setiap hari. Tiada yang lebih menghiburkan daripada mengahwini seorang lelaki yang dapat membuat kita ketawa dan memujuk dengan lembut apabila kita terluka. Patutlah orang kata lelaki kelakar itu seksi! Norzalina Mohd Alias

Foto: Instagram @drjezaminelim dan @harithiskander

IKLAN
Share