Selera Penonton Mula Berubah, Teruja Dengar Kutipan Filem Tombiruo Yang Kini CECAH RM5 JUTA Dalam 10 Hari!

Filem Melayu di pawagam rata-ratanya dikategorikan filem yang ditonton ‘secara tak sengaja’. Dah takde cerita lain. Dapat tiket percuma. Bukan tak ingin menyokong, tapi muak sebenarnya melihat jalan cerita yang suka digarap secara tidak bijak. Isinya hambar, kosong, langsung tak menguji fikiran!

Tapi Tombiruo lain dari yang lain. Kisahnya bukan stereotaip dan bikin penonton saspens dari awal sampai akhir. Pendek kata, ramai yang keluar pawagam dengan senyuman puas hati!

Mungkin kerana faktor inilah, filem tersebut berjaya mencuri hati penonton yang dahagakan genre aksi yang berkualiti. Bangkit tepat pada masanya, Tombiruo: Penunggu Rimba terus menghangatkan pawagam dengan kejayaan kutipan RM5 juta dalam tempoh 10 hari tayangan sejak 12 Oktober lalu.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Firdaus Hussamuddin berkata, beliau terkejut dengan penerimaan peminat filem Melayu terhadap Tombiruo: Penunggu Rimba.

“Sebenarnya saya terkejut dengan penerimaan masyarakat kerana filem genre begini biasanya susah diterima. Bagi mereka yang masih belum menonton Tombiruo, tak rugi menonton filem yang rare

ini,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini, karya yang diadaptasi daripada novel terkenal berjudul sama tulisan Ramlee Awang Murshid itu berjaya mencatat kutipan RM2 juta dalam tempoh empat hari tayangannya.

Penulis Ramlee Awang Murshid

Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan mengenai Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.

Filem aksi itu dibarisi pelakon mantap terdiri daripada Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M.Nasir dan ramai lagi.

Tombiruo diarahkan oleh Seth Larney bersama pengarah bersekutu, Nasir Jani dan menyaksikan gabungan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan berkolaborasi buat kali pertama selaku penerbit. Norzalina Mohd Alias

Syabas Tombiruo!

Kredit: Sinar Harian

IKLAN
Share