Kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh yang mengondol anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik ternyata cukup menggembirakan terutama sekali bagi rakyat Malaysia apatah lagi beliau merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak dan merupakan pelakon Asia pertama memenangi anugerah berprestij tersebut.
Namun tidak semuanya mudah bagi pelakon berusia 60 tahun ini. Michelle mengambil masa lebih 3 dekad untuk beliau mencipta nama dan menjadi salah seorang pelakon Asia yang paling terkenal di Hollywood.
Selain dari kejayaannya, kisah peribadi Michelle Yeoh juga turut mendapat perhatian, di mana sewaktu majlis anugerah tersebut, kelihatan susuk seorang lelaki yang duduk tenang disebelah, menemani dan menyorak kegembiraan saat Michelle naik ke pentas mengambil anugerah berkenaan.
Itulah Jean Todt, tunang Michelle Yeoh selama 19 tahun. Michelle Yeoh dan Jean Todt pertama kali bertemu di sebuah kejohanan di Shanghai pada tahun 2004. Jatuh cinta pada pandang pertama, mereka mula menjalinkan hubungan dan bertunang pada tahun 2005. Michelle berkata dia memuja “rasa jenaka yang tersembunyi” dan warna biru matanya.
Ads
Walaupun usia pertunangan mereka mencecah 19 tahun, mereka berdua masih belum berkahwin. Michelle berkongsi dek komitmen dan kesibukan, beliau tiada masa untuk merancang majlis diinginkan.
Jean yang lahir di Perancis pada tahun 1946 merupakan seorang eksekutif perlumbaan motor Perancis dan mengasaskan syarikat All Roads Management pada 2023 dan sangat aktif dalam dunia sukan permotoran. Jean juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Ads
Michelle juga sebenarnya pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Hong Kong, Dickson Poon dari 1988 hingga 1992. Bagaimanapun, pasangan itu tidak mempunyai anak sendiri.
Sebenarnya Poon yang memperkenalkan Yeoh kepada kerjaya dalam bidang hiburan. Mula-mula, dia membantunya muncul dalam iklan TV pada tahun 1984. Pelakon itu baru berusia 21 tahun ketika itu.
Ads
Yang pasti, perkahwinan bukanlah satu keutamaan untuk pasangan ini dan mereka berdua nampak matang dan berpengalaman dalam kerjaya masing-masing, malah memilih untuk menikmati kehidupan dan perlu memikirkan isu ‘komitmen’ dan perkahwinan. Semoga ada rezeki Michelle untuk naik ke pelamin pula.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat kita semua khususnya pemilik kenderaan persendirian. Berikutan isu pelekat cukai jalan yang mudah rosak dan susah untuk ditanggalkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di cermin depan kenderaan bermotor mereka, berkuat kuasa hari ini.
Pada sidang media, Siew Fook berkata ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.
Kredit foto: https://bjak.my
Beliau berkata, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.
“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syukur alhamdulillah! Lengkap sudah keluarga Stacy dan Akim Ahmad apabila mereka dikurniakan cahaya mata lelaki baru-baru ini. Sudah pun mempunyai dua anak perempuan, kehadiran zuriat lelaki ini pastinya menyerikan lagi rumah tangga pasangan romantis berkenaan.
Meluahkan rasa syukur dan gembira di platform media sosial masing-masing, Akim menerusi Instagram miliknya turut memuat naik gambar bayi mereka. Walau belum menunjukkan wajah penuh si comel, tapi perkongsian tersebut mendapat tumpuan peminat.
Dedah Akim Ahmad yang kini berusia 31 tahun, “Segala pujian selayaknya untuk-Mu Ya Allah, jam 10.19 pagi 6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 Hijrah. Isteriku tercinta Stacy Anam telah selamat melahirkan anak lelaki kami. Alhamdulillah.
Sementara itu, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam juga memanjatkan kesyukuran atas anugerah terindah itu sambil mendedahkan kepada umum nama anak mereka, Isa.
“Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih Ya Allah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang wish. Starring Mami sudah tiba dan yang paling over excited dan risau of course Beyshal.
Tapi untung sudah besar-besar anak ramailah dapat tolong-tolong Mami especially diorang punya father jugalah. Thank you Dady Akim Ahmad. Mahu minta tolong ambil pampers pun berlumba semua.”
Mac lalu, Stacy mengesahkan dia hamil anak kedua dengan usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Penyanyi kelahiran Sabah ini juga bersyukur kerana kehamilan kedua ini dipermudah dari awal kelahiran hingga bersalin.
Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Eshaal. Stacy sebelum ini mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Bella De Luna Valentina.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Turki telah kembali. Di bawah sayap pemimpin Presiden Recep Tayyip Erdogan, beliau dengan tegasnya mengubah Hagia Sophia kembali menjadi rumah ibadah umat Islam seperti yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh atau Sultan Mehmed II, tahun 1453 lampau.
Bayangkan kiri kanan Turki meradang dengan keputusan Mahkamah membatalkan status bangunan itu sebagai muzium. Pemimpin agama lain juga membidas tapi Erdogan lantang menjawab…
‘Itu urusan Turki… Bukan urusan kalian’
Setelah sekian lama Hagia Sophia dijadikan muzium oleh pemerintah sekular Turki, akhirnya kini azan kembali berkumandang menandakan kemenangan Islam di bumi Istanbul.
Ketika laungan azan pertama berkumandang Sabtu lepas, kelihatan ramai umat Islam Turki berkumpul di perkarangan masjid sambil melaungkan takbir ‘Allahuakbar!’ berkali-kali.
Suasana ini seolah-olah satu kemenangan besar yang diraikan oleh umat Islam di sana.
Walaupun Hagia Sophia yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu merupakan bekas sebuah gereja Ortodoks, namun ia telah ditukar menjadi masjid selepas penaklukan empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453.
Sayang sekali pada 1934, ia telah ditukar menjadi muzium dan mula menjadi tempat tumpuan pelancong yang utama di Istanbul. Sejak itu umat Islam Turki bagai tenggelam ‘punca’ malah mereka pernah digelar sebagai ‘negara sakit di Eropah’.
Kemenangan Hagia Sophia juga membuktikan ketegasan Erdogan dalam tindakannya memperjuangkan hak Islam.
Tarikh 10 Julai 2020 melakar sejarah kemenangan Islam di TurkiAkhirnya umat Islam dibenarkan bersolat di Masjid Hagia Sophia, Istanbul
Mungkin selepas wabak COVID-19 reda dan kita dibenarkan bercuti semula, destinasi Istanbul, Turki seharusnya dalam senarai wajib dilawati. Teringin nak bersolat di bangunan bersejarah tu, katanya interior masjid memang cantik dan penuh dengan kisah mengasyikkan.
Anda pernah berkunjung ke Hagia Sophia?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak puas mata memandang kejelitaan wajah anak perempuan Azura Abdul Karim. Ternyata, Sarah Amanda Sahruddin mewarisi kecantikan ibunda tersayang yang merupakan bekas personaliti televisyen popular era 90an ...