Pernah rasa pengalaman berbuka puasa di Masjid Nabawi? Seronoknya berada di sana, cukup jamah sebiji kurma dan air, yang penting suasana muhibah berbuka ramai-ramai tanpa mengira status atau darjat. Inilah kelainan yang dibawakan dalam program Iftar Ala Madinah @Karangkraf tahun ini.
Berbeza daripada Ramadan tahun lalu, kesempatan meraikan fasa peralihan endemik sejak 1 April lalu membenarkan acara sebegini diadakan. Majalah Nona turut berpeluang menikmati pengalaman iftar ala Madinah ini yang dianjurkan oleh Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas.
Ads
Bayangkan betapa meriahnya suasana iftar pada waktu Maghrib. Dataran Karangkraf Shah Alam tiba-tiba dibanjiri Muslimin dan Muslimat yang turut serta menikmati pengalaman tersebut bermula 4 April hingga 2 Mei ini.
Suasana iftar
Sesi tazkirah
Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, pelaksanaan program itu bertujuan memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma selama 29 hari.
Menurutnya, ramai pihak yang terjejas terutama dari segi pendapatan susulan penularan COVID-19 hingga ada yang dibuang kerja, ditambah pula kos sara hidup dan harga makanan yang semakin meningkat ketika ini.
“Dalam masa sama, kami turut menggalakkan mereka yang berkeluarga untuk datang berbuka puasa di sini dan mereka juga boleh membawa makanan sendiri untuk berkongsi bersama-sama dengan kita serta orang awam.
Firdaus Hussamuddin
Kalau boleh, kita nak mereka duduk satu keluarga, tapi yang mana datang secara bersendirian atau dengan kawan, akan diasingkan ikut Muslimin dan Muslimat.
Yang penting kita nak wujudkan kembali suasana berbuka ala Madinah dan Mekah, untuk mereka yang merindukan kemeriahan dan suasana Ramadan itu sendiri, maka kita bawa konsep ini.” Firdaus
MENYERONOKKAN
Ads
Firdaus yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf berkata, menariknya program kali ini, orang ramai akan disajikan dengan pengisian tazkirah berdekatan masjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.
“Di samping itu, ada beberapa imam kita daripada Karya Bestari dan WUIF yang akan bergilir setiap hari untuk bacaan tazkirah dan mengimamkan solat maghrib dan solat terawih sepanjang program berlangsung.” Firdaus
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan individu perseorangan yang ingin berinfaq bersama-sama untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup.
Ads
“Kita juga galakkan pihak lain yang ingin sertai kita untuk memberi infaq makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun SINAR KARANGKRAF SDN BHD 564276 529068 (Maybank).
Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini juga perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian yang sama.”
Firdaus turut mengajak mana-mana individu yang ingin menjadi sukarelawan bagi mengendalikan program berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi sekretariat di talian 0192133315.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards.
Pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang berusia 60 tahun itu meraih anugerah berprestij itu hasil keberkesanan lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Michelle menewaskan pencabar-pencabarnya seperti Lesley Manville (Mrs. Harris Goes To Paris), Anya Taylor-Joy (The Menu), Emma Thompson (Good Luck To You, Leo Grande) dan Margot Robbie (Babylon).
Sebetulnya, ini merupakan kemenangan pertama Michelle dalam anugerah berprestij ke-80 itu sejak beliau mula menceburi dunia lakonan pada 1983.
Kejayaan merangkul anugerah ini sekali gus menjadi catatan rekod peribadi buat Michelle selepas 40 tahun membina populariti dan pengaruh dalam industri perfileman Hollywood.
Menerusi filem komedi Everything Everywhere All at Once, Michelle melakonkan watak Evelyn Quan Wang, seorang ibu separuh umur yang memiliki pengalaman berpindah lintas semesta untuk menyelamatkan dunia.
Sebaik menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards, Michelle berkata, perjalanan panjang kariernya itu akhirnya diiktiraf dan ia sangat berbaloi.
“Ini perjalanan luar biasa dan perjuangan besar untuk saya berada di sini, tapi rasanya ia berbaloi,” kata Michelle.
Menerusi rakaman yang dikongsi di pelbagai akaun media sosial, Michelle menemplak pihak produksi yang cuba ‘memotong’ ucapannya dengan berkata, dia tidak akan melepaskan peluang berkongsi aspirasinya di pentas itu.
“Saya menunggu 40 tahun untuk ini, jadi tunggu sebentar,” ujar Michelle.
Menyelak kembali perjalanan seninya, pelakon masyhur itu menyifatkan apa yang dilaluinya di Hollywood sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.
“Saya ingat pertama kali ke Hollywood dan itu rasanya mimpi jadi nyata. Semua orang berbahasa Inggeris.“Saya pula menghabiskan masa perjalanan datang ke sini (Hollywood) selama 32 jam dan menghabiskannya dengan belajar bahasa Inggeris! Terima kasih kerana percayakan saya,” sambung Michelle dalam nada terharu.
Sumber: ASTRO AWANI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak bersara dari arena sukan skuasy kira-kira tiga tahun lalu, macam-macam aktiviti dan program disertai Datuk Nicol David. Selain rancak memperkasa Pertubuhan Nicol David (NDO), baru-baru ini tokoh atlet negara tersebut dilantik sebagai Duta Penang Global Tourism!
Pelantikan tersebut nyata wajar diberikan kepada Datuk Nicol kerana selain merupakan anak jati Pulau Mutiara, anak kepada Desmond David dan Ann Marie David ini juga bekas jaguh skuasy bertaraf dunia.
Bersandarkan populariti dan pengaruh yang dimiliki, tidak mustahil wanita aktif berusia 39 tahun ini mampu menarik pelancong dari dalam atau luar negara bercuti di Pulau Pinang.
Kredit Facebook @nicoldavidofficialKredit Facebook @nicoldavidofficialKredit Facebook @nicoldavidofficialKredit Facebook @nicoldavidofficial
Melahirkan penghargaan atas pelantikan tersebut, Datuk Nicol menerusi media sosial miliknya sempat berseloroh. “They should have named me Char Koay Teow Tourism Ambassador!
My love for Penang food has no limits. Was truly an honour to eat all the amazing food and gain some kgs during this shoot showcasing my beautiful hometown. No complaints.
If I didn’t convince you to visit Penang in my previous posts, maybe FOOD will do the trick. Thank you Penang Global Tourism for the honour of being Ambassador.”
Kredit Facebook @nicoldavidofficialKredit Facebook @nicoldavidofficialKredit Facebook @nicoldavidofficial
Lagenda skuasy negara ini bersama bekas pemain Colombia, Mariana de Reyes selaku pengasas bersama menubuhkan Pertubuhan Nicol David dengan fokus melatih kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun yang berminat untuk menceburi sukan berkenaan.
Kredit Facebook @nicoldavidofficialKredit Facebook @nicoldavidofficialKredit Facebook @nicoldavidofficial
NDO dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Jun lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa menyangka, dalam diam rupa-rupanya penerjun kebanggaan negara, Nur Dhabitah Sabri selamat menjadi isteri kepada pelawak Jiggy Masin dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu. Menurut sumber, mereka memilih untuk berkongsi berita gembira itu pada waktu yang sesuai tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka namun
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi suami kepada Dhabitah pada Jumaat. Majlis akad nikah kami diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga seramai 150 sahaja.
“Kami tak ada niat pun nak sorok apa-apa… cuma nak jaga amanah dan janji keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak umumkan apa-apa selagi belum sah.
“Saya nak minta maaf kepada rakan media sebab sebelum ini saya tak respons soalan mengenai kami sebab seperti yang saya katakan, nak jaga janji dan amanah keluarga,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi mengenai perkenalan mereka sejak lebih setahun lalu, Jiggy memberitahu dia mula berkawan dengan atlet penerjun berusia 23 tahun itu ketika bertemu di sesi fotografi.
“Saya dan Dhabitah dah kenal lebih kurang setahun lebih juga lah. Mula-mula kami berkawan saja sebab jumpa masa sesi fotografi sama-sama.
“Kemudian kebetulan ada shooting program sama-sama. Jadi, dari situ macam rapat tapi memang tak ada plan nak kahwin ke waktu itu. Tapi, Alhamdulillah jodoh kami,” ujarnya.
Sementara itu, Jiggy berkata mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi namun belum ada tarikh memandangkan isterinya akan ke China selama sebulan untuk sesi latihan.
“Majlis buat dekat rumah Dhabitah… Insya-Allah resepsi ada tapi masih dalam perbincangan sebab dua-dua sibuk dan Dhabitah pun ada big competition coming including Olympic, Asian Games.
“Dia kena pergi China dalam sebulan untuk sesi latihan. Tapi once ada tarikh, Insya-Allah saya update untuk jemput kawan-kawan media,” katanya.
Jiggy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun bercerai pada Januari 2020.
Sumber: Astro Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang perempuan kalau bahagia memang jelas terpancar pada raut wajah! Barangkali kerana perasaan bahagia itulah Datin Sharifah Ladyana kelihatan makin berseri-seri. Hampir sembilan tahun bergelar suri hati Datuk Awie, ibu berusia 36 tahun ini dikurniakan ...