Kesibukan kerja dan istirahat yang terhad kadang kala membuatkan seseorang itu terpaksa mengorbankan waktu tidurnya. Secara tidak sedar badan kerap kali terasa kurang sihat. Tidur cara terbaik bagi merehatkan badan dan memperbaiki fungsinya. Jika waktu tidur terjejas, kesihatan mulai merosot dan semakin buruk jika terjadinya 5 gangguan kesihatan ini.

IKLAN

DIABETES

Jika kurang tidur, semakin sedikit insulin yang akan dilepaskan oleh badan. Ditambah pula, kurangnya istirahat akan menggalakkan pengeluaran hormon stres seperti kortisol yang membuatkan anda semakin berjaga sekaligus melambatkan fungsi hormon insulin. Akibatnya, gula darah makin banyak terkumpul dalam badan seterusnya berisiko terjadinya diabetes tipe 2.

Bahana KURANG TIDUR, Undang 5 Gangguan Kesihatan Ini! Semak Jika Anda Turut Mengalaminya

MASALAH KULIT

Semakin sedikit waktu tidur semakin banyak kortisol penyebab stres yang dikeluarkan oleh badan. Kortisol akan merosakkan kolagen. Kulit juga kurang halus dan elastik. Struktur kulit dan fungsinya juga berubah. Jerawat boleh tiba-tiba muncul, lebih parah apabila ia memburukkan lagi jerawat yang sedia ada.

EPILEPSI

IKLAN

Penghidap epilepsi mudah mengalamai kekejangan iaitu terjadinya gangguan elektrikal pada sistem saraf otak. Keadaan dan rawatan epilepsi akan memberi kesan sampingan timbulnya gangguan tidur.

DEPRESI

IKLAN

Gangguan tidur turut menjejaskan kelancaran sistem saraf pusat. Anda akan mudah berasa emosi dan munculnya mood swing. Bagi jangka masa panjang, kurang tidur boleh menimbulkan halusinasi di samping kegelisahan, rasa cemas, ketakutan amat sangat yang menjurus kepada mania. Berisiko untuk melakukan sesuatu di luar akal sihat seperti bunuh diri.

OBESITI

Semakin lama anda berjaga semakin besar kemungkinan untuk makan berlebihan terutama yang tidak menyihatkan. Terjejasnya waktu tidur menggalakkan pengeluaran hormon ghrelin atau ‘hormon lapar’. Nafsu makan terlalu mendadak sehingga memilih makanan tinggi karbohidrat dan kalori, makanan ringan dan kudapan manis. Tanpa disedari berat badan melonjak naik sehingga melebihi paras ideal Indeks Massa Tubuh (BMI).AMY MOHD

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI