Bertempat di Manor House Of Events KL baru-baru ini, butik SELLECTION baru-baru ini menganjurkan sebuah majlis bagi meraikan para ahli dan pelanggan setia butik tersebut yang selama ini banyak membantu dan menyokong mengukuhkan jenama SELLECTION sebagai hub butik dalam merealisasikan impian wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa.
Majlis ini turut dianjurkan dengan penuh meriah dan warna warni bagi meraikan ulang tahun kelima penubuhan butik tersebut yang terletak di Wangsa Maju.
“Kejayaan memiliki butik ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes selepas melalui pelbagai cabaran antaranya cabaran lanskap bisnes ketika Covid, pelaksanaan PKP dan banyak lagi. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan tak lupa pelanggan setia”, jelas pengasas SELLECTION, Puan Nor Rafidah Khairuddin.
Bermula sebagai seorang ‘personal shopper’ di Montreal Kanada sejak lapan tahun lalu, Puan Nor Rafidah Khairuddin bersyukur memiliki empayar perniagaan sendiri di tanahair dengan harapan memenuhi impian setiap wanita untuk tampil anggun dengan barangan asli berjenama ‘kayangan’ dengan harga mampu milik.
Sellection.com ialah kedai fesyen berjenama yang menawarkan lebih 1000 koleksi barangan serta aksesori berjenama seperti Coach, Michael Kors, Fossil, Kate Spade dan lain-lain, Sellection.com membantu mereka terutama sekali wanita meningkatkan keyakinan diri dengan tampil dengan barangan berjenama.
Ads
Turut diperkenalkan buat pertama kali pada majlis tersebut ialah Program Keahlian SELLECTION yang diberi nama SETIAA iaitu merupakan program keahlian premium yang direka khas sebagai satu cara dalam memberikan nilai yang lebih besar buat semua pelanggan yang dikasihi.
Bersesuaian dengan tagline SETIAA – Keyakinan, Kesetiaan dan Kebersamaan; program ini memberikan akses kepada pelbagai manfaat yang bakal diterima oleh ahli SETIAA antaranya baucar beli-belah eksklusif, penghantaran percuma untuk pembelian dalam talian, sesi pemotretan profesional, dan seminar mengenai fesyen dan keyakinan diri.
“Kami mengharapkan program ini dapat memberikan nilai tambah buat semua pelanggan-pelanggan setia Sellection,” jelas Puan Rafidah lagi.
Pengasas SELLECTION, Puan Nor Rafidah KhairuddinPuan Rafidah Khairuddin melancarkan Program Keahlian SETIAA bersama suami, Ketua Pegawai Operasasi SELLECTION, Encik Abdul Hadi.
Dengan menjadi ahli SETIAA, ia akan membuka peluang untuk anda dalam memperkasakan diri serta menyelami perjalanan transformasi yang mengujakan untuk menjadi seorang yang lebih yakin, bergaya dan memberikan inspirasi buat orang lain sambil menikmati faedah pengalaman membeli- belah yang premium.
Ads
Turut hadir pada majlis Rumah Terbuka tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi SELLECTION, Encik Abdul Hadi.
Ditanya tentang perancangan SELLECTION untuk tempoh aakan datang, Nor Rafidah juga kini dalam perancangan untuk mengeluarkan koleksi beg jenama sendiri bahkan terbuka untuk berkolaborasi dengan jenama tempatan.
Untuk informasi lanjut dan membeli belah, anda boleh terus ke laman web SELLECTION hari ini, di mana SELLECTION juga menawarkan pembelian secara ansuran melalui beberapa saluran seperti Atome dan myIOU. Untuk daftar keahlian baru, anda boleh ke website www.setiaa.com.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Ads
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Juma’ani Pavilion di Kuching, Sarawak kelmarin.
Foto: Kredit @Istananegara
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 8.15 malam disambut isteri Premier Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggas Embas serta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan negeri Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Foto: Kredit @Istananegara
Juma’ani Pavilion merupakan hab fesyen yang memasarkan produk warisan tempatan dihasilkan oleh anak tempatan Sarawak dalam usaha mempromosi kesenian dan kebudayaan negeri yang terkenal dengan jolokan Bumi Kenyalang itu.
Ia juga berperanan sebagai pusat latihan bagi pereka muda tempatan yang berbakat dalam bidang fesyen dan tekstil.
Foto: Kredit @Istananegara
Juma’ani Pavilion turut menempatkan sebuah makmal untuk kegunaan pelatih dan pereka tempatan bagi merancang, mencipta, mereka bentuk dan melakar rekaan yang bakal dihasilkan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Uggah berkata melalui Juma’ani Pavilion, industri fesyen di Bumi Kenyalang secara tidak langsung sudah bersedia menempatkan diri di pasaran nasional dan global.
“Apa yang menarik minat patik, tempat ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti pengimbas badan 3D yang mampu mengukur badan seseorang tanpa perlu menggunakan pita ukur lagi.
“Selain itu, di sini juga terdapat mesin membuat kasut dan produk berkaitan dengan kulit. Jadi, sesiapa yang ingin menempah kasut selepas ini tidak perlu pergi jauh,” katanya.
Beliau berkata Juma’ani Pavilion turut menempatkan sebuah makmal untuk kegunaan pelatih dan pereka tempatan bagi merancang, mencipta, mereka bentuk dan melakar rekaan yang bakal dihasilkan.
“Dengan segala kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di hab fesyen ini, ia dijangka mampu memberi manfaat kepada ramai usahawan fesyen dan tekstil, memartabatkan seni warisan ke persada dunia melalui pengeluaran produk berskala besar, penjenamaan, pembungkusan dan pemasaran yang efektif,” katanya.
Tunku Azizah, yang juga Penaung Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah, meluangkan masa kira-kira sejam untuk melihat sendiri koleksi seperti pakaian moden dengan sentuhan tradisi Sarawak, beg tangan serta kasut yang dihasilkan pereka tempatan dan dipasarkan di Juma’ani Pavilion.– BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja Dayang Nurfaizah pasti ramai yang mengenali pesona penyanyi bersuara lunak ini. Berada dalam kelas tersendiri dan eksklusif, Dayang antara selebriti tanah air berbakat besar namun bebas daripada sebarang kontroversi. Berpeluang mendekati anak seni kelahiran Sarawak ini, baru penulis faham mengapa Dayang mampu bertapak kukuh dalam industri muzik negara dan diminati ramai hingga sekarang. Malah, persahabatan yang terjalin di antara Dayang dan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sejak bertahun-tahun lamanya tersimpul erat sampai hari ini.
Berjaya menggegarkan pentas Istana Budaya menerusi Kesuma Jiwa malam tadi, Datuk Rizalman secara terbuka mendedahkan sisi sebenar pelantun lagu Dayang Sayang Kamu ini kepada peminat. Tak sangka, dengan kejayaan dan vokal mantap yang dimiliki… Dayang masih berpegang kepada resam padi, ‘Makin berisi makin tunduk’.
Kongsi Datuk Rizalman di Instagram miliknya, “Saya nak pecahkan satu rahsia kat sini. Walaupun kos produksi Kesuma Jiwa sudah mencecah jutaan ringgit untuk hanya persembahan satu malam sahaja namun, ianya tidak termasuk bayaran nyanyian kepada artis utama kita pada malam itu Dayang yang tidak mengenakan bayaran satu sen pun tidak berkira untuk sama-sama berhempas pulas tanpa rasa mengeluh dan menyesal untuk menyumbangkan suara beliau demi sebuah silaturrahim.
Beliau berkata, tiada nilai wang ringgit yang dapat menggantikan persahabatan kami berdua. Kerana beliau tidak mahu memperdagangkan anugerah Allah itu atas sesuatu yang tidak terungkap keagungan manfaatnya ke atas orang lain.
Bagi membalas budi beliau dek kerana cabaran yang saya berikan untuk beliau menyampaikan lagu-lagu dalam bentuk irama asli yg bukannya sesuatu di dalam zon selesanya. Saya hadiahkan sebuah pentas untuk sekalian jiwa melihat bakat dan keupayaan beliau di dalam bidang nyanyian supaya insyaAllah dunia akan menjadi saksi dan senantiasa Dayang menjadi KESUMA kita semua.”
Ketika diminta mengulas tentang penganjuran Kesuma Jiwa, ini reaksi jujur Dayang. “Saya rasa bertanggungjawab untuk buat yang terbaik. Lagu-lagu yang saya nyanyi pun lain daripada lagu yang saya biasa nyanyi. Memang sebelum ini saya pernah simpan niat yang one day saya nak nyanyi lagu macam ni… selalu imagine dan teringin sangat.
Alhamdulillah diberi peluang ini dan saya nak make sure beri the best untuk hari tu. Dayang taknaklah hampakan team. Tipulah tak nervous tambahan pula lagu klasik ini dibuat dengan arrangement baru. Selain teringin nak nyanyi lagu-lagu klasik ini, sebab utama saya terima pelawaan ini kerana saya nak ambil peluang terlibat dalam ‘konsert’ yang menggabungkan fesyen dan muzik.
Saya rasa rugi kalau tak terlibat sebab bukan senang dapat. Rasa nervous dan teruja tu memang lain macam. Lagi-lagi Datuk sendiri yang ajak untuk celebrate penglibatannya
selama 20 tahun dalam bidang fesyen. Saya sifatkan ia satu penghargaan bukan saja buat Datuk tetapi bagi saya juga,” ujar Dayang yang mengakui agak mencabar membawakan
lenggok lagu-lagu klasik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim-musim Aidilfitri nanti, tak kalut tetamu datang nak beraya kalau jamu hidangan M&S yang cepat dan sedap luar biasa.
Kemeriahan santapan raya kian terasa apabila hidangan segera daripada Marks & Spencer (M&S) ini tersedia. Tinggal bancuh dan tambahkan lauk-pauk yang diingini, siap!
Sempena raya ini, Marks & Spencer (M&S) menyambut semangat perayaan dengan rangkaian eksklusif fesyen yang bergaya namun sopan, hamper yang penuh makna, serta hidangan lazat—dicipta untuk menyatukan seluruh keluarga dengan gaya yang mempesona.
Boleh buat stok sekarang sebagai persediaan kalau tiba-tiba ada tetamu datang ke rumah. Nak jadikan sarapan atau hidangan isi perut pun sesuai sangat.
Jadi raikan raya dengan gabungan padu antara kemudahan dan keenakan melalui pilihan hidangan lazat serta berkualiti:
Sup Krim Cendawan – Sup berkrim dan kaya dengan cendawan bumi yang dimasak perlahan hingga empuk, memberikan permulaan yang hangat dan menyelerakan untuk hidangan Raya anda.
Sup Kacang Pea dan Pudina – Gabungan kacang pea segar dan pudina aromatic dengan crème fraîche yang lembut, menghasilkan sup ringan namun penuh rasa, membangkitkan selera dan memberi tenaga sepanjang perayaan.
Sup Lentil dan Tomato Berempah – Sup menyelerakan dan mengenyangkan, menggabungkan rasa kaya kacang dal dengan kehangatan tomato serta rempah aromatik.
Teh Uncang Strawberi and Raspberi – Pilihan ideal untuk berehat atau menyajikan minuman segar kepada tetamu, teh ini menambahkan sentuhan buah-buahan ringan pada kemeriahan Raya anda.
Teh Uncang Lemon and Halia – Campuran sitrus yang menyegarkan dengan kehangatan halia, teh ini memberikan ketenangan serta penutup yang melegakan untuk pertemuan bersama.
Kopi Kisar Colombia – Nikmati kelembutan rasa kopi kami dengan nota karamel dan blackcurrant—pilihan ideal untuk permulaan pagi yang bertenaga atau hidangan selepas makan.
Lengkapkan sambutan Raya anda dengan sajian lazat yang boleh dinikmati kala berbual mesra dan gelak tawa bersama insan tersayang.
Dengan pelbagai pilihan snek yang diperbuat dengan penuh kepakaran, jadikan Raya kali ini lebih istimewa dengan seleksi coklat, biskut, dan kudapan yang menggoda dari M&S—kini tersedia di kedai dan dalam talian.
Biskut Belgium – Pelbagai pilihan biskut mentega rangup yang cukup sempurna dinikmati bersama secawan teh hangat.
Pelbagai Coklat Belgium – Coklat mewah dengan tekstur berkrim yang cair dalam mulut, memberikan pengalaman rasa yang benar-benar memuaskan.
Cornflake Coklat Kecil – Rangup kepingan jagung bersalut coklat lazat yang menambah kelainan pada meja snek Raya—sesuai untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan dewasa.
Pelbagai Truffle Swiss – Koleksi truffle Swiss yang lembut dan berkrim, pasti menambahkan sentuhan istimewa pada perayaan anda.
Dengan M&S, alami gabungan sempurna antara kemudahan, gaya, dan kepelbagaian untuk sambutan Raya yang benar-benar bermakna.
M&S mempunyai 12 cawangan di Malaysia dan komited untuk menawarkan produk makanan, pakaian, dan barangan rumah premium jenama sendiri melalui platform dalam talian serta rangkaian kedai global serta menjamin pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan.