Siapa yang tidak mengenali pelakon Datin Almy Nadia, yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan dramatis popular Datuk Fizz Fairuz. Baru-baru ini, dia berkongsi tentang penghijrahannya yang mula mengenakan hijab pada Jun tahun lalu.

IKLAN

Menerusi laporan Harian Metro, Almy nekad berhijab selepas dia mula mamakai selendang dan pakaian longgar.

“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah. Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Tambah Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah, suaminya juga tidak pernah menghalang hasratnya itu malah tidak memaksa untuk mengenakan hijab.

“Suami ada  bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.

“Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini. Malah saya berhijab adalah kerana Allah.

“Lagipun saya sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” jelasnya.

DATIN ALMY NADIA Kongsi Kisah Penghijrahannya Untuk Berhijab “Tiada Paksaan, Lagipun Saya Dah Puas Berfesyen..”

IKLAN

Untuk rekap, Almy mendirikan rumah tangga dengan dengan Fizz pada 26 April 2014.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahay mata perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, satu tahun empat bulan dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14.

NONA mendoakan semoga Almy Nadia kekal istiqamah hendaknya.

IKLAN

Sumber: Harian Metro

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI