Rasa basah, berlendir dan tidak selesa merupakan antara keluhan biasa yang dialami oleh wanita tentang keputihan. Masalah sulit yang menyebabkan seluar dalam berbau ini juga bukan sekadar merimaskan, malah turut menjadi petanda jangkitan kuman seperti sifilis dan gonorea.

IKLAN

Selain itu, ia juga boleh menjadi tanda-tanda kanser serta mengancam kesuburan seseorang wanita tanpa disedari.

Pada kebiasaannya, pengeluaran cecair berlaku semasa proses evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual serta kehamilan. Cairan yang keluar ini lazimnya tidak konsisten, kadang-kadang pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau.

Ada kalanya, ia berbau dan tidak berbau, menyebabkan kegatalan atau tidak langsung. Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir, radang dan mengundang kegatalan.

Semula Jadi
Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia bertugas untuk melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj daripada kekeringan serta dipengaruhi paras hormon iaitu estrogen dan progesteron dalam darah wanita. Masalah kekeringan faraj kerap dialami oleh wanita menopaus sehingga boleh menyebabkan rasa sakit dan berdarah sewaktu bersama suami.

Dianggarkan hampir 80 peratus wanita hamil mengalami masalah keputihan. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan mampu menyebabkan jangkitan kulat kerana dalam tempoh ini, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glikogen. Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj.

Contoh keputihan yang abnormal

IKLAN
  • Jangkitan kulat mengeluarkan lendir yang berwarna putih atau kekuningan dan berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat ‘candida’ atau ‘monillia’.
  • Jangkitan kuman ‘trichomonas’ yang mengeluarkan cairan berwarna kehijauan serta rasa gatal.
  • Jangkitan bakteria ‘vaginosis’ yang mengeluarkan cairan berwarna kelabu dan berbau.
  • Penyakit yang menular melalui perhubungan seks mengeluarkan cairan yang bersifat cheesy, berbau dan bercampur darah.
  • Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal dan disertai bau busuk.

Seluar Dalam Asyik Kotor Kerana Keputihan? Ini Senarai Yang Anda Patut Cegah Sekarang

Penyebab Keputihan

IKLAN

Vaginitis atropik yang timbul pada waktu usia lanjut (menopaus) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen.

Ubat seperti antibiotik atau yang mengandungi estrogen.

Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja/tidak sengaja ada di dalam vagina.

Langkah Pencegahan

  1. Jagalah kebersihan intim bagi mencegah keputihan. Pastikan seluar dalam sentiasa kering dan gunakan panty liner yang sesuai (daripada jenis kain).
  2. Tidak menggunakan cecair pencuci vagina secara rutin atau berlebihan. Kandungan sabun boleh menjejaskan pH semula jadi vagina yang penting untuk melindungi faraj daripada jangkitan kuman.
  3. Elakkan tekanan berlebihan.
  4. Pastikan kadar gula stabil bagi penghidap kencing manis (diabetes).
    Berjumpa pakar dengan segera apabila keputihan keluar secara abnormal. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI