Gaya Hidup

Semangat WANITA PERKASA, Makin Ramai Buktikan Mampu Capai Apa Saja! Itulah #NonaSuperwoman

Perubahan sering kali membawa kita pada kematangan. Melihat keadaan dunia yang semakin ditimpa pelbagai bencana, menunjukkan betapa rapuhnya bumi.

Banyak perkara yang berlaku di luar kawalan kita. Namun, selalu adanya ruang untuk mengendalikan ke arah mana perubahan itu.

Kaum Hawa diciptakan sifatnya penuh kelembutan tetapi bisa menggoncang dunia. Mengorak langkah dengan segala usaha, kerajinan untuk berubah dan menjadi yang terbaik. Inilah bicara POWER LOOK yang dimiliki oleh seorang wanita.

Mungkin perjalanan hidup setiap wanita itu tidak sehebat seperti Indira Ghandi, Ratu Elizabeth I, Ibu Theresa atau Margaret Thatcher tetapi kecekalan menempuhi segala yang dibentangkan dalam hidup amat mengagumkan.

Biarpun perkaranya mungkin remeh kepada lelaki tetapi ditatang oleh wanita dengan ikhlas, sabar dan jujur. Kerana itulah Tuhan jadikan wanita sebagai seorang ibu, bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat dunia.

Usah perkecilkan kelebihan seorang wanita, biarpun ketua keluarga adalah lelaki! Hargai wanita. Siapa lagi jika bukan wanita yang menukar lampin bayi, mencuci baju, mengemas rumah, memasak, menjahit, berkerjaya, membuat amal kebajikan dan juga melayan suami… Daripada perkara kecil sehinggalah kepada isu dunia, wanita sentiasa bertindak dengan semangat Superwoman! 

Kalau dahulu, si ibu selalu bangun awal untuk menyiapkan nasi lemak untuk dihantar jual ke kedai. Kemudian ke kebun dan pulang tengah hari sibuk menjemur ikan. Mencari rezeki untuk kebahagiaan anak-anak, menampung pendapatan ayah yang tidak seberapa.

Kini anak perempuannya pula berkata, “Yes, money can’t buy happiness but it’s more comfortable to cry in a BMW than on a bicycle.

Itulah perubahan masa, apabila wanita lebih bertindak agresif demi memenuhi kehendak hidup yang lebih selesa. Bukan ‘materialistik’ tetapi setelah melalui pengalaman hidup bersama ibunya yang bersusah payah, ia menjadi satu keinginan untuk mengubah kehidupan yang lebih sempurna. Maka, wanita kini menjadi berani, kental, peka, berdikari dan gigih bersaing untuk memiliki segala yang dihajati.

Saya bangga melihat wanita hari ini, bijak mengatur langkah dengan pencapaian cemerlang. Seiring dengan penampilan diri yang elegan. Hebat dengan pilihan gaya fesyen menarik mengikut usia, pekerjaan dan majlis dihadiri.

Nampak lebih berkeyakinan dan menonjolkan karisma tersendiri melalui penampilan peribadi. Ini yang Nona mahukan! Dan kami menjadi sebahagian daripada inspirasi anda untuk berjaya dan bergaya. Bersama meniti kecemerlangan wanita Malaysia.

Penghujungnya, jadilah wanita yang hebat dan perkasa, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Doakan yang terbaik selalu buat seluruh wanita dunia. KR

IKLAN
Share