Kematian yang menghidupkan jiwa. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan kisah hafizah dan pencinta al-Quran, Allahyarhamah Nurly Sahirah Azman yang pernah tular sebelum ini.
Allahyarhamah Nurly Sahirah Azman.
Kisah yang bukan hanya mencetuskan keinsafan bahkan menjadi inspirasi buat seluruh umat Islam agar menjadikan kalam suci Allah sebagai sahabat setia dan penyuluh jiwa sepanjang hayat.
Inspirasi
Kisah Allahyarhamah Nurly Sahirah turut dijadikan inspirasi oleh pelakon terkenal, Elfira Loy.
Dalam hantarannya di Instagram baru-baru ini, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkongsi momen ketika dia sedang mempelajari dan menghafaz al-Quran menerusi tulisan tangan.
Menurut Elfira, dia terinspirasi dengan kisah Allahyarhamah Nurly Sahirah sebagai seorang pencinta al-Quran.
“Kisah Allahyarhamah Nurly selalu menggetarkan jiwa saya, menjadi peringatan dan tanda yang tidak pernah terlepas daripada pandangan hati.
“Meskipun kita mungkin tidak mampu menjejak setinggi kebaikan yang dimilikinya, saya berdoa agar kisah hidupnya terus menjadi suluhan, membimbing kita menyusuri jalan yang beliau cintai. Jalan yang mendekatkan kita dengan al-Quran setiap saat.”
Ads
Jadikan Al-Quran Sahabat Setia
“Semoga al-Quran sentiasa menjadi sahabat setia perjalanan kita. Menerangi relung hati ini sebagaimana ia telah menerangi hatinya. Sama sama kita doakan.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat Elfira berterima kasih dengan perkongsian bermanfaat itu dan terinspirasi untuk mengikut jejak langkah ibu kepada dua anak itu.
Ads
“Thank you for always inspiring us all too El.”
“This may be the best way for me to hafaz balik surah2 lazim yang pernah hafal sebelum ni. InsyaAllah boleh teruskan menghafaz dengan izin Allah..”
Hantaran Elfira itu turut mendapat respon daripada adik ipar Allahyarhamah Nurly Sahirah yang menharapkan doa semua.
Ads
“Doakan adik ipar saya, Nurly Sahirah. Doakan jua buat Umi Abah kami untuk sentiasa kuat semangat waktu setiap kali merindui anak kesayangan mereka. InsyaAllah syurga tanpa hisab buat Nurly. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا”
Penghormatan
Untuk info, Allahyarhamah Nurly Sahirah Azman, seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikenali sebagai seorang hafizah dan pencinta al-Quran.
Allahyarhamah Nurly Shahirah bukan sahaja menghafal al-Quran, malah beliau juga secara rutin meminta untuk diuji hafazannya. Menurut para guru di UPSI, Allahyarhamah Nurly Sahirah dikenali sebagai seorang pelajar yang sangat bersungguh-sungguh dalam menjaga hafazan.
Pada 9 Jun 2025, Allahyarhamah Nurly Sahirah terkorban dalam sebuah nahas bas di Gerik, Perak. Lebih memilukan, ketika kejadian itu arwah ditemukan dalam keadaan memeluk erat al-Quran.
Bagi menghormati kecintaannya terhadap al-Quran, UPSI menubuhkan Galeri Nurly Sahirah di Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (I-Furqan).
Galeri ini dijangka siap sekitar 2027, dan akan menampilkan mushaf al-Quran tulisan tangannya bersama koleksi kitab-kitab lain sebagai sumber inspirasi.
Ia diharapkan menjadi sumber inspirasi kepada huffaz dan para pelajar untuk mendekatkan diri kepada al-Quran, khususnya melalui amalan menulis mushaf sendiri sebagai amalan penguat hafazan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keluarga rakyat Malaysia yang terbabit dalam konvoi Misi Global Sumud Flotilla (GSF) hanya mampu berdoa dan berharap kerajaan bertindak segera selepas terputus hubungan dengan ahli keluarga masing-masing yang dipintas dan ditahan tentera Israel ketika dalam pelayaran ke Gaza.
Antaranya ialah pelakon dan usahawan, Yatt Hamzah yang merupakan isteri kepada salah seorang anggota delegasi terbabit, Zulfadhli Khiruddin.
Menurut Yatt, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya ialah pada malam semalam selepas solat Isyak menerusi aplikasi sembang.
“Sejak semalam dia dah bagi isyarat, suruh saya buka YouTube atau media sosial untuk tengok siaran langsung konvoi GSF. Memang dari situ saya dapat perkembangan selain daripada hantaran rakan-rakan media sosial.
“Namun setakat ini tiada sebarang maklumat rasmi daripada pihak GSF disampaikan kepada kami ahli keluarga, termasuk saya sendiri,” katanya ketika siaran langsung bersama Harian Metro.
Menurutnya, dia kini tidak mengetahui keberadaan suaminya.
“Walaupun saya tidak tahu 100 peratus apa yang berlaku, saya boleh jangka sama ada mereka dipintas atau ditahan. Sejak malam tadi (kelmarin), saya sudah hilang terus komunikasi dengan dia.
Anak-Anak Sering Bertanya
Yatt reda dengan keberangkatan suaminya kerana sudah maklum risiko yang bakal dihadapi ketika menyertai misi berkenaan.
Katanya, anak-anak yang masih kecil sering bertanya mengenai ayah mereka.
“Itu cabaran saya tapi tak boleh tunjuk depan mereka kesedihan dan kerisauan. Saya kena kuat.”
Harapan Yatt cuma satu iaitu suami pulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Rozita Ibrahim bukan lagi asing di pendengaran rakyat Malaysia. Usahawan kosmetik yang merupakan Pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya itu kini memulakan bisnes khimar secara suka-suka.
Khimar merupakan sejenis hijab yang paling menepati syariat. Potongannya longgar dan panjang serta mampu menutupi kepala, dada, lekuk pinggang dan punggung dengan sempurna. Paling penting, pemakai khimar boleh terus membawanya bersolat tanpa perlu bertelekung.
Kalau dulu, khimar cuma hadir dalam warna-warna suram seperti hitam atau biru tua. Tapi sekarang, pelbagai inovasi telah dilahirkan, antaranya seperti yang dipakai oleh bonda Rozita iaitu dua lapis dan mempunyai perincian di bahagian muka. Khimar dari fabrik bercetak juga menjadikan ia lebih menarik dan sesuai dipakai bersama jubah polos.
Menjelang musim haji tak lama lagi, mungkin para jemaah sudah boleh mencari-cari koleksi khimar seperti yang dijual oleh bonda Rozita ni. Selain cantik, ia juga berpatutan iaitu hanya RM130 sepasang.
Tip Pilih Khimar
Pilih fabrik yang tidak melekap atau mengikut bentuk telinga, dada dan tubuh.
Elakkan fabrik spandex atau lycra yang berat.
Walaupun panjang, tapi tak bermakna harus polos tanpa hiasan. Kini terdapat banyak pilihan yang ditatah dengan Swarovski atau batu jemeki.
Kalau mengenakan khimar polos, letakkan kerongsang yang cantik sebagai penariknya.
Artis Indonesia, Oki Setiana Dewi, antara yang konsisten serta selalu tampil sopan dalam khimarnya. Aktres filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ itu juga turut melahirkan himpunan koleksi khimar dan jubah eksklusif di bawah label OSD.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan artis wanita era 80an Azian Mazwan Sapuwan yang popular dengan lagu berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi. Wanita yang memiliki susuk tubuh persis anak dara ini sebenarnya ibu kepada 7 orang anak dan berusia 47 tahun.
Selain mengekalkan bentuk badan, Azian yang berketinggian 154 cm ini juga berjaya memiliki saiz pinggang idaman ramai wanita iaitu 27 inci dengan berat 49 kg. Mempunyai berat badan yang sukar naik juga adalah satu kelebihan buat Azian. Kagumnya!
Ketika penulis berbual santai bersama Azian dalam satu sesi fotografi, Azian sempat berkongsi 10 rahsia cantik dan sihat yang diamalkan. Mudah rupanya! Tapi syaratnya perlu konsisten ya.
10 RAHSIA CANTIK & SIHAT AZIAN MAZWAN SAPUWAN
Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum sekali sekala boleh.
Ambil sekurang-kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibodi badan yang sedia ada akan terganggu. Saya mengamalkan satu jenis vitamin sahaja iaitu CalMeg (kalsium dan magnesium dalam satu tablet).
Banyakkan meminum air kosong.
Tidur yang cukup. Tidak semestinya tidur yang lama tetapi tidur dalam jangka masa ideal yang diperlukan badan.
Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan menjadi lesu, penat, malas dan sakit urat.
Mandi pagi sebelum Subuh. Badan kekal cergas dan segar sepanjang hari.
Jaga pemakanan. Kalau makan nasi ambil lauk yang tidak memudaratkan tekak, perut dan badan. Contohnya alergik.
Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.
Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak berborak kosong kerana ia membawa kita ke arah anasir-anasir negatif.
Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstik ketika hendak keluar.
Selain bergelar penyanyi, Azian juga kini merupakan Penolong Akauntan di Jabatan Akauntan Negara sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini Azian pernah bertugas dalam sektor swasta selama 13 tahun dalam bidang yang sama. Minatnya terhadap bidang nyanyian adalah sejak usia 11 tahun dan mula serius selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 1986.
Kredit Foto: Instagram Azian Mazwan Sapuwan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.