Setelah bertahun prosiding mahkamah berlangsung mengenai kemelut di antara pelawak, Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada balu Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.
Menerusi perkongsian Hidayah di media sosial miliknya, ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al-Juffery ini meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan berharap kehidupannya bersama anak tersayang akan lebih baik selepas ini.
Dedah Hidayah, “Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah. Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan.
Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini. Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah.”
Ads
Hidayah turut memuat naik gambar dirinya lengkap berbaju kurung ungu di hadapan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Sebelum ini, mahkamah menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen kira-kira 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah kerana memfitnah wanita itu dalam Instagram dua tahun lepas.
Ads
Pada 18 Februari tahun lalu, Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan tuntutan saman Siti Nor Hidayah terhadap Ali Puteh serta membenarkan permohonannya mendapat perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya.
Ads
Zulqarnain berpuas hati Siti Nor Hidayah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Ali Puteh dan berpendapat, hantaran Ali Puteh dalam Instagram itu sangat menjatuhkan maruah dan mengaibkan kakak iparnya.
Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga tersebut tercetus selepas kematian Abam Bocey pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru beberapa minit upload, gambar terkini ‘mommy to be’ Mira Filzah raih puluhan ribu likes! Mana tidaknya sejak mengumumkan berita kehamilan anak sulung pada 20 Januari lepas, ini pertama kali peminat menyedari dengan jelas baby bump selebriti cantik berkenaan. Comel!
Perkongsian tersebut dimuat naik Mira ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabatnya di Ampang.
Dalam foto itu, Mira kelihatan cukup ceria di samping Wan Emir Astar yang anggun mengenakan jubah rona pastel. Sedondon dengan suami tercinta.
Mengimbas kembali khabar gembira yang disampaikan Mira dan Wan Emir pada Januari lalu, kandungan aktres cantik tersebut ketika itu memasuki trimester ketiga. Pendedahan itu dibuat selepas mereka pulang daripada bercuti di Eropah.
Mira Filzah sah bergelar isteri Wan Emir yang juga anak lelaki kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid pada 3 September 2020.
Semoga Mira dan kandungan berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Generasi 80-an dan 90-an tentu sekali familiar dengan stesen radio Era.fm. Genap 1 Ogos 2023, stesen ini menyambut ulang tahun ke-25 penubuhan mereka dengan mengadakan reunion bersama penyampai-penyampai terkenal antaranya Linda Onn, Halim Othman, Burn dan Kudsia Kahar.
Tercuit kenangan lalu pabila mendengar kembali suara penyampai Rozlindah Onn atau Linda Onn bergandingan dengan Halim Othman di program Meletop. Frekuensi Era 103.3 sampai kini masih kekal menjadi radio no. 1 negara, bermula generasi HO & LO pada tahun 1998.
Wanita jelita yang turut aktif berniaga itu secara eksklusif mengakui bahawa nama Linda Onn membawa tuah, dan nama tersebut sebenarnya diberikan oleh Halim.
Kini pada usia 45 tahun, Linda memiliki perniagaan restoran dan minyak wangi berjenama Anaricca. Wajah terbarunya ketika menghadiri majlis hi-tea buffet sempena ulang tahun ke-25 Era persis tidak berubah, nampak makin cantik dan awet muda!
Sebagai salah satu stesen radio tanah air yang bertanggungjawab mempromosi bakat baru serta karya-karya terbaru dalam arena muzik tempatan, komitmen warga kerjanya wajar dipuji. Linda Onn sendiri turut berkongsi pengalaman lalunya sewaktu masih berkhidmat sebagai penyampai radio.
“Tahun 1998. Lahir sebuah radio. ERA nama diberi. Kami bekerja tak kira siang malam. Tak kira cuti atau hujung minggu. Bertungkus lumus menaikkan stesen menjadi nombor 1 di Malaysia.
25 tahun kemudian. Setelah masing2 dengan haluan sendiri. Kami bertemu.
Mengenang memori terindah sebagai sebuah keluarga berlainan darah tetapi kemesraan kami terkadang melebihi ahli keluarga sendiri. ERA… Rentak Muzik Terkini – Terbaik pernah berlaku dalam hidup seorang Linda Onn.”
Menyifatkan hubungan akrab mereka di Era seperti adik-beradik, Linda Onn terpanggil berkongsi pengalamannya disunting sebagai penyampai radio, selepas diuji bakat oleh Halim sendiri.
“Waktu audition, saya diminta oleh Kudsia untuk berbual dengan Halim. Habis saja sesi uji bakat, terus mereka tanya ‘Bila saya boleh start?’
Masa tu saya dari JB. Jadi saya cakap bagi saya masa, untuk saya berhenti kerja (bekerja dengan abang masa tu).” Linda Onn
Linda mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Johor iaitu Ungku Azhar Ungku Maznan pada 27 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ungku Zara.
Selepas empat dekad menerajui syarikat, pengasas Kumpulan Media Karangkraf yang mesra bagaikan Ayahanda kepada setiap kakitangan, Dato’ Hussamuddin Bin Haji Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November 2022.
Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama, ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah.
Susulan daripada perletakan jawatan tersebut, kedua-dua mereka, Dato’ Hussamuddin dan Datuk Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.
Dato’ Hussamuddin Bin Haji Yaacub
Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah
Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu.
Mereka adalah Firdaus Binti Hussamuddin, 43, Akmal Eirfan Bin Mohamed Fauzi, 50, Farah Binti Hussamuddin, 39, Azizi Bin Fikry, 43, dan Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir, 34.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato’ Hussamuddin akan diisi oleh Firdaus Binti Hussamuddin yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
“Sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh. Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak.
Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi.” Dato’ Hussamuddin
Dari kiri: Syamil Fahim Mohamed Fahim, Alwani Fickry, Izzat Izhar Muhammad Nasir, Datuk Muhamad Nasir Hamzah
Dari kiri: Dato Hussamuddin Yaacub, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Farah Hussamuddin, Azizi Fickry, Firdaus Hussamuddin
Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Karangkraf mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Di peringkat kumpulan, Akmal Eirfan yang sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko).
Bagi tiga bahagian perniagaan utama kumpulan, Farah akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf.
Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Azizi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd pula akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd.
Sementara itu, Firdaus juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran yang membabitkan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya.
Beliau akan dibantu oleh Izzat Izhar yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian.
Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
STRUKTUR ORGANISASI
KUMPULAN KARANGKRAF
Pengerusi Kumpulan
Firdaus Hussamuddin
Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan, Pengurusan Risiko)
Akmal Eirfan Mohamed Fauzi
GRUP MEDIA KARANGKRAF
Pengarah Eksekutif/Penerbit/CEO
Farah Hussamuddin
ULTIMATE PRINT SDN BHD
Pengarah Eksekutif/CEO
Azizi Fikry
GRUP BUKU KARANGKRAF
Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit
Firdaus Hussamuddin
Pengarah Eksekutif/COO
Izzat Izhar Muhammad Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari seorang pelakon kemudian aktif menyertai arena politik, kini Datin Anne Ngasri melangkah setapak lagi ke hadapan apabila dia memberanikan diri menceburi bidang perniagaan secara serius. Kalau sebelum ini dia sudah pun membuka rangkaian Kopi ...