Siapa yang tak mengenali pasangan sama cantik sama padan, Neelofa dan suaminya PU RIZ atau lebih dikenali sebagai Haris Ismail. Baru baru ini, Neelofa ada berkongsikan khabar gembira yang dirinya dihadiahkan sebuah cincin emas dari suami tersayang bersempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Dan dari pemerhatian di IG story nya, cincin tersebut memiliki batu permatanya berbentuk empat segi tepat namun tidak dipastikan anggaran harga cincin tersebut.

“Moga Mencurah Rezeki You Asbab Bahagiakan Isteri..” NEELOFA Teruja Terima Hadiah Cincin Dari Haris Sempena Aidilfitri

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Neelofa menulis dengan mendedahkan soalan yang diajukan Haris iaitu mengenai hadiah untuk Hari Raya Aidilfitri. Kata bekas pengacara program MeleTOP, dia telah diberi pilihan sama ada menginginkan beg tangan baharu atau sebentuk cincin.

“Moga Mencurah Rezeki You Asbab Bahagiakan Isteri..” NEELOFA Teruja Terima Hadiah Cincin Dari Haris Sempena Aidilfitri

Namun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor tidak memberi jawapan. Bagaimanapun, ibu kepada Muhammad Bilal ini menjelaskan selang beberapa hari, Haris menelefon dan bertanyakan saiz cincin yang dipakainya memandangkan dia berada di sebuah kedai perhiasan emas (jewels).

Dalam pada itu, bekas juara program Dewi Remaja berumur 34 tahun ini turut mendoakan agar rezeki pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail mencurah-curah kerana telah membahagiakan hati isteri. “Terima kasih Haris Ismail. Moga mencurah-curah rezeki awak asbab cuba bahagiakan isteri.”

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022 dan baru-baru ini, Neelofa mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI