Bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 esok, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menaja 60 pasangan suami isteri untuk menerima rawatan kesuburan dari Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) bulan depan.
Titah baginda, kesemua pasangan tersebut dipilih sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-60 tahun… yang jatuh pada tanggal 30 Julai bersamaan pada hari esok!
Kredit: Instagram @istana_negara
Titah baginda lagi, niat itu tercetus apabila baginda pernah merasai pengalaman sukarnya menimang cahaya mata memandangkan baginda terpaksa menunggu selama hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata pertama.
Ads
Tanpa berselindung, Tunku Hajah Azizah turut mengakui baginda terpaksa mengharungi rawatan kesuburan IVF selama 17 kali sebelum dikurniakan zuriat sulung baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Kredit: Instagram @istana_negara
Ads
“Alhamdulillah TAFF banyak memberi sokongan. Banyak juga yang menolong saya. Saya hanya nak memberi balik apa yang Allah telah kurniakan kepada saya. Ini kebesaran Allah SWT.”
Sebelum ini yayasan tersebut terpaksa menghentikan tajaan buat sementara kerana ketiadaan dana. Bagaimana pun Tuanku Raja Permaisuri Agong mendapat ilham untuk menubuhkan yayasan tersebut selepas pelancaran buku masakan baginda.
Ads
Kredit: instagram @istana_negara
Baginda turut memahami prosedur fertiliti in-vitro (IVF), bukanlah satu rawatan yang murah kerana satu rawatan sahaja boleh mencecah sehingga RM20,000. Dalam pada itu, hasil jualan buku masakan baginda disumbangkan 100 peratus bagi membantu pasangan yang sedang berusaha untuk memiliki cahaya mata melalui TAFF.
Sehingga kini, seramai 115 anak dilahirkan selepas menjalani rawatan di TAFF. Titah Tunku Hajah Azizah lagi, anak sulung TAFF kini sudah berusia 13 tahun.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Innnalillahiwainnailaihirojiun. Berduka dengan berita pemergian penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil menemui Sang Penciptanya di negeri abadi.
Menurut Astro Awani, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam.
Berita duka tersebut disahkan oleh rakan rapat Allahyarhamah, penyanyi Haiza sebentar tadi.
Allahyarhamah yang berusia 68 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zuhur esok.
Terdahulu, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Allahyarhamah memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.
Antara lagu popularnya ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta iaitu merupakan lagu duet bersama To’ki.
Allahyarhamah berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.
Wanita memang diciptakan dengan jiwa dan semangat yang sangat luar biasa. Meskipun menanggung kesakitan yang teramat kuat saat melahirkan namun demi kasih sayang terhadap suami dan menyambung zuriat, ada di antara mereka rela perutnya dibelah berulang kali. Besar sungguh pengorbanan wanita bergelar isteri dan ibu. Pun begitu, masih ada manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew saat menyaksikan isteri tercinta bertarung nyawa melahirkan cahaya mata mereka nyata menyentuh emosi ramai. Sekuat dan seteguh mana pun fizikal lelaki, pasti akan gugur air mata mereka tatkala melihat sendiri detik kelahiran permata hati. “Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca ‘Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin…’ Bila baby keluar bidadari saya tak lama, pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali pesan, “Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas.” Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah.
Ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan… Ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita.
Bila anak keluar isteri dah pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas, isteri masih minta maaf. Katanya “Maafkan saya abang…maafkan saya.”
Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah. Masa anak kedua, ketiga, keempat, czer.. Ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak. Rupanya berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya.. saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..
Selepas baby dikeluarkan. Suasananya.. jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah.. Setiap kali dapat anak, saya azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi SAW anak saya dapat kenal Allah… Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya.”
Membaca entri Ustaz Ebit Lew yang berpesan agar lelaki khususnya suami menghormati tiga golongan wanita ‘terpilih’ dalam hidup mereka nyata satu usaha murni. Jelas Ustaz Ebit, segala kejayaan dan rezeki seorang suami turut bergantung kepada kebaikan yang dicurahkan kepada tiga golongan wanita berkenaan.
“Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya, isterinya, rezekinya jadi sempit? Rezeki yang ada pun boleh hilang.. Betul ke doa seorang isteri itu makbul? Benarkah semua orang yang berjaya di belakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya? Begitu juga doa orang miskin dan yang lemah tidak berdaya? Doa desakan di hati mereka itu didengar.
Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur(ingkar, khianat, tak jujur) Allah beri azab yang pedih.
Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita. Hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.
Orang yang tak mengasihi, tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini. Jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka. Sebagai suami yang baik. Bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi SAW. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.
Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya. Yang tidak hargai ibunya. Jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga. Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat bersalin kerana itulah saat sakit teramat. Lihatlah, pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi..”
Sesungguhnya, berbuat baiklah dan berbakti kepada tiga wanita ini. Takkan pernah rugi dan perjalanan hidup suami pasti mendapat lindungan dan keberkatan dari Allah SWT.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini menyaksikan hari pertama YB Dr Zaliha Mustafa memulakan tugasnya sebagai Menteri Kesihatan secara rasmi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di Facebook, satu video ringkas memaparkan Dr Zaliha mengimbas kad perakam waktu kira-kira pukul 8.33 pagi di bangunan Kementerian Kesihatan, Putrajaya.
Kita sedia maklum, Kementerian Kesihatan berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran dan tahap kesihatan masyarakat yang lebih baik. Kementerian ini turut memainkan peranan penting sepanjang negara kita berhadapan dengan pasca pandemik COVID-19.
Memetik perkongsian oleh SinarPlus, pemilihan Dr Zaliha sekaligus mengiktiraf kemampuan wanita dalam memberi sumbangan terhadap negara. Pelantikan Dr Zaliha diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bagi memegang portfolio Menteri Kesihatan Malaysia yang ke-23.
Kenali Dr Zaliha Mustafa:
1- Merupakan Setiausaha Politik Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
2- Memliki Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1983-1989).
3- Mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara Kota Bharu.
4- Pernah bertugas sebagai Doktor Siswazah di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, serta Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Pekan dan Taiping.
5- Berkhidmat di Kumpulan Perubatan Penawar sebelum memiliki klinik sendiri di Kulai, Johor.
6- Merupakan isteri kepada Dr Ahmad Azlan. Mereka dikurniakan empat cahaya mata.
7- Dilahirkan pada 28 Jun 1964.
Sementara itu mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Zaliha menerusi satu hantaran di Twitter baru-baru ini.
Khairy berharap agar Ahli Parlimen Sekijang itu dapat meneruskan perjuangan ke arah sistem kesihatan awam yang cemerlang.
“Tahniah YB Dr Zaliha atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.
“Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga Kementerian Kesihatan (KKM).
“‘All the best!’ (Semoga Berjaya!).”
Dr Zaliha antara dua pemimpin wanita PKR yang dipilih bagi menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan. Seorang lagi ialah Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.