Sempoi Je DATIN SERI SHAHIDA, Berkaki Ayam Di Red Carpet Pun Takda Hal!

Memang terbukti isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida ini ‘sempoi’ orangnya. Iyalah, tidak semua wanita berani berkaki ayam ke majlis gilang-gemilang. Lagi-lagi bila berjalan di acara karpet merah. Tapi Datin Seri Shahida berjaya membuktikan walaupun tanpa kasut tinggi, beliau tetap yakin dan tenang bertemu khalayak. Salute!

Sebenarnya Ketua Pegawai Operasi D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd ini bukan saja-saja hendak mencipta kontroversi tau. Tapi semua itu gara-gara kasut tinggi yang dipakainya sewaktu Nona Superwoman Award rosak.

Kongsi Datin Seri Shahida, “Saya ni jarang beli kasut. Adalah kasut tinggi tapi tak banyak, jarang pakai pun ya juga. Yang saya pakai ni kasut favourite dah 3 tahun beli di Jakarta mangga 2.

Nak cepat, ambil-ambil dan terus masuk kereta. Tiba-tiba nak pakai bila dah sampai dah tercabut. Lepas tu nak jalan kat red carpet

pula tu.

Berkaki ayamlah saya berjalan kat red carpet. Nasib baik saya sampai awal. Lepas tu suruh staff saya hantarkan kasut sebelum majlis bermula.”

Fuh, memang mencabar betul. Dah benda hendak jadi.. hendak buat macam mana, bukan? Terpaksalah redah. Apa-apa pun, semuanya berjalan lancar bagi Datin Seri Shahida yang menerima anugerah Nona Home-Grown Award pada malam tersebut.

Ketika ditemu bual dalam acara karpet merah, Datin Seri Shahida turut menzahirkan rasa kagum terhadap ibu mentuanya iaitu Rozita Ibrahim kerana memiliki bakat dan ilmu perniagaan yang cukup luas.

Setia menemani beliau di majlis penganugerahan tersebut ialah suami tercinta, Datuk Seri Aliff Syukri.

 

Kredit foto & video : Instagram Datin Seri Shahida

IKLAN
Share