Seni Kraf Terapeutik, Diamond Dotz Buka Gedung Konsep Pertama Dunia di Malaysia

Diamond Dotz, jenama seni faset berlian terulung berasal dari Australia kini membuka gedung konsep pertamanya di dunia bertempat di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.


Seni faset berlian atau lebih dikenali sebagai lukisan berlian merujuk peda aproses menenangkan menggunakan berlian yang diperbuat daripada permata resin kecil pada kain pelekat yang telah dicetak.
Menurut pengasasnya, Lisa Lee berkata syarikat itu menyasarkan memperkenalkan seni kraf tersebut kepada generasi muda untuk membantu mereka menjauhi gajet kerana kraf tersebut berfungsi sebagai terapeutik dan baik untuk kesihatan mental.


“Zaman sekarang,bukan sahaja kanak-kanak yang terlalu ibses dengan gajet tetapi orang dewasa juga. Jadi kraf seperti ini memainkan peranan yang besar dalammengurangkan kebergantungan terhadap gajet, menghilangkan tekanan dan sebagainya,” katanya ketika majlis pelancaran baru-baru ini.


Sementara itu, Diamond Dotz merancang untuk melebarkan sayapnya ke pasaran ASEAN pada tahun hadapan.
“Diamond Dotz merancang untuk bertapak di beberapa negara ASEAN kerana kami menerima banyak permintaan terutamanya dari Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina,”katanya.


Menurutnya, jenama itu juga berhasrat untuk mencipta lebih banyak produk untuk memberi variasi kepada para pelanggannya dengan menggabungkan idea rekaan atau motif dari Arab dan Malaysia.

Tambahnya lagi, jenama Diamond Dotz merupakan kraf paling popular di dunia dan terjual di 37 negara termasuk benua Amerika dan Eropah.

IKLAN
Share