Syawal kali ini disambut dengan lebih bermakna dan berharga buat penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kerana akhirnya dapat beraya bersama puteri kesayangan yang telah dinantikan selama hampir 11 tahun.
Terpancar sinar kebahagiaan di wajah Tokti dan Datuk K dengan kehadiran Siti Aafiyah sebagai penyeri rumah tangga mereka. Tengok saja gambar-gambar Aafiyah beraya bersama keluarga yang Tokti share di laman instagramnya. Aafiyah siap senyum ‘senget’ lagi. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah ya.
Sejak Shila Amzah melahirkan cahaya mata sulung tahun lalu memang agak jarang melihat kelibat penyanyi ini di majlis-majlis hiburan. Barangkali kerana Shila sibuk menguruskan
suami dan bayi comelnya ketika ini. Pun begitu, anak kepada penghibur Datuk Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai ND Lala ini aktif mengemaskini media sosial miliknya dan seringkali berkongsi rutin harian di samping keluarga dan anak tersayang. Menerusi perkongsian Shila, kelihatan permata hati yang diberi nama Seth Uwais ini membesar dengan sihat dan ceria. Terhibur tengok telatah anak kecil ini ditambah pula dengan wajah comel serta gebunya. Geram!
Melihat susuk tubuh dan pipi gebu Seth Uwais dengan gelak tawanya setiap kali diagah jelas memperlihatkan betapa anak kecil ini mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa. Apatah lagi, kehadiran Seth Uwais sebagai penyeri rumah tangga amat dinanti-nantikan Shila dan suami selama ini. Sudah tentu bayi comel ini ditatang bagai minyak yang penuh.
9 Februari lalu, Shila dan Haris berpeluang mengadakan majlis akikah anak tersayang. Pada majlis tersebut, keluarga kecil ini memilih persalinan rona putih bersih sepadan dengan pelamin akikah yang indah khas buat Seth Uwais. Mengimbas kembali kelahiran Seth Uwais Haris Idraki, Juara Asean Wave 2012 ini selamat melahirkan zuriat sulung pada tanggal 31 Ogos 2019 yang jatuh pada sambutan Hari Merdeka dan Awal Muharram secara pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
https://www.instagram.com/p/B9oxdAIJ3Wu/
Yang pasti, momen melahirkan Seth meninggalkan 1001 kenangan buat Shila. Kongsi Shila selepas selamat bersalin, “Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya dan rezeki. Memperkenalkan Seth Uwais bin Haris Idraki. Sha dinasihatkan untuk berehat oleh doktor setelah 55 jam 43 minit Sha berada dalam labour.”
Membuat pendedahan itu, ramai peminat setianya bertanyakan keadaan diri Shila waktu itu. “Alhamdulillah Seth is a healthy baby boy. Sha just tak dapat nak breastfeed betul-betul lagi sebab c section ni sangat tak selesa nak bf. Hari ni gagahkan diri juga untuk bangun. Keluarkan segala tiub from my body.
Anyways banyak orang tanya kenapa Sha kena emergency c section, actually disebabkan oleh Sha failed untuk dilate sampai habis walaupun dah diinduced, first kita try prostin, then the next day kita try foley balloon. Then lepas air ketuban pecah, kita try Pitocin that night. And I’ve been contracting tinggi sangat-sangat. Before amek Pitocin bukaan Sha 4cm je so me and Haris decided to take epidural (it was amaaaaazinggggg) doctors and nurses kat HUKM ni semua sangat bagus.
Tak sakit sangat pun bila jarum tu masuk kat belakang, doktor cakap dengan Sha supaya duduk, peluk bantal dan jangan gerak. So I didn’t move at all. Bila ubat masuk, you’ll get a tingling feeling macam kena mild electric shock. Then I started to feel numb from my lower back, lower abdomen, sampai la kaki. Honestly after days of contractions Sha rasa relieved sangat bila dapat epidural tu.”
https://www.instagram.com/p/B-O2AsOjFo0/
Nona ingat lagi, beberapa hari sebelum Shila melahirkan anak beliau masih aktif menyanyi dan gemar menyediakan masakan sendiri di rumah. Tidak sekadar hebat di atas pentas, Shila juga berbakat dalam dunia masakan. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Haris Idraki Elias pada 19 April 2018. Moga dengan kehadiran Seth Uwais membuatkan Shila semakin bersemangat untuk kembali aktif menyanyi dan meneruskan kerjayanya sebagai penghibur.
Sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19, Shila Amzah turut terlibat menyumbang suara untuk lagu pesanan khidmat masyarakat ‘Jangan Keluar’ bersama beberapa selebriti tanah air antaranya Alvin Chong, Hafiz Hamidun dan Bella Astillah.
Kredit: Instagram Shila Amzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Tan Sri Vincent Tan, 71, secara rasminya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa pada 1 Mac 2023.
Beliau akan meneruskan peranan sebagai penasihat bagi memberikan bimbingan kepada Lembaga Pengarah dan menyokong pertumbuhan berterusan kumpulan.
Barisan baharu Lembaga Pengarah BCorp yang terdiri daripada semua wanita kini dibarisi Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif yang akan menggantikan Tan.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama/Pengarah Eksekutif terdiri daripada Vivienne Cheng Chi Fan dan Nerine Tan Sheik Ping.
Dua Pengarah Eksekutif adalah Norlela Baharudin dan Chryseis Tan Sheik Ling, manakala Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Dr Jayanti Naidu G Danasamy, Penelope Gan Paik Ling serta Datuk Anne Eu, demikian menurut BCorp dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas mengenai barisan Lembaga Pengarah baharu, Tan berkata, perubahan terkini dalam bilik lembaga BCorp itu mencerminkan komitmen kumpulan untuk mempromosikan pemerkasaan wanita di tempat kerja.
“Saya yakin dengan kebolehan kepimpinan semua wanita dalam Lembaga Pengarah untuk memimpin kumpulan ke tahap yang lebih tinggi dengan berkesan.
“Mengenai peranan saya sebagai Penasihat, saya masih akan banyak terbabit dengan kumpulan dan aktiviti perniagaannya, tetapi sekarang saya akan dapat menumpukan lebih banyak masa untuk mempromosikan yayasan amal saya, Yayasan MyFirst Home (YMFH), yang kini berusia hampir setahun.
“Saya amat berminat untuk mencari penyelesaian bagi membantu kumpulan B40 membeli dan memiliki rumah mampu milik yang mana adalah sebab saya mengasaskan YMFH dengan derma peribadi RM5 juta untuk membiayai kos permulaan dan operasinya.
“Saya benar-benar percaya YMFH akan dapat membuat perubahan dalam usahanya untuk membantu kumpulan B40 memiliki rumah sendiri,” katanya.
Beliau turut menggesa semua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang kaya untuk membantu golongan B40 berpendapatan rendah membeli rumah mampu milik sendiri.
“Ini supaya apabila mereka bersara dan tidak lagi bekerja, mereka akan mempunyai bumbung untuk berteduh,” katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Robin Tan telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Berjaya Land Bhd (B-Land) dan Tan Peng Lam sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif B-Land berkuat kuasa hari ini.
Selain itu, Syed Ali Shahul Hameed telah dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan B-Land dan Datuk Abdul Rahim Md Zin sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan BLand, manakala Datuk Robert Yong Kuen Loke akan terus berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Kanan Bukan Eksekutif B-Land.
Sumber: Berita Harian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam berlangsungnya majlis ramah mesra Norjuma Habib bersama media yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Majlis secara kecil dan santai itu hanya melibatkan beberapa buah media yang dijemput khas serta penyokong dan wakil jualan tudung bawal Aidijuma.
Soalan pertama yang ditanya dimanakah Norjuma Habib menghilangkan diri selama ini, ini responnya.
“Saya tak hilang ke mana-mana. Satu saya selalu kena tangkap polis. Dua, saya take time to study the industri setelah 13 tahun, 10 tahun dalam industri and we reach a sales more than half million. Jadi what’s the point for me to terkejar-kejar kalau ada duit banyak-banyak, nak berkejar-kejar, nak bersosial media, nak kehulur kehilir, I already done that”.
Bagaimana pula status dan khabar anak-anak Norjuma Habib. Jelas beliau, “It takes many party. Saya tak ada hubungan dengan orang biasa. Jadi tak ada keperluan untuk menerangkan tentang gelaran ‘che puan’ tersebut kerana the title is fixed, and everybody know I dengan siapa. Tiga anak saya membesar dengan handsomenya, all boys ’properties’ belongs to Dato Mohamed Nazim bin Tun Abdul Razak. They all belong to the first family. He take care the properties very well, “ jelas Norjuma lagi.
Selain majlis ramah mesra dengan media, turut dilancarkan koleksi terkini dan terbaru dari Aidijuma yang menampilkan beberapa desain menarik untuk dipilih. Apa pula perancangan untuk tahun 2023 untuk comeback jenama Aidijuma.
“Untuk tahun 2023, saya kini dalam perancangan dalam pembinaan muzium scarf saya sendiri. Di Malaysia so far tak ada lagi. Jadi dalam muzium tersebut akan ada semua koleksi tudung bawal yang telah saya bawa ke Jerman, United Kingdom dan New York, mengingatkan semua pihak bahawa di Malaysia ada designer yang sudah sampai ke peringkat antarabangsa.
Ia akan dibuka di Bukit Jelutong, Shah Alam, dan masih dalam proses pembinaan. Musium tersebut turut menggabungkan elemen alam sekitar, galeri malah semua boleh menikmati desain-desain yang pernah diketengahkan selama 13 tahun ini”.
Untuk temubual eksklusif penuh, klik pautan di bawah. Jangan lupa, like komen dan share!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.