Gaya Hidup

Serba Mewah & Eksklusif Bak Hotel, Tergamam Tengok Rumah Baru HANIS ZALIKHA!

Bertuah Hairul Azreen dikurniakan isteri serba boleh macam Hanis Zalikha. Iyalah, bukan sahaja cantik, bijak dan pandai masak… hias rumah pun boleh! Kalau selama ini Hanis pernah mendedahkan dia terlibat dengan sebuah projek interior design namun selepas usahawan Cakenis dan suaminya berkongsi gambar kediaman baharu mereka di media sosial masing-masing, peminat percaya ‘projek’ tersebut adalah projek dekorasi Hanis sendiri untuk mahligai miliknya.

Jika diteliti video perkongsian Hanis mahupun Hairul, jelas terserlah cita rasa mewah dan eksklusif pasangan romantis ini. Dilatari dengan warna-warna terang dan wainscoting di segenap ruang, pemilihan perabot moden serba mewah turut menyerlahkan lagi ruang kediaman Hanis. Jika kediaman dahulu pun memang dikagumi ramai, rumah terbaharu ini berkali-kali ganda luas, mewah dan eksklusif!

Tumpang gembira dengan kejayaan suami isteri ini. Muda-muda lagi dah pandai urus kewangan dan kumpul aset.

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan kagum melihat dekorasi indah kediaman pasangan muda ini. Tidak kurang juga yang mahu mereka membuat house tour. Bagaimana pun Hanis dan Hairul belum bersedia untuk mendedahkan suasana rumah mereka buat masa ini. Nona percaya, kalau mereka buat house tour mesti cecah jutaan views! Apatah lagi kedua-duanya merupakan selebriti popular dan Instafamous.

Tidak dinafikan, Hanis Zalikha sangat berbakat dalam bidang interior design ini. Kreativiti Hanis bukan hanya terserlah dalam perniagaan Cakenis bahkan dalam bab menghias rumah juga. Sebagai insan yang paling rapat dan mengenali isteri tercinta, Hairul sebelum ini pernah mendedahkan keadaan rumah mereka kira-kira tujuh tahun lalu sewaktu baru berkahwin.

Hanis & Hairul
Hanis di rumah lama mereka sebelum diubahsuai
Keadaan rumah lama Hanis & Hairul hasil kreativiti isteri tersayang

Kongsinya, “Inilah rupa rumah kami, 6 tahun lepas. Sebelum Hanis Zalikha ubah. Dialah design

semua. Lepas tu dia tanya apa yang awak nak? Saya cuma minta meja futsball je tapi tak dapat. Katanya kacau ID dan tak ada space.”

Pun begitu, di rumah baharu ini kelihatan sebuah ruang khas untuk aktor berbakat besar tersebut beriadah dan bersenam. Hairul kini dikhabarkan menjadi pengarah untuk filem Ada Hantu.

Sementara itu, Hanis yang merupakan pengasas Cakenis turut meluahkan rasa syukur kerana perniagaan tersebut sudah berusia 5 tahun. “Dah 5 tahun dah Cakenis. Dari sekadar tudung, Cakenis kini dah menjadi jenama yang didambakan untuk body shapers, swimming attire, make up & skincare, fashion pieces, bags and even essential oil blend! Pejam celik pejam celik dah ramai yang berCakenis.”

Hanis Zalikha dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

 

 

Kredit video & foto: Instagram Hairul Azreen & Hanis Zalikha

IKLAN
Share