Seri Bakal Pengantin, MAS IDAYU Ditaja Majlis Bersiram & Kembali Jadi Isteri Minggu Depan!

Kira-kira seminggu lagi, Mas Idayu bakal kembali bergelar isteri. Kisah penyanyi dangdut ini yang akan melangsungkan perkahwinan bukan lagi rahsia dan majlis perkahwinannya kelak mendapat tajaan mencecah RM7 juta yang bakal diuruskan Anas Abdullah.

16 tahun menjadi ibu tunggal, Mas Idayu Mesnun yang kini berusia 50 tahun mengakui semakin berdebar menjelang hari bahagia. Dia akan disatukan dengan Penerbit Eksekutif stesen TV3 iaitu Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September kelak.

Mengulas detik bersejarah itu nanti, Mas Idayu berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali kedua ini mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja. Malah, dia terpaksa menolak secara baik beberapa lagi tajaan memandangkan semua keperluan sudah mencukupi.

Credit Instagram @masidayu1001
Credit Instagram @masidayu1001 / Di samping anak tersayang
Credit Instagram @telagabungaspa / Mas Idayu disiram anak tunggalnya

Memetik kenyataan Mas Idayu kepada Media Hiburan, “Saya bersyukur kerana perkahwinan kedua tak sangka akan dapat tajaan yang begitu besar. Dari RM7 juta, sekarang jumlah penajaan sudah hampir cecah RM8 juta.

Bercakap tenatng perasaan, memang saya rasa berdebar-debar tunggu majlis akad nikah nanti. Ibaratnya macam hati rasa tidak keruan, macam orang dulu-dulu kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.

Macam majlis bersiram ini pun saya dah rasa berdebar, apa entah lagi majlis pernikahan nanti.”

Credit Instagram @telagabungaspa
Credit Instagram @telagabungaspa
Credit Instagram @telagabungaspa
Credit Instagram @telagabungaspa
Credit Instagram @telagabungaspa

Awal September lalu, Mas Idayu mengadakan Majlis Bersiram yang mana ia merupakan tajaan daripada Telaga Bunga Spa di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Pada upacara bersiram itu, anak tunggalnya, Nur Dayini Asyiqah turut hadir menyerikan majlis.

Majlis akad nikah dan resepsi Mas Idayu diadakan pada 16 September di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur. Mas Idayu sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 namun berpisah pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqah.

IKLAN
Share