Diam tak diam, isteri Remy Ishak ini bakal bergelar ibu. Pastinya pasangan romantis ini sedang menghitung hari dan teruja menimang cahaya mata sulung. Khabarnya usia kandungan Ezza Yusof pun dah masuk trimester ketiga.

IKLAN

Menerusi perkongsian Ezza di media sosial, kelihatan seri ibu hamil dan baby bump yang nyata kelihatan. Mac lepas, aktor kacak tersebut mengumumkan berita kehamilan isteri tercinta dan enggan mendedahkan perkhabaran gembira itu pada awal hamil kerana masih baru.

Bagaimana pun kini mereka semakin terbuka dan terserlah wajah bahagia kedua-duanya yang bakal bergelar ibu bapa.

Makin Berseri-Seri Bakal Ibu Ini! Isteri Remy Ishak Usahawan Berjaya & ‘Simple’ Orangnya
Kredit Instagram @ezzarl

Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof ini dilahirkan pada 24 Mac 1983 dan berasal dari Pahang. Ezza ada kelulusan bidang grafik dan multimedia dan pernah bekerja sebagai pereka grafik sebelum membina empayar niaga 2morrow.

Minat mendalam Ezza terhadap pembuatan kasut mula bercambah sejak tahun 2014.

Sehingga ke hari ini, 2morrow sudah berjaya bertapak dalam industri fesyen kasut selama lapan tahun. Bukan satu tempoh yang singkat tu!

Makin Berseri-Seri Bakal Ibu Ini! Isteri Remy Ishak Usahawan Berjaya & ‘Simple’ Orangnya
Kredit Instagram @ezzarl
Makin Berseri-Seri Bakal Ibu Ini! Isteri Remy Ishak Usahawan Berjaya & ‘Simple’ Orangnya
Kredit Instagram @ezzarl
Makin Berseri-Seri Bakal Ibu Ini! Isteri Remy Ishak Usahawan Berjaya & ‘Simple’ Orangnya
Kredit Instagram @ezzarl

Biarpun berstatus isteri selebriti popular namun Ezza enggan menumpang populariti suami. Sebaliknya pengasas dan pengarah kreatif 2morrow ini berusaha keras mengembangkan legasi.

Selain mereka kasut untuk gaya formal dan santai, kasut rekaan Ezza juga menerima tempahan untuk perkahwinan.

IKLAN

Uniknya, setiap rekaan kasut 2morrow ialah cetusan idea Ezza sendiri dan diperbuat dengan penuh kualiti serta handmade.

Makin Berseri-Seri Bakal Ibu Ini! Isteri Remy Ishak Usahawan Berjaya & ‘Simple’ Orangnya
Kredit Instagram @ezzarl
Makin Berseri-Seri Bakal Ibu Ini! Isteri Remy Ishak Usahawan Berjaya & ‘Simple’ Orangnya
Kredit Instagram @ezzarl
Makin Berseri-Seri Bakal Ibu Ini! Isteri Remy Ishak Usahawan Berjaya & ‘Simple’ Orangnya
Kredit Instagram @ezzarl

Ezza sebelum ini pernah mereka kasut untuk beberapa selebriti tanah air termasuk Nad Zainal, Elvina Mohamad, Julia Ziegler dan ramai lagi.

IKLAN

Wanita cantik ini juga dilaporkan mula berkenalan dengan Remy Ishak pada tahun 2013 dan mengikat tali pertunangan pada Mei 2017. Bagaimana pun mereka putus tunang dua tahun kemudian dan cinta kembali bertaut pada tahun lalu.

Ezza sah menjadi isteri Muhammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak pada 21 Ogos 2021 selepas kira-kira sembilan tahun mengenali hati budi masing-masing.

Moga bisnes Ezza makin berkembang maju, urusan kelahiran cahaya mata berjalan lancar dan menjadi ibu yang baik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI