“Setiap Manusia Patut Pergi Ke Angkasa. Ia Mengubah Perspektif Anda Tentang Kehidupan.” -Angkasawan Nombor 1 Negara Jawab Persoalan.

Terasa sebak dada membaca perkongsian Angkasawan Nombor Satu Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha apabila beliau menjawab persoalan tentang bentuk muka bumi di laman Instagram miliknya. Mungkin ini juga jawapan kepada persoalan ‘cabaran’ seorang artis terhadapnya.

Pada 10 Oktober 2007, pastinya menjadi tarikh yang memahat memori indah kepada Angkawasan Nombor Satu Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Sewaktu mengikuti misi ke angkasa itu, Dato’ Dr Sheikh juga menjadi rakyat Malaysia pertama atau lebih tepat lagi angkasawan pertama Islam yang menyambut Aidilfitri di angkasa lepas. Video takbir raya yang pernah dikongsinya juga mendapat likes ramai peminat.

Melihat video-video dan gambar yang diselitkan dalam Instagram beliau, wajahnya kelihatan sungguh ceria malah beliau juga dalam kesihatan yang cukup sihat, baik di angkasa mahupun sebaik menjejaki bumi. Sehingga kini, nama beliau sentiasa disebut-sebut walaupun hampir 12 tahun sudah berlalu.

Semoga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar akan terus menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan terus disanjung di mata dunia. Seperti yang sering diungkap dalam setiap postingnya…”Love as always

…”

Sumber foto: FB Dr Sheikh Muszaphar FanClub dan Instagram Dr Sheikh Muszaphar.

IKLAN
Share