Setiap Wanita Sofistikated Harus Miliki Produk BROS Berkualiti Tinggi Ini! Terpikat Dengan Rekaan Unik & Modennya

Jenama botol air terkemuka, BROS, telah menceriakan tahun baru dengan pelancaran koleksi inovatif mereka, VASO iaitu siri botol kaca dengan 12 rekaan unik.

Sesuai untuk para pengguna yang gemarkan rekaan kontemporari dan material yang berbeza, VASO merupakan pilihan utama untuk terus kekal hidrat sepanjang masa. Koleksi VASO mempunyai rekaan sleek

 serta fungsi estetik telah menambah sentuhan yang mempesona dan menjadi pilihan penuh citarasa untuk para pengguna.

Sentiasa komited dalam menghasilkan botol yang mesra alam, boleh dikitar serta diguna semula, koleksi terbaru ini boleh didapati dalam 6 tema menarik – BROS CLASSIC, DAILY WISDOM, FAIRYTALES, MERMAID FANTASY, COOL CRITTERS dan SOOTHING FLORA. Setiap tema hadir dengan dua rekaan yang cukup mengujakan.

Telah diuji dan selamat untuk digunakan, koleksi terbaru VASO ini 100% bebas Bisphenol-A (BPA) kerana ia diperbuat daripada kaca borosilikat, bahan yang diklasifikasikan sebagai Generally Regarded as Safe

 (GRAS) oleh US Food and Drug Administration (FDA) berkaitan dengan makanan dan minuman. Sama seperti semua produk BROS, botol kaca VASO telah melalui ujian makmal yang ketat dan mematuhi piawaian FDA.

Botol kaca terbaru ini juga tahan kalis daripada bahan kimia dan haba sehingga 95°C serta tahan lebih lama berbanding jenis kaca yang lain. Untuk menghindari daripada risiko melecur, anda tidak digalakkan untuk mengisi air yang terlalu panas, ataupun anda juga boleh menggunakan beg botol BROS untuk memegangnya.

Botol kaca VASO boleh didapati dalam tiga saiz – 400ml, 550ml dan 630ml di semua gedung, pusat membeli-belah dan pasar raya besar di seluruh negara serta menerusi atas talian. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

IKLAN
Share