
Shariffah Mahani Doa Kesejahteraan Syed Saddiq & Bella Astillah
Kemeriahan majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah pada 28 Mac lalu menjadi bualan hangat peminat di media sosial. Selain memuji keindahan majlis dan penampilan pasangan sama cantik sama padan tersebut, kelibat keluarga kedua-dua pihak turut meraih perhatian khalayak.
Salah seorang yang menerima ‘limelight’ majlis itu pastinya ratu hati Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz.
Terpancar wajah bahagia dan ceria bekas pendidik ini sepanjang majlis pertunangan anakanda tersayang berlangsung. Shariffah Mahani tampil anggun dalam persalinan kuning lembut sedondon dengan keluarga pihak perempuan.
Pesona isteri Syed Abdul Rahman Syed Abdullah ini tidak hanya terzahir dari penampilan semata-mata.
Bahkan Shariffah Mahani seorang wanita yang memiliki aura dan kelas tersendiri. Tutur kata dan gerak-gerinya mendapat reaksi positif hadirin serta peminat Bella Astillah dan Syed Saddiq (BASS).
Ia turut diperakui makeup artist yang menata rias wajah Shariffah Mahani pada majlis tersebut iaitu Azni Hadi. Difahamkan Azni juga berkesempatan menyolek wajah mulus kakak kepada Syed Saddiq.
Dalam perkongsian di media sosial, jurusolek ini terpikat dengan peribadi baik ibu Ahli Parlimen Muar itu.
“MashaAllah dahlah lembut je tutur kata, cantik cantik pula tu family ni. Eh love semualah. Sampai segan kita dengan family YB tadi.
Mama so soft spoken. Ni kalau jadi teacher saya dulu, tak nak kita balik sekolah. Kakak pun so sweet. Borak macam dah lama kenal.”
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai bakal menantu kesayangan yang juga pelakon dan penyanyi Bella Astillah, ini jawapan jujur Shariffah Mahani.
“Bella seorang anak yang baik, dia mendengar kata bukan saja dari ibu dan ayah dia, juga dari pihak keluarga, dia cuba sesuaikan diri. Alhamdulillah.
Dia boleh bersefahaman dengan Saddiq, dia juga minat dalam bidang sukan dan apa yang Saddiq sukai, dia pun sama-sama ceburi. Jadi dari situ tahu Saddiq bukan keseorangan, Saddiq ada teman untuk bersama-sama.
Untuk mereka berdua, harapan dari seorang ibu mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi, kedua-dua mereka akan dapat Allah Taala permudahkan perjalanan hidup mereka dan kemudian sampai ke Jannah.”
Semoga ikatan suci yang bakal dibina pasangan ini berjalan lancar hingga ke jenjang pelamin.
This website uses cookies.