Nama Vivy Yusof dan suami, Fadza Anuar sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja memiliki perniagaan yang berjaya yang semakin berkembang hari demi hari, bahkan kehidupan rumah tangga mereka kini juga diserikan dengan kehadiran cahaya mata ketiga.
Begitu teruja menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu, Vivy menyatakan puteri bongsunya itu tidak akan menjadi kelahiran yang terakhir.
“Bet you 10 bucks this isn’t the last baby”, tulis Vivy di laman instagramnya.
Apa salahnya kan kalau mahukan anak ramai-ramai? Semakin ramai anak, semakin murah rezeki, InsyaAllah.
Terlebih dahulu, dalam satu entri di laman instagram, beliau turut mengumumkan nama anak perempuannya, Sarah Ilham Shah.
Ads
Comel sangat gambar-gambar Sarah yang dikongsikan Vivy dan Fadza di laman instsgram masing-masing. Cuba tengok ni!
Ads
Ads
Semoga Sarah membesar menjadi anak yang solehah dan mencipta kejayaan yang besar di dunia dan akhirat nanti. Bila dah besar nanti boleh lah teman mommy awak OOTD!
Hasil perkahwinan pada tahun 2012, Vivy dan Fadza juga dikurniakan dua cahaya mata yang kini semakin membesar dengan bijak. Selain berkongsi aktiviti harian dan keletah anak-anak di laman instagram, Vivy juga aktif memuat naik video di laman YouTube.
Pencapaian Vivy dan suami sebagai pengasas jenama fesyen FashionValet wajar dijadikan sumber inspirasi kepada semua usahawan di luar sana untuk peroleh kejayaan yang sama seperti mereka.
Dalam pada masa sibuk dengan urusan perniagaan, mereka juga tidak lupa untuk meluangkan masa bersama anak-anak agar dapat membesar dengan sempurna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali mencari hotel untuk penginapan, pelbagai faktor perlu diberi perhatian. Antara faktor yang sering menjadi keutamaan ialah perkhidmatan ayng ditawarkan, lokasi dan sebagainya. Kini, satu lagi ikonik terbaharu di ibukota Kuala Lumpur telah mula membuka pintu perniagaannya. Bermula 1 Jun 2019 yang lalu, CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang menambah koleksi deretan hotel yang mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Menampilkan konsep moden yang menepati citarasa golongan muda masa kini. CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang merupakan wadah baharu definisi affordable luxury di bawah pasaran Asia selepas pembukaan Hotel Taipei North Gate pada Julai 2017 dan Hotel Shanghai Hongqiao yang memulakan operasinya pada Disember 2018 yang lalu.
CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang diberi nama sempena nama kawasan yang popular di ibukota di mana ia menjadi nadi untuk membeli- belah, hiburan, aneka hidangan yang enak, fesyen dan sebagainya.
Malahan, lokasi CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang yang terletak di tengah-tengah segitiga emas ibukota Kuala Lumpur yang berkembang pesat. Memilih lokasi yang popular di kalangan pelancong dan warga tempatan, ianya merupakan lokasi yang strategik untuk sebuah hotel selepas penat seharian melakukan tugasan mahupun bersiar-siar. Tambahan pula, lokasi yang sering menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong seperti Bukit Bintang itu tidak pernah sunyi dari pelbagai aktiviti perniagaan, lokasi pelbagai aktiviti pelancong dan sebagainya, pastinya memerlukan lokasi untuk beristirehat dalam suasana yang damai.
Jalan Alor yang terletak hanya kira-kira 100 meter dari CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, sememangnya terkenal kerana menyajikan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa menjadi pilihan untuk pelancong yang menginap di CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang bersantai dan menjamu selera.
Melangkah masuk ke ruang lobi CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, suasana vibrant dan moden menyambut kedatangan para tetamu yang bakal menginap di sini. Hotel yang menawarkan 210 bilik penginapan lari dari konsep biasa hotel dengan mengetengahkan innovative front-desk dan in-room technology serta smart rooms yang lengkap dengan kemudahan teknologi pada harga yang berpatutan.
Untuk check in, anda akan menggunakan sebuah kiosk yang memudahkan proses check in ke hotel. Ia sekaligus melenyapkan ‘kepayahan’ dan proses daftar masuk yang konvensional di kebanyakan hotel-hotel di seluruh dunia. Malah, dekorasi bagaikan di ruang tamu kediaman menjadi pilihan di ruang lobi CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang di mana ia turut dilengkapi sofa dengan rona terang, beberapa hasil seni yang digantungkan di dinding, rak buku yang menempatkan pelbagai judul buku serta televisyen.
Bahagian lobi yang menggunakan rona vibrant dan gaya dekorasi moden menyuntik elemen segar dan menjadi ingatan setiap kali melangkah masuk ke ruang lobi, apatah lagi pemandangan dari bahagian luar lobi yang boleh dilihat dari jalan utama di hadapannya. Mana tidaknya, gaya dekorasi yang stylish menyemarakkan lagi gaya hidup moden masyarakat Malaysia.
Bahagian living room ini mengetengahkan konsep dekorasi dengan gabungan painted art ceiling, foliage carpets dan tumbuhan menghijau yang melambangkan kepelbagaian warna dan keindahan alam semulajadi Malaysia yang sememangnya terkenal dengan alam semulajadi. Malah para tetamu yang menginap di CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang boleh menggunakan kemudahan di living room seperti keselesaan tatkala berada di kediaman sendiri untuk berehat, membaca, menonton televisyen atau berjumpa dengan teman-teman. Malah the living room merupakan ruang yang menjadi trademark yang diketengahkan di mana-mana CitizenM di seluruh dunia. Lebih membanggakan, hasil seni dari anak tempatan seperti Azizi Latiff dan Afiq Faris menjadi pilihan untuk beberapa ruang dekorasi di sini.
Selain itu, canteenM, merangkumi ruang makan dan bar menyediakan perkhidmatan F&B 24 jam sehari, 7 kali seminggu. Di sini, para tetamu boleh menikmati hidangan berat, snek, minuman dan aneka jus serta kopi segar yang disediakan oleh barista CanteenM sama ada untuk minum pagi, minum petang mahupun minum di tengah malam! Mulakan hari dengan pilihan sarapan pagi yang enak dengan seleksi hidangan panas mahupun sejuk mengikut citarasa anda!
Bagi kemudahan pelancong yang melakukan perjalanan atas nama urusan perniagaan, CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang turut menyediakan kemudahan yang bersesuaian dengan urusan perniagaan anda dengan menyediakan ruang dikenali sebagai society, merangkumi tiga bilik mesyuarat yang memberi dimensi baharu dalam mencipta suasana mesyuarat nan berbeza. Lupakan gaya bilik mesyuarat konvensional di kebanayakan hotel kerana societyM menyediakan bilik dalam set up theatrestyle yang boleh memuatkan sehingga 40 orang dalam sesebuah mesyuarat. Setiap bilik societyM mempunyai kemudahan Vitra furniture, dekorasi moden, kemudahan audio visual dan sesuai untuk seminar, workshop dan sebagainya.
Berbicara mengenai bilik penginapan yang disediakan di citizenM sememangnya ia lari dari tema biasa di kebanyakan hotel. Kebiasaannya hotel akan menyediakan bilik dengan tiga kategori berbeza. Namun begitu, CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang hanya mempunyai satu jenis bilik sahaja yang mana memberi erti kata bahawa setiap tetamu mempunyai kemudahan yang sama. Setiap bilik dilengkapi kemudahan katil bersaiz XL dan tilam yang empuk, bantal duvet dan bilik mandi yang selesa dan menyegarkan.
Malah, setiap bilik penginapan menyediakan kemudahan televisyen pintar, beberapa plug untuk mengecas alat teknologi serta kemudahan wifi yang laju kerana ia telah menjadi sebahagian dari gaya hidup moden masa kini. Lebih istimewa, citizen membawakan konsep ‘MoodPad’ di mana tetamu boleh menetapkan sendiri mood yang diinginkan di dalam bilik termasuklah mood untuk parti, berehat, romantik atau menonton filem. Tambahan pula, ia turut dilengkapi kemudahan wifi berkelajuan tinggi yang memberikan nilai tambah untuk penginapan yang lebih selesa dan menarik!
CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang baharu sahaja membuka pintunya kepada para tetamu sejak 1 Jun 2019 yang lalu dan merupakan hotel dari jenama Belanda yang pertama dibuka pada tahun 2019 dan citizen merupakan hotel ke 16 jenama tersebut secara keseluruhannya. Untuk maklumat lanjut, layari citizenM.com.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pergolakan rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof yang juga pengarah filem akhirnya bakal menemui titik noktah apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman pada 18 April depan.
Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu.
Menerusi pertemuan antara kedua-dua pihak malam tadi, mereka mencapai kata sepakat berkenaan terma-terma penyelesaian. Antara terma-terma penyelesaian itu termasuk hadanah, harta sepencarian, mutaah nafkah anak, dan nusyuz.
Bagaimanapun, ia akan dimaklumkan pada 18 April untuk direkodkan, pada hari sama yang dipersetujui Syamsul untuk lafaz cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Menerusi sumber Mstar, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof meluangkan masa berbuka puasa semalam, Ahad dan persetujuan dicapai dalam keadaan tenang sambil berbuka puasa bersama-sama.
“Syukur alhamdulillah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikanlah semalam.
“Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah,” kata Puteri Sarah.’
Menerusi perkongsian IG story Puteri Sarah juga, dilihat dia berkongsi momen-momen bersama Syamsul Yusof di mahkamah sebentar tadi, dan nyata menarik perhatian netizen. Malah, ramai netizen sudah semestinnya mendoakan agar hubungan mereka kekal baik dan aman demi anak-anak. “Semoga berakhir denganb baik” tulisnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahang pilihan raya umum (PRU) kian terasa. Tidak ketinggalan buat bekas pengacara TV Alhijrah, Nurul Fadzilah Kamaluddin yang dikhabarkan mungkin akan bertanding di Parlimen Setiawangsa pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak.
Dia dikatakan bakal menentang penyandang kerusi parlimen berkenaan iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad.
Fadzilah yang kini Ketua Srikandi Muda Bersatu menjadi pilihan untuk parti itu menarik sokongan pengundi muda di kawasan tersebut. Dia menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Srikandi Muda Bersatu pada 9 September lepas.
Sebelum menceburi arena politik, Fadzilah pernah melakukan kerja kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO). Bahkan, dia juga pengamal undang-undang sivil dan mempunyai syarikat guaman sendiri.
Dalam laporan media Free Malaysia Today (FMT) itu juga, sekiranya personaliti televisyen tersebut dicalonkan Bersatu, ini merupakan kali pertama parti itu mengetengahkan wanita muda sebagai calon.
Memetik kenyataan sumber yang dikongsikan FMT lagi, Fadzilah berhasrat menubuhkan sebuah pusat khidmat guaman di Setiawangsa.
Bersandarkan statusnya sebagai anak tempatan Setiawangsa, dia turut dijangka memberi saingan sengit kepada calon yang bertanding di kerusi Parlimen terbabit.
Bagaimana pun, segala keputusan akhir terletak pada pimpinan pusat tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk memilih calon mereka untuk PRU15.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui kepentingan nutrisi wanita mengikut usia dari 20-an hingga 50-an ke atas. Panduan ini membantu wanita memahami perubahan tubuh, hormon dan keperluan pemakanan pada setiap dekad kehidupan.