Si Comel Sarah Ilham Shah Baru Tiga Hari, VIVY YUSOF Nak Anak Lagi!

Nama Vivy Yusof dan suami, Fadza Anuar sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja memiliki perniagaan yang berjaya yang semakin berkembang hari demi hari, bahkan kehidupan rumah tangga mereka kini juga diserikan dengan kehadiran cahaya mata ketiga.

Begitu teruja menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu, Vivy menyatakan puteri bongsunya itu tidak akan menjadi kelahiran yang terakhir.

“Bet you 10 bucks this isn’t the last baby”, tulis Vivy di laman instagramnya.

Apa salahnya kan kalau mahukan anak ramai-ramai? Semakin ramai anak, semakin murah rezeki, InsyaAllah.

Terlebih dahulu, dalam satu entri di laman instagram, beliau turut mengumumkan nama anak perempuannya, Sarah Ilham Shah.

Comel sangat gambar-gambar Sarah yang dikongsikan Vivy dan Fadza di laman instsgram masing-masing. Cuba tengok ni!

Semoga Sarah membesar menjadi anak yang solehah dan mencipta kejayaan yang besar di dunia dan akhirat nanti. Bila dah besar nanti boleh lah teman mommy awak OOTD!

Hasil perkahwinan pada tahun 2012, Vivy dan Fadza juga dikurniakan dua cahaya mata yang kini semakin membesar dengan bijak. Selain berkongsi aktiviti harian dan keletah anak-anak di laman instagram, Vivy juga aktif memuat naik video di laman YouTube.

Pencapaian Vivy dan suami sebagai pengasas jenama fesyen FashionValet wajar dijadikan sumber inspirasi kepada semua usahawan di luar sana untuk peroleh kejayaan yang sama seperti mereka.

Dalam pada masa sibuk dengan urusan perniagaan, mereka juga tidak lupa untuk meluangkan masa bersama anak-anak agar dapat membesar dengan sempurna.

IKLAN
Share