Siang Malam Urus Kerjaya & Rumah Tangga, Nana Al Haleq Kongsi Cara Senaman Ketika Penat

Bukan serba boleh semata-mata, tapi wanita hari ini majoritinya bekerja untuk menyara keluarga. Penat, tapi hidup mesti diteruskan. Kesudahannya, diri sendiri pula tak terjaga.

Sebagai wanita moden, letakkan kesihatan dan kecergasan diri kita sendiri sebagai keutamaan. Diri kita, prioriti kita, kerana jika sakit, siapa pula yang akan menguruskan mereka?

Nona tertarik melihat gaya hidup personaliti kecergasan Nana Al Haleq, orangnya memang aktif dan rajin bekerja. Selain suka bersenam, wanita yang baru mendirikan rumah tangga ini juga seorang usahawan serta banyak membuat review yang menarik di media sosialnya.

Nana merupakan wajah Under Armour Malaysia

 

Perkahwinan kedua Nana berlangsung Januari lalu

Lately ramai tanya Nana soalan ni kalau badan terlalu penat atau kehabisan tenaga.

I would say, go for active recovery or light active activity.

Untuk yang konsisten buat senaman hari-hari, bila tubuh terasa sangat penat atau sakit-sakit, cuba berehat satu atau dua hari daripada rutin biasa tu.

Berehat tu maknanya buat aktiviti ringan dan beri masa untuk tubuh kita pulih daripada kepenatan.

Aktiviti senaman seperti yoga, dynamic stretch, fusion training atau tai chi antara yang sesuai diamalkan.

Lagi-lagi beginner, walaupun kita buat senaman ringan 1 ke 2 kali je seminggu, tapi sakit-sakit badan tu boleh jadi berhari-hari. Betul tak? Jadi untuk hari rehat, buat je light stretching atau yoga ya.

 

 

 

Nana Al Haleq yang juga seorang jurulatih serta baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini turut berkongsi empat situasi yang patut kita berehat daripada melakukan senaman berat.

Situasi 1: Bila tengah stres

Kadang-kadang bila kita paksa juga buat senaman berat, kita akan tambah lagi stres pada badan kita. Stres ni bukan pada minda je tapi pada badan. Benda ni la kadang-kadang buat kita payah nak capai fitness goal bahkan buat badan rasa bertambah lesu.

Nana usir stres dengan menjaga kucing peliharaannya

 

Situasi 2: Bila tak cukup tidur

Instead of buat intense exercise, better nap to recharge. Kalau buat senaman juga, kemungkinan untuk dapat injury lebih tinggi dan boleh tingkatkan inflamasi, ganggu sistem imun dan metabolisme dalam badan. Rehat dan buat senaman anda pada hari lain. Anda boleh je buat meditasi ringkas untuk hari begini.

Tidur adalah cara tubuh dipulihkan

 

Situasi 3: Bila tak sihat

Kalau kena selesema, demam atau didatangi menstruasi, rehat je atau kurangkan senaman berintensiti tinggi. Anda boleh cuba senaman duduk atau yoga yang tak banyak pergerakan tunduk atau berdiri.

 

Situasi 4: Bila otot tak selesa

Muscles need to rest for it to recover. Kalau terlalu tak selesa dan kita paksa untuk bersenam, tubuh akan ambil masa lebih panjang untuk pulih. Malah mungkin tingkatkan risiko kecederaan juga.

Plan a good workout – the one you enjoy!

 

“Sebenarnya banyak lagi nak share, tapi tak cukup ruang nak tulis,” tulis Nana yang sangat suka berkongsi ilmu kecergasan ini.

 

Sumber: Nana Al Haleq

IKLAN
Share