Wedding Of The Year, SIDHARTH MALHOTRA dan KIARA ADVANI Selamat Disatukan Di Majlis Resepsi Ala Bangsawan

Majlis perkahwinan ala bangsawan pelakon tampan Sidharth Malhotra dengan aktres Kiara Advani yang diadakan di Suryagarh Palace, Jaisalmer seakan belum lagi reda walaupun sudah mengikat tali perkahwinan pada 8 Februari lepas.

Memandangkan tiada telefon bimbit dibenarkan dibawa masuk ke dalam majlis perkahwinan tersebut, maka tiada sebarang gambar perkahwinan mereka yang dapat dilihat oleh netizen sewaktu itu. Namun, pasangan yang sudah pun bergelar Mr dan Mrs Shershaah ini akhirnya berkongsi gambar perkahwinan mereka menerusi media sosial masing-masing.

Mereka kelihatan cukup segak mengenakan baju pengantin di majlis perkahwinan ala Diraja Rajasthan yang dilangsungkan dengan cukup sempurna itu. Kiara Advani kelihatan cantik dalam lehenga merah jambu yang direka oleh Manish Malhotra. Manakala Sidharth Malhotra pula tampak segak mengenakan sherwani gading.

Menerusi sebuah video perkahwinan yang dikongsikan oleh kedua-dua pengantin, majlis perkahwinan mereka yang bertemakan merah jambu cair itu telah dilengkapi dengan band muzik yang dibawakan khas dari Delhi.

Sidharth Malhotra dan Kiara Advani juga telah melalui beberapa upacara perkahwinan yang penting dan ia turut diakhiri dengan majlis tarian Bollywood. Hanya dihadiri oleh teman dekat, anggota keluarga, dan pemai industri, beberapa selebriti juga dilihat turut hadir meraikan pasangan pengantin termasuk Shahid Kapoor dan Mira Rajput, Karan Johar, Isha Ambani dan Anand Piramal, serta Juhi Chawla bersama suaminya Jay Mehta.

Untuk rekap, Kiara Advani dan Sidharth Malhotra bertemu buat pertama kali dan jatuh cinta di set filem Shershaah pada 2021. Dalam film tersebut, Sidharth memegang watak tokoh tentera bernama Vikram Batra dan Kiara Advani menjadi kekasihnya yang benama Dimple Cheema.

Tahniah NONA ucapkan buat kedua-duanya, semoga perkahwinan dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

 

IKLAN
Share