Puteri Kako dari Akishino, ahli keluarga empayar Jepun, baru-baru ini menjadi topik hangat di media sosial. Foto puteri berusia 30 tahun ini tular ketika sedang tidur nyenyak dalam kapal terbang kelas ekonomi.
Mereka menganggap Puteri Kako seorang yang berjiwa rakyat dan tidak mendiskriminasi status sosial.
Puteri Kako terkenal sebagai seorang tokoh yang berkarisma. Selain aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan budaya Puteri Kako turut berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Kogei Jepun.
Puteri Kako juga terkenal dengan kemahirannya berbahasa isyarat.
Ads
Tugas Diraja & Kehidupan Peribadi
Puteri Kako dilahirkan pada 29 Disember 1994 di Tokyo dan merupakan puteri kedua kepada Putera Mahkota Fumihito dan Puteri Mahkota Kiko.
Sebagai ahli keluarga diraja, Puteri Kako mempunyai pelbagai tugas rasmi. Bagaimanapun, beliau juga dikenali sebagai tokoh bebas yang mempunyai minat pelbagai.
Selain aktif dalam aktiviti sosial dan kebudayaan, Puteri Kako juga meminati bidang seni dan sukan.
Beliau turut mempunyai bakat dalam bidang seni halus. Keberaniannya untuk tampil seadanya dan tidak terpaku kepada protokol diraja menjadikan Puteri Kako lebih disayangi rakyat.
Perjalanan Puteri Kako menggunakan kelas ekonomi ini mengukuhkan lagi imejnya sebagai tokoh yang dekat dengan rakyat. Ia juga menunjukkan keluarga empayar Jepun semakin terbuka dan cuba menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan masyarakat.
Ads
Tular Di Media Sosial
Foto Puteri Kako sedang tidur dalam kelas ekonomi cepat tersebar di pelbagai platform media sosial. Pelbagai komen positif membanjiri hantaran tersebut. Ramai netizen memuji kesederhanaan dan kerendahan hati Puteri Kako. Mereka menganggapnya sebagai seorang puteri yang memberi inspirasi dan teladan.
Ramai juga yang membandingkan Puteri Kako dengan ahli keluarga diraja lain yang cenderung lebih tertutup dan menjauhkan diri daripada orang ramai. Mereka menganggap Puteri Kako membawa nafas segar kepada keluarga empayar Jepun dan mampu menarik perhatian generasi muda.
Malah, beberapa media luar negara seperti Hello Magazine menggelarkan Puteri Kako sebagai puteri paling berkarisma dalam kalangan ahli dinasti Yamato sekarang. Ini menunjukkan populariti Puteri Kako bukan sahaja terhad di Jepun, malah turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Inspirasi Generasi Muda
Sikap sederhana dan merendah diri yang ditunjukkan oleh Puteri Kako boleh menjadi inspirasi kepada generasi muda. Di sebalik gaya hidup mewahnya, Puteri Kako mengajar kepentingan untuk berdiam diri dan tidak melupakan nilai-nilai kesederhanaan.
Keberanian beliau untuk tampil seadanya dan tidak terikat dengan protokol diraja turut memotivasikan generasi muda untuk menjadi diri sendiri. Puteri Kako membuktikan, menjadi seorang puteri tidak semestinya hidup dalam kemewahan dan ‘pengasingan’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jaguh berbasikal trek negara dikenali The Pocket Rocketman berusia 36 tahun itu meluahkan kesyukuran atas kurniaan pingat Darjah Kebesaran berkenaan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu menerusi hantarannya di laman sosial.
Meskipun sibuk membuat persediaan ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung 26 Julai hingga 11 Ogos ini, Dato’ Azizulhasni atau nama penuhnya Muhammad Azizulhasni Awang hadir ditemani isteri tercinta, To’ Puan Athiah Ilyana Abd Samad.
Tampil segak berbaju Melayu serba hitam lengkap tengkolok dan samping, penyampaian pingat Darjah Kebesaran Terengganu ini kepada atlet anak jati Dungun, Terengganu itu dilihat cukup tepat.
“Merafak sembah dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia diatas pengurniaan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu.
Pengurniaan ini akan patik jadikan sebagai tiupan semangat buat diri patik untuk berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi.
Patik sungguh terharu diatas pengurniaan ini dan berasa bertuah menjadi anak jati negeri Terengganu Darul Iman,” titipnya yang menerima darjah kebesaran itu di Istana Syarqiyyah, Chendering, Terengganu.
Susulan kurniaan bersebut, graduan Sarjana Muda Sukan Gerakan, Universiti Victoria, Melbourne, Australia itu tersebut menzahirkan penghargaan buat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
“Patik sekalian juga mendoakan agar Tuanku Sultan dan Sultanah Terengganu sentiasa di bawah lindungan ALLAH SWT dan terus kekal bersemayam di atas singgahsana dengan penuh kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan,” kongsinya.
Pasangan suami isteri tersebut turut berkesempatan hadir ke Majlis Santapan Jamuan Teh sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada hari yang sama.
Tahniah Dato’ Azizulhasni dan To’ Puan Athiah Ilyana! Semoga atlet negara ini terus diberi kekuatan untuk berjuang memenangi emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024 nanti!
Cantik dan berpendidikan tinggi! Siapa sangka, penyanyi rap terkemuka, Eminem mempunyai anak gadis yang bijak dan kini menjadi pempengaruh terkenal di Amerika Syarikat.
Foto: @hailiejade
Hailie Jade Mathers, menggunakan akaun @hailiejade, di mana dia sering berkongsi gambar-gambar mengenai aktiviti hariannya. Hailie juga sering memuat naik selfie dan panduan solekan untuk para pengikut di laman Instagram miliknya. Sehingga kini, Hailie mempunyai jumlah pengikut seramai 3 juta di Instagram miliknya. Hailie juga merupakan hos untuk saluran pod cast @justlittleshadypodcast.
Foto: @hailiejade
Ketika di usia bayi, Hailie sering ‘muncul’ di dalam lirik Eminem seperti untuk lagu Mockingbird. Penyanyi rap itu juga ada menceritakan mengenai hubungan mereka di dalam lagu Hailie’s Song. Sayang betul Eminem pada dia!
Foto:@eminem
Sejak dua dekad lalu, penyanyi rap tersohor dari Amerika Syarikat ini sudah banyak kali menggegarkan dunia dengan muziknya. Eminem yang kini mencecah usia 50 tahun masih aktif dalam industri muzik dan bergelar usahawan dengan mengusahakan sebuah restoran dikenali sebagai Mom’s Spaghetti Restaurant. Selain Hailie, Eminem turut mempunyai dua orang anak perempuan, Whitney Scott Mathers dan Alaina Marie Mathers.
Foto: @hailiejade
Menjengah ke laman Instagram milik Hailie, dia tidak pernah memuat naik foto bersama bapanya itu. Walaupun Hailie tidak pernah berkongsi gambar Eminem, Hailie memberitahu Daily Mail bahawa hubungan mereka sangat rapat.
Foto: @hailiejade
Hailie memilih kerjaya sebagai pempengaruh media sosial selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang Psikologi dengan keputusan cemerlang 3.9 (GPA) dari Michigan State University. Dengan pengikut mencecah 3 juta followers, tidak hairanlah mengapa gadis cantik ini begitu dikenali apatah lagi perkongsian foto yang cantik mengenai destinasi yang dikunjunginya serta tips solekan yang menjadi kegemarannya.
Foto: @hailiejade
Hailie Jade Mathers kini bergelar tunang kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan Scout, Evan McClintock. Gadis berusia 27 tahun itu mengesahkan perkara tersebut menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram.
Foto: @hailiejade
Antara yang dikongsikan adalah gambar cincin pertunangan yang tersarung pada jari wanita berusia 27 tahun itu. Dia dan Evan merupakan graduan Michigan State University.
Foto: @hailiejade
Pasangan itu mula menjalin hubungan istimewa sejak 2016, namun sebelum ini menyembunyikan status percintaan mereka dan jarang berkongsi kemesraan di media sosial. Pasangan itu dilaporkan mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu selepas mula menjalinkan hubungan sejak 2016.
Foto: @hailiejade
Bagaimanapun pada Julai 2021, Hailie pernah berkongsi foto dengan Evan dan memberitahu dia memang jarang berkongsi gambar teman lelakinya itu di media sosial.
“Saya jarang berkongsi foto bersama di Instagram, tetapi apabila saya melakukannya itu bermakna saya gembira bersama si dia,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dua dekad bertapak dalam industri sebagai usahawan nyata bukan sesuatu yang mudah. Pasti ada keunikan dan tarikan tersendiri yang dimiliki Kak Ton hingga dia berjaya kekal bertahan sepanjang tempoh berkenaan.
Apatah lagi dengan persaingan yang kian mencabar dengan bermacam-macam produk kosmetik dijual di pasaran ketika ini. Sudah tentu, kalau barangan tersebut berkualiti ia akan terus mendapat permintaan ramai.
Sejak kemunculan Kak Ton sekitar tahun 2002 dengan tagline ‘Comel Tak Kak Ton’ masih diingati hingga sekarang. Kak Ton atau nama penuhnya Zaiton Hassan merupakan Pengasas Pravenus Beauty Sdn Bhd.
Kak Ton Usahawan Inspirasi
Pernah beberapa tahun menyepi daripada industri, figura hebat ini kembali aktif mengembangkan legasi. Sebagai usahawan produk kecantikan, Kak Ton amat mementingkan kecantikan dari segi dalaman mahupun luaran.
Buktinya, walau sudah berusia 67 tahun namun masih tampil awet muda!
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini Kak Ton mendedahkan, “Tahun 2002 saya buat White Pearl dan tahun 2010 pula saya fokus buat Umar dan Beauty Umaira. Nak berniaga ni bukan tengok orang lain buat 10 jenis, kita nak buat juga. Kualiti kena jaga begitu juga keikhlasan berniaga sebab saya tak nak esok-esok mati benda ni ‘berat’.
Seperti mana saya selalu pesan dekat anak saya, Nadia Annuar. Mimpi biar tinggi yang penting kita kena capai. Mimpilah setinggi mana pun tapi jangan duduk sahaja. Kena pegang mimpi tu.
Bila kita berniaga, ikhlas dan jujur sangat penting. Keselamatan orang awam juga sangat penting. Biar kalau makan selamat dan jangan ambil mudah. Selain itu, kita kena jaga diri dan kesihatan untuk terus beramal ibadah kepada Allah SWT.
Memang ujian itu datang dalam macam-macam cara. Saya sendiri pun ada ujian yang tak boleh cerita dengan orang. Cuma apa yang boleh saya cakap, kita terima ujian tersebut dan reda.”
Semakin banyak rezeki dan kejayaan yang diperoleh, semakin banyak amal ibadah yang dilakukan Kak Ton. Enggan riak dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT, usahawan ini sebaliknya menjelaskan amalan tersebut telah lama dilakukan sejak berpuluh-puluh tahun lepas.
“Dah berpuluh tahun saya buat solat sunat. Bila dah berjaya dan sampai peringkat yang kita mahu, saya akan pastikan saya buat solat Tahajud 4 pagi. Diikuti solat Subuh, solat Tasbih, sampai ke solat Dhuha. Baru saya tidur balik dan bangun pukul 11 pagi,” ujarnya.
Semoga Kak Ton terus tabah menjadi usahawan inspirasi dan berjaya meskipun dia kini diuji dan namanya kembali menjadi bualan rentetan perselisihan faham dengan personaliti popular.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.