Mesti ramai rakyat Malaysia yang dah ‘terpacak’ depan TV pukul 6 petang tadi, kan? Semuanya semata-mata tak mahu terlepas menyaksikan Perkahwinan Diraja Duke and Duchess Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle. Selain hendak tengok upacara perkahwinan yang gilang-gemilang tersebut, pastinya busana perkahwinan yang dipakai Megan menjadi tumpuan utama.
Memilih Custom Givenchy Haute Couture berwarna putih bersih, puteri diraja ini kelihatan cukup elegan dan klasik. Ditambah pula veil rona senada yang dipakai bersama mahkota Queen Mary’s Diamond Bandeau sebagai pelengkap gaya perkahwinannya petang tadi. Difahamkan, busana yang digayakan Meghan Markle hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller. Memang minimalis namun tetap menawan hati ribuan rakyat Britain yang hadir menyaksikan ‘wedding of the year’ itu.
Mengikat ikrar sehidup semati di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor sekitar pukul 7.30 malam waktu Malaysia, pewaris takhta British iaitu Putera Charles mengiringi Markle selepas bapanya terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan. Manakala pengantin lelaki yang juga anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana dan Putera Charles, Putera Harry pula diapit abang kandungnya, Putera William.
Ads
Usai melafaz ikrar suci di gereja berkenaan, pasangan ini kemudian diarak menaiki kereta kuda melalui semua jalan di Windsor. Dianggarkan 600 tetamu hadir untuk menyaksikan upacara bersejarah ini. Malah, beberapa selebriti terkenal juga diundang menjadi tetamu. Antaranya Oprah Winfrey, Priyanka Chopra, David dan Victoria Beckham, George Clooney serta isterinya, Amal Clooney.
Ads
Ads
Lebih menarik, 2, 640 orang awam dipilih untuk menyaksikan majlis itu dengan lebih dekat dari luar halaman Istana Windsor. Apa yang pasti, 19 Mei 2018 menjadi hari yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Diangkat sebagai ‘wedding of the year’, ikatan cinta pasangan ini mencipta sejarah tersendiri dalam kalangan keluarga diraja British selain menjadi salah satu acara terbesar pada tahun ini.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini sudah menjadi trend, masyarakat di ibukota semakin gemar menikmati minuman panas dan menjadikan bekas minuman termoregulasi sebagai collectible item.
Tidak kira di mana sahaja hingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit mencecah ratusan ringgit demi memiliki bekas minuman termoregulasi yang cantik dan pelbagai rekaan moden.
Mana tidaknya, ia bukan sahaja menjadi pelengkap gaya sebaliknya bekas minuman termoregulasi mampu mengekalkan suhu minuman berjam-jam lamanya.
Bagi memberi pilihan kepada orang ramai untuk memiliki peralatan minuman termoregulasi, baru-baru ini Montigo melancarkan kedai flagship bersama Cosmic Cookware di pusat beli-belah Suria KLCC. Ia menawarkan pengalaman membeli-belah menarik selain mempamerkan rangkaian penuh produk dan teknologinya.
Mengapa peralatan minuman ini menajdi pilihan warga kota? Ia menjadi pilihan kerana peralatan minuman termoregulasinya direka bukan sahaja untuk mengekalkan suhu optimal malah sesuai untuk dibawa ke pejabat, tempat percutian dan menemani perjalanan.
Malah ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dengan teknologi ‘art insulasi’ bagi memastikan minuman kekal dalam suhu yang diingini sepanjang hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersamanya, Melvin Chee berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan kedai flagship itu untuk kemudahan peminat setianya. Ia menyediakan kemudahan paparan interaktif, demonstrasi oleh pakar, penyesuaian produk dan khidmat peribadi pelanggan.
“Lokasi baharu ini membolehkan kami membawa terus produk dan teknologi kepada orang ramai, ia sekali gus membolehkan mereka mengalami sendiri pengalaman serta kualiti yang ada secara terus,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat berita perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan diumumkan pada hujung minggu lalu, ia bukan saja menggembirakan hati rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang bahkan seluruh Malaysia turut teruja dengan perkhabaran tersebut. Selain memilih wanita Sweden sebagai bakal isteri, perkahwinan Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra juga mencipta sejarah tersendiri apabila baginda bertitah agar cenderamata sempena sempena istiadat perkahwinan itu nanti disumbangkan kepada badan kebajikan Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang Tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah.
Ternyata, keluarga diraja Kelantan sangat dekat dengan sifat kesederhanaan dan mementingkan kebajikan rakyat. Memetik pengumuman Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal … istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung secara sederhana dan tertutup pada malam 19 April di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
“Sukacita saya dengan hormatnya menjunjung titah perintah Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan akan melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April 2019 di Istana Balai Besar.
Baginda berharap agar sekalian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak dipermudahkan dan dirahmati Allah sehingga Jannah.”
Menurut kenyataan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean lagi, bakal isteri baginda merupakan kenalan lamanya iaitu Sofie Louise Johansson berusia 33 tahun.
Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra diputerakan pada 20 Januari 1974 di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan putera kedua daripada empat beradik.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang kita rasa peristiwa tertukar bayi macam cerita yang diada-adakan. Mana mungkin bayi yang baru lahir akan tertukar kerana sebaik sahaja dilahirkan akan dipakai gelang. Gelang yang akan memastikan siapa ibu kandungnya yang sebenar.
Namun insiden tertukar bayi ini telah menyebabkan wanita Arab Saudi menerima wang pampasan sekurang-kurangnya RM2.2 juta.
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com
Kisah bayi anak orang kaya tertukar dan dipelihara orang keluarga kurang berada menjadi tular seperti yang dilaporkan Middle East Monitor. Akhbar tempatan Al-Watan melaporkan ketika kejadian berkenaan wanita yang kini berusia 35 tahun itu dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di Mekah.
Walau bagaimanapun, seorang jururawat yang bertugas untuk memandikan bayi berkenaan telah tidak sengaja menyerahkan kepada ibu yang salah. Laporan ini menyatakan bahawa wanita tersebut semakin keragui keberadaannya dalam keluarga yang membesarkannya itu.
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com
Dia merasakan perbezaan dari segi watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup sehingga mendorongnya untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com
Namun, sedih sekali wanita ini tidak dapat berjumpa dengan ibu kandungnya kerana telah pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu. Oleh itu, mahkamah Jeddah telah memutuskan untuk memberi pampasan yang berjumlah sedemikian lantaran terpaksa hidup dengan keluarga lain tanpa sengaja.
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.comGambar hiasan. Foto: www.123rf.com
Mujur juga dia tidak berkahwin dengan ahli keluarga sendiri. Kalau tak, macam-macam masalah lai pula yang timbul.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.