Cantik semula jadi, potret terkini Datin Seri Camelia Khan buat ramai terpegun, usia 51 tetap nampak mahal dan classy.
Gemersik suara Camelia memecah keheningan hujung minggu. Lagu berhantu, Rindu Padanya, bagai mengimbau nostalgia lalu, zaman remaja 90-an yang kini semuanya sudah meningkat dewasa.
Dayang Nur Camelia Abang Khalid, anak jati Kuching, Sarawak merupakan salah seorang ikon fesyen dan penyanyi wanita tercantik yang pernah bergelar juara Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik.
Beliau mula dikenali menerusi dunia nyanyian dengan suara merdu yang unik serta gaya persembahan yang elegan. Datin Seri Camelia Khan pernah menghasilkan album yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat, terutama lagu-lagu bernuansa pop dan balada.
Antara lagu popular yang masih meniti bibir adalah Dengarlah Kasih, Menuju Usia, Akhirnya, Rindu Padanya serta banyak lagi.
Dilahirkan pada 20 Jun 1974, kecantikan asli Datin Seri Camelia Khan pada usia 51 sepertikan tidak terusik. Sangat cantik dan menawan, kulit mulus dan penuh kelembutan menyerlahkan pekerti seorang isteri dan ibu penyayang.
Pernah bergelar model dan pengacara Casa Impian di Astro Ria dari 1998 hingga 2006, Datin Seri Camelia Khan sering dilihat sebagai seorang wanita berkarisma dengan cita rasa fesyen yang mewah, sofistikated dan elegan.
Beliau pernah menjadi duta jenama antarabangsa L’Oréal, menjadikannya antara artis Malaysia pertama yang diiktiraf dalam dunia fesyen dan kecantikan global. Penampilan beliau dalam pelbagai acara hiburan dan sosial sering menjadi rujukan fesyen wanita moden era tersebut.
Terkenal dengan gaya hidup classy, aura Datin Seri Camelia Khan tetap menjadi pujaan peminat meski jarang muncul kerana fokus pada kehidupan peribadi. Low profile, namun namanya tetap segar di hati.
Ads
Elegan dan classy, suka betul tengok wajah terkini beliau sepanjang sesi pemotretan eksklusif jurufoto Pinography dan solekan magis Najeeb Azami. Kecantikan yang boleh digambarkan dengan satu kata – BAHAGIA.
Cantik semula jadi, potret terkini Datin Seri Camelia Khan buat ramai terpegun, usia 51 tetap nampak mahal dan classy.
Pelantikan YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia yang baharu menandakan satu fasa penting dalam perjalanan politik seorang wanita Sarawak yang tenang, berprinsip dan konsisten.
Susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI, beliau yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Timbalan Menteri Ekonomi kini diberikan tanggungjawab baharu dalam portfolio kesihatan, satu medan kritikal yang menyentuh terus kesejahteraan rakyat.
Dalam kenyataan rasmi, Dato’ Hanifah Hajar Taib menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh kepimpinan negara dan menyatakan komitmen untuk melaksanakan amanah ini sebaik mungkin, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan keadilan, kemampanan dan kesejahteraan menyeluruh.
Walaupun bertukar kementerian, beliau kekal sebagai Ahli Parlimen P213 Mukah dengan penegasan jelas bahawa khidmat bakti kepada rakyat kawasan tersebut akan terus menjadi keutamaan.
Nama Dato’ Hanifah Hajar Taib bukan asing dalam politik Sarawak mahupun di peringkat nasional. Sebagai anak bongsu kepada Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, tokoh negarawan yang membentuk landskap pembangunan Sarawak selama puluhan tahun, beliau membesar dalam lingkungan legasi besar dan tanggungjawab yang bukan kecil. Namun begitu, wanita ini tidak memilih jalan mudah bersandar sepenuhnya pada nama keluarga.
Sebaliknya, beliau membina identiti sendiri, perlahan tetapi konsisten, jauh daripada retorik berlebihan dan populariti sementara. Legasi arwah bapanya bukan sekadar tentang kuasa atau kedudukan, tetapi tentang amanah terhadap negeri dan rakyat. Nilai inilah yang jelas meresap dalam pendekatan kepimpinan Dato’ Hanifah Hajar Taib.
Dari sudut pendidikan, Dato’ Hanifah Hajar Taib membawa perspektif global yang membentuk ketajaman fikirannya. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of San Francisco, Amerika Syarikat, menamatkan pengajian pada tahun 1992.
Latar akademik ini membentuk pendekatan beliau yang tersusun, analitikal dan berpaksikan realiti. Ciri ini menjadi kelebihan penting apabila berhadapan dengan isu ekonomi, pembangunan wilayah dan kini kesihatan awam yang semakin kompleks serta memerlukan solusi berasaskan data dan keberkesanan sistem.
Kerjaya politik Dato’ Hanifah mula mencuri perhatian apabila beliau bertanding dan menang di Parlimen Mukah pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018. Kemenangan tersebut bukan sahaja menandakan kemunculan wajah baharu dalam politik nasional, tetapi juga permulaan hubungan jangka panjang beliau dengan komuniti setempat.
Mandat rakyat itu diperkukuh pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun 2022 apabila Dato’ Hanifah Hajar Taib berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Mukah dengan majoriti yang jauh lebih kukuh. Kepercayaan ini lahir hasil pendekatan konsisten, kehadiran berterusan dan kesediaan beliau untuk mendengar denyut nadi rakyat.
Sebelum dilantik ke Kementerian Kesihatan, Dato’ Hanifah pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan seterusnya sebagai Timbalan Menteri Ekonomi. Portfolio ekonomi memberikan pendedahan luas tentang jurang pembangunan, ketidaksamaan akses serta keperluan sistem sokongan yang mampan.
Pengalaman ini menjadi bekal penting apabila beliau melangkah ke kementerian yang mengurus terus isu kesihatan rakyat, khususnya dalam memastikan akses perkhidmatan kesihatan yang adil dan menyeluruh.
Apa yang membezakan Dato’ Hanifah Hajar Taib ialah karakternya sebagai seorang wanita pemimpin yang tidak agresif dalam bicara dan tidak ghairah mencipta sensasi. Namun, beliau tetap tegas pada prinsip dan konsisten dalam tindakan.
Dalam setiap penampilan, aura yang terpancar ialah ketenangan seorang wanita yang jelas hala tuju dan sedar akan tanggungjawab. Bagi wanita moden dan berjaya, perjalanan beliau menjadi bukti bahawa kekuatan sebenar tidak perlu dizahirkan melalui suara tinggi, sebaliknya melalui integriti dan disiplin.
Kini, dengan amanah baharu sebagai Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Hanifah Hajar Taib membawa bersama legasi seorang ayah, pengalaman pentadbiran serta jiwa seorang wanita yang peduli. Dalam dunia yang sering menilai wanita melalui populariti dan penampilan, perjalanan beliau mengingatkan bahawa kepimpinan berkelas lahir daripada nilai, kesabaran dan cinta yang tulus kepada rakyat serta tanah air.
Tidak dinafikan sekarang ini ramai yang bertemu jodoh melaui media sosial. Namun, perlu sentiasa berhati-hati agar tidak mudah terpedaya.
Bagi pasangan dari Indonesia dan Turki ini, media sosial menjadi asbab mereka mula saling mengenali. Lala dan Bilal mendirikan rumahtangga sebelum berlakunya wabak COVID-19 dan kini bahagia menjalani kehidupan sebagai suami isteri di Turki.
Sebelum berkahwin pasangan ini terpaksa menempuh cabaran hubungan jarak jauh. Menyingkap perkenalan awal mereka, Bilal yang ketika itu berada di Turki berkenalan dengan Lala melalui media sosial. Saat itu, Bilal yang memulakan langkah terlebih dulu untuk berkenalan.
Dengan yakinnya, Bilal menghantar mesej melalui Direct Message (DM) kepada Lala. Tanpa diduga, profil Bilal berjaya menarik perhatian Lala.
Dipetik dari vlog di saluran YouTube Bi Love La “Dia memberi salam di DM kemudian saya membuka profilnya. Saya tertarik sedikit kerana dia meletakkan gambarnya bermain gitar. Kebetulan saya mempunyai seorang adik lelaki yang sangat suka bermain gitar. Saya memang suka orang yang pandai bermain muzik,” ujar Lala.
Suatu hari, Lala bercadang untuk nyahaktifkan akaunnya. Namun Bilal tidak berputus asa. Dia cuba meminta nombor telefon Lala pula agar boleh dihubungi menerusi WhatsApp.
Kongsi Bilal: –
“Dalam media sosial, kita tidak mudah percaya orang. Tetapi kalau kita tak nak lepaskan seseorang itu, sudah tentu kita perlukan nombor telefon. Sebab itu saya minta nombor dia.”
Walau bagaimanapun, Lala tidak terus mempercayai lelaki yang dianggap ‘asing’ itu. Dia hanya membalas dengan memberikan ID Line.
Bagi Lala, dia tidak mudah percaya dengan jodoh melalui media sosial apatah lagi terfikir untuk bergelar isteri kepada lelaki warga asing.
“Dulu saya percaya kalau nak dapat jodoh kena berjumpa, bukan di media sosial. Bila dengan Bilal, walaupun tanpa beri nombor telefon saya rasa kami masih boleh berkawan. Saya berikan ID Line saja,” ujar Lala.
Setelah mendapat akses untuk berkomunikasi dengan Lala, Bilal segera berbual dengannya. Tanpa disangka Lala berasa selesa dengan sikap Bilal. Hubungan mereka berkembang perlahan-lahan sebagai kawan.
“Dia seorang yang senang bercakap. Apabila saya sudah terlambat, berbual dengannya seperti ada banyak perkara yang membuatkan saya ketawa,” ujar Lala.
Namun, persahabatan mereka terhenti selama beberapa bulan. Ketika itu Lala pergi ke Amerika. Selepas pulang dari Amerika, dia segera menyiapkan diri untuk mencari kolej. Lala bercadang untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana di salah sebuah kampus Jakarta Timur. Lala dan Bilal tidak berhubung selama tiga bulan.
Namun hubungan itu kembali terjalin apabila suatu hari Lala mahu memadamkan beberapa aplikasi termasuk Line yang digunakannya untuk berkomunikasi dengan Bilal.
“Bila saya buka aplikasi Line, masih ada chat history antara saya dan Bilal. Mula-mula saya nak padam. Lagi pun sudah tiga bulan kami tidak berhubung. Tapi saya bagi salam untuk suka-suka. Tak sangka dia balas. Dari situ, kami meneruskan komunikasi malah semakin rapat pula,” katanya.
Hubungan mereka yang kian intim mula berkembang menjadi romantik. Namun, Lala dan Bilal tidak mahu tergesa-gesa. Mereka perlu mendapatkan restu keluarga.
“Apabila saya memberitahu keluarga, mereka mulanya tidak percaya. Keluarga mahukan kepastian. Apatah lagi, keluarga tidak bersetuju saya berkahwin dengan warga asing,” kata Lala.
Akhirnya, Bilal mendapat peluang untuk memenangi hati ibu bapa Lala. Ketika itu ibu Lala bercadang untuk ke Turki bersama kawan-kawan.
“Saya mahu berjumpa ibunya. Kemudian saya memberitahu keluarga dan membawa mereka berjumpa dengannya. Serta-merta semuanya berubah. Ibu bapa kami mula percaya dan akhirnya memberi restu,” dedah Bilal.
Namun Lala dan Bilal masih perlu bersabar kerana mereka mesti memenuhi syarat ibu bapa Lala. Ini kerana ibu Lala tidak mahu anak perempuan mereka itu tercicir dalam pengajian.
“Bilal kena tunggu saya habis belajar dulu. Kalau Bilal nak, tunggu saya selama dua tahun. Itu sahaja. Kami akhirnya bersedia. Saya pergi ke Turki dan kami pun berkahwin,” kongsi Lala.
Selepas berkahwin, Bilal membawa Lala ke Turki dan mereka hidup bahagia hingga kini. Pasangan ini juga membuka saluran YouTube dan kerap memuat naik vlog semasa wabak COVID-19.
Pesan Lala buat semua khususnya mereka yang diuji dengan hubungan jarak jauh, tidak perlu risau tentang jodoh.
“Kalau jodoh pasti tak ke mana. Namun, hubungan jarak jauh pun tak semudah yang disangka. Terpulang pada kita. Nak terima pasangan seadanya, boleh teruskan niat dan komitmen.
“Selagi manusia boleh menerima pasangan, semuanya akan dipermudahkan. Usah lupa berdoa kepada Allah SWT. Apa pun, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita,” akhiri Lala.
Kredit Foto: Instagram Bilal & Lala
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perjalanan hidup penuh berliku. Untuk berjaya seperti hari ini, banyak kesilapan yang dibuat dan mendewasakan kita. ‘Berdamai dengan masa lalu.’ rahsia Oprah Winfrey, 69 tahun, terus unggul sebagai sosok jutawan wanita kulit hitam Amerika Syarikat yang menjadi inspirasi dunia.
Bermula dengan kejayaan The Oprah Winfrey Show yang ditayangkan pada 1986 – 2011, beliau terus mengorak langkah memiliki stesen TV sendiri iaitu The Oprah Winfrey Network (OWN).
Turut diangkat sebagai wanita kulit hitam pertama menjadi jutawan di Amerika Syarikat, nama Oprah Winfrey kekal tersenarai dalam 10 wanita terkaya menurut Forbes 2023.
Sebagai pengacara rancangan televisyen dengan bayaran tertinggi, sudah tentu kejayaannya menjadi inspirasi ramai.
Semak tip-tip kejayaan Oprah Winfrey seperti di bawah ini…
(1) Berusaha untuk membuat perubahan
Kata Oprah, usah membandingkan diri kita dengan orang lain sebaliknya fokus pada sesuatu yang mampu mengubah hidup. Mungkin sukses tidak tercapai dalam percubaan pertama, tapi ia tidak mustahil dengan usaha yang konsisten.
(2) Bijak ambil peluang
Rebut peluang atau kesempatan yang ada. Menurut Oprah, sukses itu bukan nasib atau takdir seseorang. Ia adalah tentang memanfaatkan peluang di depan mata.
(3) Maafkan kesalahan lalu
Tiada manusia yang maksum atau langsung tidak membuat salah. Jadikan kesalahan lalu sebagai pelajaran dan pengalaman berharga untuk menjadi lebih maju.
(4) Sentiasa perbaiki diri sendiri
Kedengaran remeh namun bagi Oprah mempunyai makna yang sangat mendalam. Beliau percaya kita semua harus berkembang dan jangan pernah lelah mencari ruang untuk memperbaiki diri.
(5) Lakukan sekuatnya
Berusaha membuat yang terbaik dalam setiap yang dikerjakan. Itulah yang membawa kejayaan dan usaha mengejar apa yang dicita-citakan.
(6) Percaya pada mimpi
Tidak salah memiliki impian besar untuk diri sendiri. Untuk sukses, percaya bahawa kita mampu mencapai impian tersebut.
CIPTA SEJARAH
Oprah Winfrey atau lebih terkenal dengan nama Lady O ini sememangnya berjiwa pemurah. Ingat lagi 16 tahun lalu, apabila wanita ini telah mencipta sejarah dalam dunia penyiaran melalui rancangan bual bicara popularnya, The Oprah Winfrey Show.
Oprah telah memberi kejutan apabila menghadiahkan 276 unit kereta kepada setiap penonton dalam studionya.
Benar orang kata, lagi banyak kita memberi lagi murah rezeki yang kita dapat. Siapa sangka, jiwa pemurah yang dimiliki wanita ini, melayakkannya dinobatkan sebagai selebriti wanita TERKAYA di dunia dengan jumlah bersih kekayaan bernilai RM15 billion (USD3.5 billion). Semua yang diraih oleh Oprah ini adalah hasil titik peluhnya sendiri.
Sikapnya dalam memajukan diri sangat menginspirasikan. Teringat kata-katanya, “Think like a queen. A queen is not afraid to fail. Failure is another steppingstone to greatness.”
Bayangkan program ikonik ini telah bersiaran selama 25 tahun sebelum berakhir pada tahun 2011. Jumlah gaji yang diterima oleh wanita ini tidak diketahui tetapi beliau memperoleh sekitar RM720 juta (USD165 juta) di antara Mei 2011 dan Mei 2012.
Setelah program bual bicaranya berakhir, Oprah telah melancarkan saluran kabelnya sendiri, Oprah Winfrey Network (OWN). Pegangan sahamnya sebanyak 25.5 peratus dalam saluran kabel ini dianggarkan bernila RM327 juta (USD75 juta). Selain itu, Oprah juga memiliki syarikat majalah sendiri dengan menjadi sebahagian Ahli Lembaga Pengarah dalam Weigh Watchers.
Menurut CNBC, harga saham syarikat wanita yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni/Sains, Universiti Tennessee State ini, mencapai rekod tertinggi pada bulan Jun 2018. Forbes melaporkan sahamnya telah berubah dari RM192 juta (USD43.5 juta) menjadi RM1,747 juta (USD400 juta).
Selain itu, Oprah juga memiliki syarikat bernama Harpo Production yang memiliki rangkaian tunggal dengan Discovery Communication. Harpo Production merupakan kekuatan di sebalik program Dr. Phil, Rachael Ray dan The Dr. Oz Show. Ini bermakna jiwa wanita ini sudah sebati dengan dunia penyiaran dan tidak mampu meninggalkannya meskipun bekerja di belakang tabir sahaja.
Foto: Facebook Oprah Winfrey
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.