Anak kedua sering dikatakan sukar difahami, tidak suka dikongkong dan gemar memberontak. Menurut Pakar Motivasi, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah masalah tersebut ada kaitan dengan apa yang dinamakan ‘The Second Child Syndrome’ atau sindrom anak kedua.

Benarkah anak sulung selalu mendapat perhatian tetapi anak kedua duduk di tengah-tengah lalu mempengaruhi perwatakannya apabila rasa terbiar tidak diendahkan oleh ibu bapa. Bagaimanapun, ini tidak bermakna anak kedua memang selalu bermasalah. Ia berkait rapat juga dengan cara ibu bapa mendidik dan menangani anak ini sejak dia kecil hingga usia remaja.

Sindrom Anak KEDUA; DS Salmah Luah Perasaan Terhadap Anak Keduanya Yang CANTIK

Dato Sri Hajah Salmah Ismail turut berkongsi tentang anak keduanya di laman Instagram. “Anak kedua yang sangat manja. Setiap hari pasti akan mencari saya di bilik minta peluk dan kiss. Harap-harap dah kahwin nanti tetap kekal cari umi setiap hari minta peluk dan kiss.

Semoga Qis mendapat jodoh yg baik. Penganti umi yang boleh sayang dan jaga Qis lebih dari umi, aaminn,” ucap DS Salmah tentang anak keduanya.

Sindrom Anak KEDUA; DS Salmah Luah Perasaan Terhadap Anak Keduanya Yang CANTIK

DS Salmah turut berkongsi tentang perubahan fasa kehidupan anak-anaknya, “Sebagai ibu, saya rasa cepatnya masa berlalu. Kita makin berusia dan anak daripada lahir kita lihat mereka tempuhi dari satu aras ke satu peringkat dunia kehidupan seterusnya. Dari bayi ke kanak-kanak ke remaja ke gerbang perkahwinan dan mereka mendapat anak, so sweet.

Bila kita melihat mereka membelai anak mereka sama seperti saat kita menjaga mereka semasa kecil. Dalam hati pasti terdetik, dulu dia yang baby sekarang dia lak yang dapat baby, hehehee.

Sindrom Anak KEDUA; DS Salmah Luah Perasaan Terhadap Anak Keduanya Yang CANTIK
Setiap kali melihat anak saya menyusukan cucu saya, pasti saya teringat saat saya menyusukan dia. Saya dapat rasakan aura kasih sayang mengalir aktif. Bila saya melihat cucu saya menyusu, saya tersenyum sendiri dan ada rasa bangga sebab saya sudah menjadi nenek.

Semoga saya sempat menempuh peringkat moyang. Nak minta cucu kahwin cepat-cepat, hahahaaa. Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat…aminn,” ujarnya.

Sindrom Anak KEDUA; DS Salmah Luah Perasaan Terhadap Anak Keduanya Yang CANTIK

Malah DS Salmah turut sempat bergurau tentang nama anak sulung dan anak keduanya iaitu Emira Quratul Aini dan Emira Qistina, “Setiap kali mereka berdua tengok kapal terbang Emirates pasti akan rasa bangga sebab ada nama mereka. Itu adalah gurauan kami setiap kali di KLIA dan lapangan terbang di mana-mana negara. Jika ternampak logo atau kapal terbang Emirates pasti kami akan cuit-cuit antara satu sama lain.

Suka naik kapal terbang Emirates tapi waktu sekarang harus beri sokongan kepada produk keluaran tempatan. Tiket mahal pun beli juga tiket Malaysia Airlines. Kena rajin buka laman web tiket MAS, selalu ada promosi,” ucap DS Salmah yang sentiasa menyokong syarikat penerbangan negara.

Sindrom Anak KEDUA; DS Salmah Luah Perasaan Terhadap Anak Keduanya Yang CANTIK

Foto: Instagram @iamemiraqistina

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI