Gara-gara tindakan Siti Sarah memuat naik satu video yang tidak membeli barang dijual seorang lelaki tua mendapat kecaman netizen. Tindakan penyanyi yang baru pulang mengerjakan umrah itu untuk bergurau dengan bapa kandungnya disalah erti oleh netizen sehingga beliau dituduh biadap!
Bagaimanapun dalam entry terbaru di laman instagramnya, Sarah menjelaskan bahawa video itu hanyalah sekadar gurauan kerana lelaki tua yang berada dalam video tersebut ialah bapa kandungnya sendiri, Raissuddin Hamzah.
Ads
Siti Sarah dianggap biadap kerana dikatakan tidak membeli barang yang dijual oleh lelaki tua berkenaan.
” Ada pihak yang kurang bijak mengatakan saya biadap sebab tak beli barang pakcik ni! Nak beli apanya, dia beli untuk diri dia sendiri kami cuma bergurau”. ujarnya.
Setiap kali perkongsian kisah travel atau percutian pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang dipaparkan di media sosial, pastinya sentiasa menjadi tumpuan peminat. Maklumlah, Hairul dan Hanis sering kali bercuti ke destinasi yang bukan ‘biasa-biasa’.
Baru-baru ini, pasangan dua sejoli itu sekali lagi menarik perhatian apabila mereka dilihat menempah sebuah pesawat untuk membawa kesemua kakitangan mereka bercuti ke sebuah pulau peranginan di Pantai Timur.
Hairul dan Hanis dipercayai membawa rombongan tersebut ke Pulau Redang, Terengganu untuk bercuti selain menjalani penggambaran produk terbaharu keluaran syarikat mereka.
Yang menariknya, Hairul memilih pengangkutan kapal terbang sebagai pengangkutan utama ke pulau peranginan itu. Menerusi video di TikTok, aktor berumur 34 tahun menyatakan pesawat itu dikhaskan untuk dirinya dan keluarga serta pekerja-pekerja.
Difahamkan, mereka ke sana bagi menjalankan penggambaran untuk produk baharu keluaran Cakenis.
Menerusi video yang dikongsikan, ramai memuji sifat murah hati pasangan berkenaan yang tidak lokek menghabiskan bajet yang besar demi menghargai semua staf. Kagum melihat percutian mereka, ada dari kalangan wargamaya dengan nada bergurau mahu bekerja dengan pasangan itu demi merasai percutian mewah seperti itu.
Sebelum ini, Hairul dan Hanis pernah tular kerana berpeluang menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan Tan Sri Vincent Tan selepas dipelawa secara tidak sengaja ketika bercuti di pulau berkenaan.
Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan Yusof Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 3.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik kepesatan pembangunan kota Sentul, masih terdapat sekelompok penghuni yang hidupnya cukup terpencil. Kebanyakan para penghuninya tinggal di teratak usang yang dilihat kurang sempurna binaannya.
Namun demi kelangsungan hidup, bersama kudrat tulang empat kerat mereka tetap gigih menjalani kehidupan seperti mana insan-insan yang lain walau dalam serba kekurangan.
Warga emas kelahiran Kelantan, Khuzaipah Omar yang berusia 65 tahun dan isteri, Rohani Hussein berusia 62 tahun mendiami teratak kayu berbumbungkan zink ini sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Kini ia kelihatan semakin usang dimamah waktu. Demi sesuap nasi mereka menyara kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan. Biarpun untungnya tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapatlah menampung kehidupan seharian mereka berdua.
“Biarpun hidup dalam serba kekurangan namun kami bahagia dengan cara sendiri. Seminggu sekali saya dan isteri akan membuat lemang.
Seawal pukul empat pagi kami sudah pun bangun bagi menyiapkan lemang dan akan menjualnya di sekitar Pasar Karat Kuala Lumpur. Sehari sekurang-kurangnya dalam 10 batang dapat jual. Alhamdulillah rezeki kami.
Kalau tidak berniaga kami cuma berehat di rumah. Adalah juga yang datang ke rumah untuk mengurut. Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk berubat sama ada dengan saya atau isteri.
Ada juga yang sanggup menjemput untuk ke tempat mereka. Kami tidak menetapkan bayaran tertentu, biasanya mereka bayar secara ikhlas,” kongsi Khuzaipah.
Pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki dan tidak tinggal bersama mereka kerana semuanya merantau mencari rezeki. Anak sulung dan kedua kini bekerja di Kelantan manakala anak bongsu bekerja di Pulau Pinang.
Terima Bantuan
Sejak tahun 1980-an, Khuzaipah merantau ke Kuala Lumpur dan pernah bekerja di Jabatan Agama Islam lebih 25 tahun. Usai berhenti kerja, Khuzaipah bekerja sendiri dengan menjual ubat dan mengurut. Begitulah rutin hariannya sehinggalah menerima bantuan daripada Baitulmal pada tahun 2014.
“Setiap bulan kami menerima bantuan kewangan sebanyak RM450. Selain digunakan untuk keperluan harian, ia juga dijadikan modal untuk berniaga.
Kami sedar masih ramai yang lebih susah daripada kami dan memerlukan bantuan. Maka, saya berusaha untuk memanfaatkan wang bantuan dengan mengembangkan perniagaan lemang yang menjadi sumber rezeki utama kami sekeluarga.
Saya juga merancang untuk memohon pinjaman daripada pihak Baitulmal untuk membeli motosikal roda tiga bagi kegunaan berniaga. Saya harap permohonan itu akan dipertimbangkan,” ujar Khuzaipah penuh harapan. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati pasangan ini seterusnya dikurniakan rezeki kesihatan yang baik. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi terkenal, Rihanna mengesahkan yang dia bakal membuat persembahan di Pertunjukan Separuh Masa (Super Bowl Halftime Show) 2023 yang bakal berlangsung pada 12 Februari di Stadium State Farm di Glendale, Arizona. Jika semua yang dirancang menjadi kenyataan, ini merupakan persembahan pertama Rihanna di atas pentas besar selepas melahirkan anak lelaki pada 13 Mei lepas bersama suami, A$AP Rocky.
Pengumuman ini dikira rasmi apabila baru-baru ini Rihanna memuat naik di akaun Instagramnya yang memaparkan gambar yang dipercayai tangannya memegang bola Amerika. Menerusi jurucakap NFL selaku penganjur Super Bowl dan Roc Nation yang menganjurkan persembahan separuh masa itu sudah pun memberikan kenyataan mengesahkan penglibatan Rihanna.
“Rihanna adalah bakat generasi kini, seorang wanita dari kehidupan yang sederhana dan kini berjaya menjangkaui jangkaan. Seorang gadis polos yang dilahirkan di pulau kecil Barbados kini menjadi salah seorang artis paling terkenal dan berbakat dunia,” kata Jay-Z, pengasas Roc Nation.
“Kami sangat teruja dan mengalu-alukan Rihanna ke pentas Apple Music Super Bowl Halftime Show,” kata Seth Dudowsky, Ketua Muzik NFL.
Walaupun Rihanna tidak mengeluarkan album sejak 2016, Rihanna masih kekal dan relevan dalam industri muzik. Dengan variasi lagu hits sepanjang dua dekad muziknya, Rihanna dikhabarkan bakal menggegarkan pentas besar muzik yang paling banyak ditonton tahun ini.
Super Bowl Halftime Show sebelum ini telah banyak membariskan artis-artis ternama membuat persembahan seperti Dr. Dre, Snoop Dogg, Eminem, Mary J. Blige, dan Kendrick Lamar pada 2022, The Weeknd pada 2021, Shakira dan JLo pada 2020, Maroon 5 2019, Justin Timberlake 2018, Lady Gaga 2017, Coldplay 2016, Katy Perry 2016, Katy Perry 2014, Beyoncé 2013, dan Madonna 2012.
Terpikat dengan aura dan pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. 9 April nanti, personaliti diraja Brunei ini bakal menginjak usia 39 tahun. Meskipun menghampiri umur 40 tahun namun kejelitaan wanita bangsawan ini seakan tidak memudar.