Tumpang gembira tengok kehidupan Datin Almy Nadia! Rumah tangga kian bermakna dengan kehadiran empat cahaya mata, ketabahan isteri pelakon Dato’ Fizz Fairuz ini mengurus dan membesarkan anak-anak wajar diberi pujian.

IKLAN

Mana tidaknya, dengan keadaan anak-anak yang masih kecil Datin Amly sering kelihatan positif dan ceria di samping cahaya mata tersayang. Walau hakikatnya, tidak menang tangan menjaga mereka.

Walau sudah lama tidak aktif dalam bidang seni tapi lakonan Datin Almy Nadia dalam filem Dunia Baru The Movie sekitar tahun 2008 masih diingati sampai sekarang.

Raut wajah manisnya yang suka tersenyum dan sikap Datin Almy yang ramah membuatkan peminat senang dengan peribadi figura berkenaan.

Tanggal 26 April lalu genap sembilan tahun usia perkahwinan Datin Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah dan suami tercinta.

“Terima Kasih Terima Mama Seadanya,” Rai Anniversary Ke-9, Datin Almy Nadia Syukur Ada Suami Mithali!
Kredit Instagram @almynadiaofficial

Berkongsi momen indah hari istimewa tersebut di media sosial, wanita berjiwa penyayang berkenaan melahirkan rasa syukur dikurnia seorang suami dan bapa bertanggungjawab.

“Alhamdulillah hari ni genap usia perkahwinan kita yang ke-9. Syukur alhamdulillah dan terima kasih Fizz Fairuz love terima mama seadanya.

Terima kasih juga selalu dahulukan mama dan anak-anak. Terima kasih juga selalu bekerja keras untuk kesenangan anak-anak dan mama.

IKLAN

Terima kasih love. Mama doakan agar hubungan kita sentiasa dilindungi dan diberkati. Hari ni anniversary esok birthday.”

“Terima Kasih Terima Mama Seadanya,” Rai Anniversary Ke-9, Datin Almy Nadia Syukur Ada Suami Mithali!
Kredit Instagram @almynadiaofficial
“Terima Kasih Terima Mama Seadanya,” Rai Anniversary Ke-9, Datin Almy Nadia Syukur Ada Suami Mithali!
Kredit Instagram @almynadiaofficial
“Terima Kasih Terima Mama Seadanya,” Rai Anniversary Ke-9, Datin Almy Nadia Syukur Ada Suami Mithali!
Kredit Instagram @almynadiaofficial

Datin Almy turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-37 pada 27 April lepas. Selaku suami, Dato’ Fizz Fairuz menitipkan ucapan romantis buat isteri tercinta sempena hari lahir.

Happy birthday sayang. Thanks jadi mama yang terbaik di abad ini. Strong girls. Jaga anak-anak, jadi driver bus sekolah anak-anak, pelajaran anak-anak semualah.

IKLAN

Nak cakap lebih-lebih tak guna, biar papa je tahu. Allah akan balas nanti.”

Baca https://www.nona.my/bahagia-dengan-cara-sendiri-ramai-senang-hati-tengok-datin-almy-nadia-hidup-low-profile/

“Terima Kasih Terima Mama Seadanya,” Rai Anniversary Ke-9, Datin Almy Nadia Syukur Ada Suami Mithali!
Kredit Instagram @almynadiaofficial
“Terima Kasih Terima Mama Seadanya,” Rai Anniversary Ke-9, Datin Almy Nadia Syukur Ada Suami Mithali!
Kredit Instagram @almynadiaofficial

Pasangan suami isteri ini sering menjadi perhatian peminat yang kagum dengan sikap ‘low profile’ mereka. Walau berstatus VIP dan public figure, Datin Almy dan Dato’ Fizz Fairuz dilihat selesa dengan cara sederhana.

Datin Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Dato’ Fizz Fairuz atau Fairuz Zainal Abidin pada 26 April 2014. Mereka dikurniakan empat anak perempuan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI