DATIN ALMY NADIA

Walau sudah lama tidak aktif dalam bidang seni tapi lakonan Datin Almy Nadia dalam filem Dunia Baru The Movie sekitar tahun 2008 masih diingati sampai sekarang. Raut wajah manisnya yang suka tersenyum dan sikap Datin Almy yang ramah membuatkan peminat senang dengan peribadi figura berkenaan.

IKLAN

Baru-baru ini nama Datin Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah menjadi bualan ramai. Semuanya selepas foto percutiannya bersama suami tercinta, Dato’ Fizz Fairuz dan empat anak mereka di taman tema popular tersebar di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik pasangan tersebut, Datin Almy dilihat bergaya kasual dengan memakai T-shirt, seluar palazzo dan berselipar. Begitu juga Dato’ Fizz yang selesa dengan penampilan simple.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Bahagia Dengan Cara Sendiri, Ramai Senang Hati Tengok DATIN ALMY NADIA Hidup ‘Low Profile’
Credit Instagram @almynadiaofficial
Bahagia Dengan Cara Sendiri, Ramai Senang Hati Tengok DATIN ALMY NADIA Hidup ‘Low Profile’
Credit Instagram @almynadiaofficial

Rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dengan sikap ‘low profile’ pasangan selebriti ini. Walau berstatus VIP dan public figure, mereka dilihat selesa dengan cara sendiri. Bahkan kalau bercuti di mana-mana tempat peranginan sekalipun, Dato’ Fizz dan Datin Almy selesa dengan gaya sederhana.

Malah ada peminat yang turut mengagumi layanan baik Dato’ Fizz terhadap isteri tersayang yang saling menerima seadanya. Alhamdulillah, memang kagum tengok mereka berdua!

Terharu dengan keprihatinan suami membawa isteri dan anak-anak keluar bercuti selepas beberapa hari ‘terkurung’ di rumah kerana Dato’ Fizz menjalani kuarantin Covid-19 disebabkan positif wabak itu, Datin Almy menerusi Instagram miliknya berterima kasih terhadap suami tercinta.

IKLAN

Apatah lagi Datin Almy selesai berpantang anak ketiga mereka yang lahir pada 8 Disember 2021.

Bahagia Dengan Cara Sendiri, Ramai Senang Hati Tengok DATIN ALMY NADIA Hidup ‘Low Profile’
Anak keempat Dato’ Fizz & Datin Almy / Credit Instagram @almynadiaofficial
Bahagia Dengan Cara Sendiri, Ramai Senang Hati Tengok DATIN ALMY NADIA Hidup ‘Low Profile’
Credit Instagram @almynadiaofficial
Bahagia Dengan Cara Sendiri, Ramai Senang Hati Tengok DATIN ALMY NADIA Hidup ‘Low Profile’
Credit Instagram @almynadiaofficial
Bahagia Dengan Cara Sendiri, Ramai Senang Hati Tengok DATIN ALMY NADIA Hidup ‘Low Profile’
Credit Instagram @almynadiaofficial
Bahagia Dengan Cara Sendiri, Ramai Senang Hati Tengok DATIN ALMY NADIA Hidup ‘Low Profile’
Credit Instagram @almynadiaofficial

Thank you Love bawa mama dan anak-anak bercuti sambil Love work. Jalan-jalan lepas kuarantin. Murah rezeki Love bawa kami jalan-jalan.”

IKLAN

Rasa kasih dan sayang Dato’ Fizz turut terserlah apabila dia sentiasa berada di sisi isteri sepanjang kelahiran anak-anak mereka. Dedah ibu berusia 35 tahun ini, “Ayang Fizz Fairuz terima kasih sayang sebab berada dengan mama sepanjang kelahiran anak kita dari anak nombor 1 sampai anak nombor 4.

Sayang sentiasa ada dengan mama dalam bilik bersalin, dari check in sampai lah beranak settle, sayang tetap ada di sisi mama. Terima kasih sayang sebab teman mama dalam bilik bersalin.”

Datin Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Dato’ Fizz Fairuz atau Fairuz Zainal Abidin pada 26 April 2014. Mereka dikurniakan Nurafrina Arianna, Nurafrina Aurora, Nurafrina Ayra dan seorang anak angkat Nurafrina Darwisyah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI