Skim Thohir 2.0 Lipat Gandakan Ganjaran Menarik Buat Pembayar Zakat PPZ-MAIWP!

Pelbagai alternatif seperti promosi, kempen dan aktiviti dilaksanakan bagi menarik perhatian umum agar menunaikan zakat di PPZ-MAIWP. Antara kempen popular ialah kempen Skim Thohir (Skim Potongan Gaji Zakat).

Bagi meningkatkan pembayaran zakat menerusi Skim Thohir, PPZ-MAIWP berkolaborasi secara strategik bersama CIMB Islamic Bank Berhad yang meneruskan penajaan Kempen Skim Thohir 2.0 tahun 2017 buat kali kedua setelah edisi pertama berjaya diadakan pada April hingga Julai lalu.

18 Disember lalu, PPZ-MAIWP mengumumkan 10 pemenang Kempen Skim Thohir 2.0 dari 3,575 pembayar zakat yang membuat potongan gaji zakat melalui skim tersebut dalam tempoh 4 bulan iaitu bermula Ogos hingga November 2017.

CIMB Islamic Bank Berhad menaja hadiah bernilai RM49,000 bagi dua edisi kempen Skim Thohir ini sepanjang 2017 dengan tambahan RM7,000 lagi jika para pemenang memiliki akaun CIMB Bank selain penajaan Kempen CIMB Clicks sebanyak RM10,000 pada Ramadan lalu. Hadiah utama kempen Skim Thohir 2.0 bernilai RM24,500 tajaan CIMB Islamic Bank Berhad.

Pemenang utama, Rozalinda Katan yang bertugas di Amanah Mutual Berhad memenangi pakej umrah bagi 2 orang. Manakala pemenang kedua, Md Fadzli Md Saad dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan membawa pulang baucer percutian bernilai RM5,000. Sementara pememang ketiga yang memenangi barangan elektrik bernilai RM3,000 dimiliki oleh Mohd Mustaqim Abdul Raji dari Gamuda Engineering Sdn Bhd.

Pemenang utama, Rozalinda Katan

Pemenang keempat hingga kesepuluh yang merupakan pemegang kad CIMB Bank memperoleh penambahan RM500 daripada pihak CIMB Islamic Bank Berhad. Kempen Skim Thohir 2.0 bukan saja berjaya mencapai objektif bahkan jumlah pembayar zakat meningkat seramai 7,035 dalam tempoh 8 bulan berbanding 2,356 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Saya berbangga melihat peningkatan pembayar zakat melalui skim ini. Ia bukan saja memudahkan individu bahkan secara tidak langsung berperanan penting dalam memperkasakan amalan zakat di Wilayah Persekutuan dan memberi kelangsungan hidup buat golongan asnaf serta mereka yang memerlukan,” jelas Pengerusi CIMB Islamic Bank Berhad, Dato’ Mohamed Ross Mohd Din.

Semoga kempen seumpama ini akan terus meningkatkan jumlah pembayar zakat sekaligus dapat membantu golongan asnaf. Kempen ini juga membuktikan komitmen yang jitu dari pihak penaja terhadap sistem ekonomi Islam secara keseluruhan. AMY MOHD

 

 

 

IKLAN
Share