Tahukah anda terdapat lebih daripada 10 jenis berus solekan yang anda perlu tahu kegunaannya untuk mendapatkan solekan yang mampan. Ramai yang menolak fakta ini namun anda sendiri boleh menilai bagaimana berus solekan mampu capai piawaian WOW!
Perasan tak setiap berus solekan tidak di datangkan dengan manual penggunaan. Sebagai pengguna, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
Berus Berbentuk Kipas
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata.
Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
Berus Bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer bagi aplikasi yang lebih teliti.
Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
Berus Pemerah Pipi (debu)
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya.
Ads
Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamanya sekitar tulang pipi.
Berus Kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah.
Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
Berus Penyamar Noda
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer.
Ads
Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
Berus Blending Pembayang Mata
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut.
Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
Berus Penggaris Mata
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata.
Ads
Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
Berus Pembayang Mata Bersudut
Berus ini digunakan untuk pembayang mata. Ia digunakan untuk membentuk smokey eyes.
Dengan menggunakan warna pembayang mata,berus ini juga berfungsi untuk menggariskan bahagian bawah garis mata.
Berus Kening Condong
Ada yang menggunakan pensel penggaris kening untuk memudahkan lukisan kening tetapi ada juga yang memilih untuk menggunakan berus kening agar dapat mengawal ketebalan garisan mata.
Kedua-dua teknik ini memberi hasil yang berbeza.
Berus Bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir. Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir. Berus solekan ini sungguh mudah untuk di dapati.
Anda boleh pilih dari pelbagai jenis, harga, warna dan bentuk. Enjoy your makeup moment!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Preity Zinta, Miranda Kerr dan Wawa Zainal… ketiga-tiga selebriti ini bukan hanya mempunyai raut wajah cantik dan comel. Bahkan turut berkongsi persamaan iaitu memiliki lesung pipit yang mampu membuatkan ramai ‘jatuh hati’ dan tertawan. Uniknya, walau pertambahan usia meningkat saban tahun namun ketiga-tiga mereka masih kekal awet muda. Biarpun hakikatnya masing-masing sudah meniti usia lewat 20an, 30an dan 40an!
Wawa Zainal misalnya bakal menginjak umur 28 tahun pada 12 Mac ini. Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin memulakan karier sebagai pelakon sebelum mendirikan rumah tangga bersama aktor kacak, Aeril Zafrel pada tahun 2013. Wawa yang merupakan anak kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini juga sudah berstatus ibu kepada tiga anak.
Disember tahun lepas, Wawa selamat melahirkan anak ketiga yang diberi nama Aya Soffya. Terdahulu, dia dan Aeril dikurniakan seorang sulung lelaki bernama Ahmad Fakharuddin Attar, 7 tahun dan anak perempuan comel, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa berusia 5 tahun.
Wawa sebelum ini pernah membintangi filem Budak Pailang sebelum dilihat lebih aktif mengusahakan perniagaan sendiri, Wawa Cosmetics sekarang. Berkat kerja keras meningkatkan empayar niaga, perniagaan yang hampir dua tahun bertapak dalam industri kosmetik ini sudah mendapat tempat dalam kalangan peminat. Malah, mereka mampu melahirkan beberapa jutawan hasil jualan Wawa Cosmetics. Kagum!
Kalau Wawa Zainal berusia lewat 20an, model dan selebriti Hollywood Miranda Kerr ini pula bakal berusia 36 tahun pada 20 April nanti. Baru melahirkan anak ketiga yang diberi nama Myles pada Oktober tahun lepas, ia merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan model Victoria’s Secret ini bersama usahawan ternama, Evan Spiegel sejak tahun 2017.
Sebelum ini Miranda pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon handalan Hollywood, Orlando Bloom pada tahun 2010. Namun bercerai tiga tahun selepas itu.
Mula berjinak dalam bidang peragaan sejak usia 13 tahun, Miranda juga merupakan pemilik Kora Organics iaitu produk penjagaan kulit berasaskan ramuan organik. Walau
sudah bergelar ibu tiga anak dan berusia lewat 30an tetapi wanita cantik ini masih kelihatan awet muda seperti gadis remaja.
Seorang lagi selebriti yang sememangnya terkenal dengan tarikan lesung pipit ialah pelakon cantik Bollywood, Preity Zinta. Pesona aktres ini bukan hanya terletak pada rupa paras bahkan Preity juga pandai menari dan setiap filem yang dibintangi pasti mendapat tempat di hati peminat.
Tidak hanya di negaranya sendiri bahkan peminat di Malaysia turut mengagumi bakat Preity Zinta. Baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 pada 31 Januari lepas,
Preity pernah menyandang gelaran pelakon wanita yang mendapat bayaran termahal di India pada tahun 2000.
Antara filem popular yang dibintangi Preity termasuk Dil Se, Koi.. Mil Gaya, Salaam Namaste, Chori Chori Chupke Chupke.
Kredit foto: Instagram Wawa Zainal, Preity Zinta & Miranda Kerr
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali artis wanita berhijab ini yang memiliki pesona yang begitu anggun! Sentiasa tampil cantik berseri dan memiliki bentuk tubuh badan yang menawan, pasti memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk kekal cantik sepertinya.
Nama Bella Dally tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni Malaysia. Bukan sahaja memiliki gaya fesyen dan personaliti yang menarik, malah gaya sihat yang dikongsikannya di lama Instagramnya turut menjadi fokus utama wanita di Malaysia untuk mengimpikan kehidupan sepertinya.
Umum tahu bahawa Bella menyintai dunia berbasikal. Acapkali memuat naik videonya berbasikal ternyata memakai hijab bukanlah alasan untuk dirinya tidak aktif.
Pun begitu, selain berbasikal, Bella juga turut melakukan senaman kardio seperti HIIT Cardio dan juga jogging. Bella juga turut kongsikan videonya melakukan senaman kardio di laman Instagram miliknya.
Seperti apa yang diterangkan menerusi ‘caption’ video itu, Bella juga turut kongsikan beberapa info mengenai senamannya.
Menurut Bella, dia sering melakukan senaman pada waktu pagi kerana pada masa itulah tubuh badannya penuh dengan tenaga berbanding dengan waktu-waktu yang lain.
Bukan itu sahaja, malah Bella juga turut nyatakan dia berasa lebih rajin dan bersemangat di waktu pagi!
Tambahnya juga, selain berbasikal, dia melakukan senaman kardio dan juga senaman kekuatan seperti mengangkat ‘dumbbell’.
Oleh kerana rasa segar yang dirasai selepas bersenam, Bella melakukan senaman ini empat hingga lima kali seminggu!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Siapa tidak kenal dengan personaliti jelita Marion Counter? Bekas pengacara televisyen Malaysia berketurunan Portugis-Inggeris-Cina dan juga isteri kepada SM Nasarudin SM Nasimuddin dilihat sering kali tampil jelita dan menawan walau di mana saja.
Buktinya, lihat saja setiap hantaran foto di Instagramnya. Tuah wajah cantik dan citarasa fesyennya menjadikan Marion idola buat wanita di luar sana.
Dari pembawakan diri, soal personaliti hingga peribadi, Marion sentiasa tampil segar, bergaya, dan vibrant. Ini boleh dilihat dari raut wajah sehinggalah perihal mahkotanya. Apatah lagi Marion antara personaliti di Malaysia yang dilihat mempunyai rambut yang menawan.
Foto: Instagram (@marioncaunter)
Namun, siapa kata Marion tidak pernah berhadapan dengan masalah rambut? Menurut hantaran di Instagramnya baru-baru ini, Marion berkongsi turut pernah mengalami masalah keguguran rambut yang tidak normal sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020/2021.
“Saya menyedari yang saya mengalami masalah keguguran rambut lebih daripada kebiasaan ketika musim PKP. Saya tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh perubahan hormon, kebimbangan, umur, gaya hidup namun akhirnya saya mendapat tahu bahawa tubuh badan saya mungkin kekurangan nutrien penting.”
Menyedari hakikat masalah rambutnya itu, bersama sahabatnya Puteri Zarith, mereka berdua bekerjasama untuk mencipta formula yang boleh membantu menggalakkan pertumbuhan dan mengekalkan rambut yang sihat dan menawan.
Foto: Instagram (@marioncounter)
“More is More merupakan minuman beri campuran botani dan buah pic. Komponen utamanya ialah vitamin dan ekstrak tumbuhan utama yang telah terbukti bermanfaat untuk tubuh dan juga rambut”, jelas Marion lagi.
Kelainan yang ditonjolkan untuk produk ini cukup Nona kagumi. Maklumlah kebanyakan produk rambut kebiasaannya digunakan di rambut dan kepala, tetapi idea Marion menghasilkan resipi minuman berkhasiat untuk tubuh dan rambut yang sihat nyata unik dan mengagumkan. Jadi padanlah rambut Marion dilihat lebih menyinar, beralun dan menawan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!