Dilantik Menteri Belia & Sukan, Dr Taufiq Johari Bahagia Di Sisi Dr Fathiya & Timang Cahaya Mata Sulung Tahun Lalu!

Dr Taufiq Johari antara ahli politik muda negara yang kian mendapat perhatian masyarakat. Kejayaan figura ini memenangi kerusi Parlimen Sungai Petani dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 nyata melonjakkan namanya dalam arena politik tanah air dan mula dikenali ramai.

Siapa sangka, Dr Taufiq atau nama penuhnya Mohammad Taufiq Johari yang menyandang jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah ketika itu dan mencalonkan dirinya sendiri untuk bertanding kerusi berkenaan telah berjaya meraih kemenangan sebanyak lebih 50,000 undian.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan Dr Taufiq Johari menggantikan bapanya, Tan Sri Johari Abdul yang menyandang Parlimen Sungai Petani di Kedah selama tiga penggal. Tan Sri Johari kini Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Artikelhttps://www.nona.my/ratu-karate-negara-shahmalarani-chandran-atlet-bijak-harumkan-nama-negara-dalam-arena-sukan/

Dr Taufiq Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani

Berusia 30 tahun, Dr Taufiq sebelum ini pernah berkhidmat sebagai doktor perubatan. Dia memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Islam Bandung dan merupakan anak keenam daripada lapan cahaya mata kepada Tan Sri Johari Abdul dan Puan Sri Noraini Mohd.

Menelusuri latar belakang Dr Taufiq Johari, Menteri Kabinet ini mendirikan rumah tangga dengan Dr Fathiya Ainul Mardhiyah pada 24 Februari 2024.

Majlis persandingan mereka diraikan dalam suasana meriah dan gilang-gemilang yang menyaksikan kehadiran individu kenamaan seperti Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hasil perkongsian hidup, Dr Taufiq dan Dr Fathiya menerima kehadiran cahaya mata sulung pada 12 Disember 2025. Khabar gembira berkenaan dikongsikan Dr Taufiq di media sosial miliknya.

โ€œ12.12.25, pada hari Jumaat yang penuh barakah. Alhamdulillah hero sulung kami, Mohammed Sulaiman, selamat dilahirkan.

Terima kasih kepada isteri atas segala sakit, sabar dan pengorbanan yang tak terbalas. Semoga cahaya mata ini membesar sebagai anak yang soleh, baik budi dan membahagiakan semua.โ€

Pelantikan Dr Taufiq Johari Sebagai Menteri Belia dan Sukan

Empat hari selepas bergelar bapa, Dr Taufiq Johari menerima satu lagi berita gembira apabila dia dilantik menerajui Kementerian Belia dan Sukan pada 16 Disember 2025.

Ia susulan rombakan menteri kabinet kerajaan Madani dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengisi beberapa jawatan yang dikosongkan.

Pelantikan Dr Taufiq menggantikan tugas Hannah Yeoh yang kini berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Tidak menunggu lama untuk menjalankan amanah yang diberi, Dr Taufiq turun padang memberi sokongan kepada kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2025 yang berlangsung di Bangkok, Thailand dari 9 hingga 20 Disember 2025.

Share
Published by
Suzi