Masyarakat kita sudah biasa mendengar kisah kecurangan yang dilakukan oleh golongan lelaki yang bergelar suami. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini kita juga telah dipaparkan melalui media tentang kecurangan yang dilakukan oleh golongan wanita yang bergelar isteri. Soalnya, mengapakah ramai isteri-isteri pada zaman ini tergamak berlaku curang? Antara sebab-sebab yang dikenalpasti mengapa isteri berlaku curang ialah seperti yang berikut:

IKLAN
  • Suami mempunyai hubungan sulit dan diketahui isteri. Lantaran itu isteri membalas dendam dengan cara yang sama.
  • Suami tiada masa untuk bersama isteri kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya.
  • Suami tidak berupaya menunaikan nafkah batin kepada isteri atau lemah tenaga batin (mati pucuk).
  • Isteri terjumpa kekasih lama dan menjalinkan semula hubungan cinta akibat kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada suami.

Menurut Syarak, isteri yang curang adalah melakukan suatu dosa; sama ada ia dosa besar atau dosa kecil bergantung kepada tahap kecurangan tersebut. Apa yang jelas ialah ia termasuk dalam kategori isteri yang derhaka (nusyuz). Menurut undang-undang keluarga Islam yang berkuatkuasa di negara ini pula, nusyuz perlu dibuktikan dan disabitkan oleh Mahkamah Syariah.

Suami Main KAYU TIGA, Isteri Pun Curang!

Menurut undang-undang keluarga Islam di Malaysia, isteri curang yang disabitkan nusyuz tidak berhak mendapat nafkah. Sebagai contoh, Seksyen 59 (2) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303) menjelaskan bahawa pensabitan isteri yang nusyuz boleh berlaku apabila dia nusyuz atau enggan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain:

  1. apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya,
  2. apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya, apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

Syarak dan undang-undang juga memberi peluang kepada isteri yang curang untuk kembali taat kepada suami. Oleh yang demikian, apabila seseorang suami mengetahui bahawa isterinya telah curang tetapi masih menyayangi isteri tersebut, beliau perlulah mengambil tindakan yang sewajarnya. Ayat 34 surah Al-Nisa’ menjelaskan bahawa Islam menyarankan beberapa kaedah bagi menyelesaikan masalah isteri nusyuz seperti yang berikut:

  1. Hendaklah dengan cara menasihatinya iaitu dengan memberi peringatan bahawa perlakuannya salah dengan kehendak Islam.
  2. Jika ia tidak memberi kesan, maka tindakan yang perlu diambil ialah dengan meninggalkan seketiduran dengan isteri.

Jika isteri tersebut tidak berubah juga, maka tindakan seterusnya ialah dengan mengenakan pukulan ringan kepada isteri. Namun perlu diingatkan bahawa pukulan itu bukanlah bertujuan untuk menyakiti atan menghukuminya, tetapi untuk membentuk disiplin yang tidak mencederakan isteri seperti yang diajar dalam Islam.

IKLAN

Suami Main KAYU TIGA, Isteri Pun Curang!

Bagi mencegah seseorang isteri kembali curang, undang-undang sedia ada membenarkan suami untuk membuat Taklik Nikah yang baru di hadapan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk (Pegawai PNCR) di mana-mana pejabat agama. Caranya ialah dengan membawa isteri tersebut ke hadapan Pegawai PNCR tersebut dan membuat tambahan lafaz taklik kepada taklik nikah yang asal. Sebagai contoh, suami melafazkan taklik yang baru seperti berikut:

IKLAN

“Jika isteriku (nama) keluar dengan mana-mana lelaki tanpa kebenaranku atau dia berlaku curang kepadaku selepas ini, maka jatuh ke atasnya satu talaq.”

Menurut undang-undang juga, sekiranya seorang isteri dengan sengaja tidak menurut suatu perintah yang diberikan oleh suaminya yang sah mengikut hukum syarak, isteri tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 129 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. Bagi tujuan itu, suami bolehlah membuat suatu aduan di mana-mana pejabat agama yang berbidangkuasa untuk suatu siasatan dijalankan dan sekiranya perlu, pendakwaan akan dilakukan di mahkamah.

Menurut peruntukan undang-undang yang ada juga, seorang isteri yang sudah disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah tidak lagi berhak untuk menuntut tunggakan nafkah termasuk nafkah i’ddah sekiranya perceraian berlaku. Seterusnya, jika pihak isteri membuat tuntutan perceraian ta’liq atau fasakh dengan alasan suami tidak memberi nafkah, alasan itu tidak lagi relevan untuk diguna pakai.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI