“Suami Menangis Ketika Menceritakan Tragedi Serangan Rambang Di Christchurch,” Dr Zurinawati

Umat Islam seluruh dunia terkejut dan sedang bersedih dengan tragedi gempar yang menimpa saudara kita di New Zealand. Seperti mana yang dilaporkan dari Christchurch, tiga orang rakyat Malaysia terlibat dan mengalami kecederaan akibat serangan serta tembakan rambang seorang lelaki ketika umat Islam sedang bersiap sedia untuk menunaikan ibadah solat jumaat. Suspek telahpun berjaya diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan New Zealand.

Isteri kepada salah seorang rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian itu, Nazril Hisham Omar, 49 tahun, iaitu Pensyarah di Fakulti Perhotelan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Dr Zurinawati Mohi, 48 tahun, dikatakan sudah pun berada di New Zealand.

Ketika kejadian yang menimpa suaminya, Zurinawati sedang membawa pelajar-pelajarnya membuat lawatan sambil belajar ke Hatyai, Thailand. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan seorang isteri apabila menerima berita gempar sebegitu dan jarak yang memisahkan begitu jauh.

Difahamkan bahawa Zurinawati kini telahpun sampai ke Negara Kiwi tersebut untuk menemani suami yang berada di Hospital Christchurch serta anak-anaknya yang berada di sana.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, Zurinawati menceritakan tentang detik cemas suaminya itu. “Suami dihempap beberapa mayat berlumuran darah dan melihat jelas lelaki itu menembak jemaah lain, namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana cedera,” kata Prof Madya Dr Zurinawati Mohi, isteri kepada rakyat Malaysia yang ditembak, Mohd Nazril Hisham Omar.

Tambahnya lagi, “Suami menganggap letupan yang berlaku dalam masjid itu adalah letupan mercun. Bagaimanapun, suami memberitahu dia terkejut apabila melihat jemaah lain ditembak dan dia cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya kerana turut ditembak di bahagian belakang dan kaki.

Ketika menceritakan kejadian ini, suami menangis sambil tidak berhenti menyatakan rasa syukur kerana masih bernyawa walaupun dihempap banyak mayat dan cedera ditembak dalam tragedi itu,” kata Zurinawati yang menemui suaminya di Hospital Christchurch, New Zealand, kira-kira jam 11 pagi tadi waktu tempatan.

Mohd Nazril kini dilaporkan stabil dan menjalani dua pembedahan dipercayai akibat kecederaan di pinggang dan ibu jari kaki kirinya. “Suami juga ada bertanyakan keadaan saya dan anak-anak sambil turut menangis kerana bersyukur terselamat.

“Saya mungkin tinggal beberapa bulan di sini (Christchurh) untuk menjaga suami dan anak-anak,” katanya. Semoga segala urusan Zurinawati dipermudahkan dan suaminya cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

Mengikut laporan akhbar Sinar Harian, ketiga-tiga anak pasangan ini yang menjadi kebiasaan akan mengikut bapanya menunaikan solat jumaat bersama. Namun kerana mempunyai aktiviti di sekolah Muhammad Haqiem Daniel, 18 tahun, Muhammad Hazieq Daniel, 14 tahun, dan Muhammad Hazriq Daniel 10 tahun tidak ikut serta pada hari tersebut.

Berikut adalah posting terkini yang dikemaskini oleh anaknya, Muhammad Haqiem Daniel di laman Instagram.

IKLAN
Share