Selamat melahirkan anak kedua pada 1 Februari lalu, selebriti romantis Amyra Rosli dan Amar Baharin sepakat menamakan cahaya mata perempuan mereka, Ayra Aryssa. Pendedahan itu dibuat selepas genap seminggu aktres cantik berkenaan melahirkan puteri sulungnya. Alahai, sedap nama anak. Pandai Amyra dan Amar pilih!
Pada hari tersebut juga pasangan suami isteri ini telah mengadakan majlis akikah puteri kesayangan mereka. Selain mendedahkan nama anak mereka dan berkongsi wajah terkini Ayra, difahamkan pasangan ini turut membuka akaun khas Ayra Aryssa di Instagram. Meskipun baru memuat naik lima posting namun jumlah pengikut Ayra sudah mencecah lebih 40 ribu followers.
Mengintai Instagram Amyra, ibu muda berusia 28 tahun ini sempat berkongsi wajah bayi perempuan comelnya yang dipangku adik-beradik dan ibu Amyra sendiri.
Mengimbas kembali berita kehamilan kedua Amyra, selebriti ini membuat kejutan mengenai pengesahan kehamilannya pada sambutan ulang tahun suami tercinta yang
ke-34 pada Ogos tahun lalu. Malah, Amyra turut berharap dapat bersalin pada tanggal 2 Februari 2020.
Ads
Ads
Namun terpaksa akur dengan kelahiran Ayra sehari sebelum tarikh cantik tersebut.
Apa-apa pun Nona berharap agar ibu dan bayi perempuan comel ini sentiasa diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak solehah.
Kredit: Instagram Amyra Rosli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perspektif kecantikan begitu subjektif membawa maksud yang pelbagai. Namun kecantikan juga bagaikan suatu kemestian bagi setiap wanita. Membuka tirai 2020 Nona sebagai media aspirasi wanita yang telah diterbitkan lebih tiga dekad di pasaran, telah menghimpunkan 16 kisah inspirasi Nona Top Beauty Entrepreneur.
16 nama hebat dalam industri kecantikan negara ini benar-benar telah menyuntik semangat wanita lain untuk berjaya seperti mereka. Nona juga berbesar hati kerana dapat mengumpulkan usahawan hebat ini dalam sebuah majlis hi-tea.
Majlis hi-tea yang berlangsung di Glam Hall ini berlangsung bagi menghargai jasa dan meraikan pengusaha kosmetik yang bertungkus-lumus memastikan setiap wanita kekal cantik dan bergaya. Mereka bukan sahaja sudah berjaya dalam bidang masing-masing malah menjadi motivasi buat wanita lain yang ingin berjaya.
Nama-nama yang diraikan pada petang yang indah itu adalah, YM Tunku Dato’ Indera Kaiyisah & Natasha Ozeir, Pengasas Prettysuci; Datuk Seri Siti Nurhaliza, Pengasas Simplysiti; Dato’ Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida, Pengasas D’Herbs; Datin Noor Kartini & Noor Neelofa, Pengasas Young & Glow Cosmetics; The Melvins, Pengasas Kekasih By The Melvin; Ili Zawani & Amin Fauzi, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif FCC Malaysia; Nor Nabilah Zulyadaini, Pengasas Bellaz Beauty; Asyalliee, Pengasas Loveliee; Eriyca Baiduri, Pengasas Noir Health & Beauty; Wan Nur Syuhada, Pengasas Sobella Cosmetics; Iqbar Hakim, Ketua Pegawai Operasi, DNars Skincare; Nuex Rosli, Pengasas NR Cosmetics; Ayu & Iskandar, Pengasas Skindara Global; Nabella Anuar, Pengasas Kayman Beauty; Liyana Natasha, Pengasas Chienta Skincare dan Nurul Shuhada Sarbene & Dr Aizul Hafizi Ismail, Pengasas SIS Aesthetic.
Majlis yang meriah itu telah diserikan dengan kehadiran Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Farinawati Datuk Mohd Din dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Mohamed. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Sdn. Bhd, Encik Syamil Fahim.
Bagi menghangatkan lagi majlis pada petang itu apabila Pakar Motivasi Perniagaan Sifu Jamal telah berkongsi rahsia kejayaan dalam menguruskan perniagaan. Majlis juga telah diceriakan dengan alunan suara merdu Noryn Aziz. Lebih istimewa apabila Nona telah membuat Tribute To Allahyarhamah Faziani Rohban bagi menghargai jasa beliau dalam industri kecantikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih terasa kehebatan Majlis Pertunjukan Fesyen ARIANI FLORAYA 2019 yang berlangsung semalam. Saat menjejakkan kaki ke dalam Dewan Utama, Kuala Lumpur Convention Centre umpama berada di sebuah inderaloka.
Bunga-bunga pastel yang menghiasi keseluruhan dewan dengan tema flora botanical benar-benar mengamit emosi kewanitaan. Tepat dengan tema yang telah dipilih oleh ARIANI pada tahun ini iaitu ARIANI FLORAYA 2019.
Namun kehebatan pada petang itu lebih terserlah apabila ARIANI menampilkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pilihan dan gaya yang cukup mempesona. Para tetamu disajikan irama 90an sebagai apresiasi kegemilangan zaman ini sebagai simbolik 11 tahun jenama ARIANI di pasaran.
Peragawati melangkah penuh gaya dengan 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed yang terdiri daripada koleksi Selendang Cluster, Frackle Flow, Calgary, Instant Ferrera, Valerie, Tuscany dan banyak lagi.
Bukan hanya tetamu yang hadir sahaja teruja melihat koleksi yang telah disediakan malah kaum wanita lain pasti rambang mata melihat lebih 100 pilihan hijab terbaharu dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang moden dan elegan.
Diikuti dengan peragaan ARIANI LUXE dan koleksi ARIANI READY-TO-WEAR (RTW). ARIANI RTW sekali lagi tampil manjalinkan kerjasama dengan selebriti Ayda Jebat dan Mira Filzah. Dalam majlis ini ARIANI telah memeprkenalkan ikon baru ARIANI RTW iaitu Sheila Rusly.
Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahu setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki di samping rekaan yang minimal dan praktikal.
Lebih 700 orang tetamu menyaksikan koleksi ini buat pertama kalinya. Tetamu kehormat yang turut hadir menyerikan majlis pada petang itu, isteri kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datin Seri Shamsida Taharin, isteri kepada Menteri Besar Perak, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Dato’ Mohammed Radzi dan isteri kepada Menteri Besar Selangor, Puan Masdiana Mohamed.
Menurut Pengarah Pemasaran Ariani Textile & Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Farah Haryani, 11 tahun berkecimpung dapam industri hijab tempatan, ARIANI sentiasa menumpukan perhatian terhadap penyelidikan dan dan kajian fabrik yang memberi fokus kepada penstrukturan jalinan fabrik bagi memberikan lebih keselesaan dan pilihan kepada pelanggan.
Tambah Datin Farah lagi, kesemua koleksi ARIANI FLORAYA 2019 yang dipersembahkan tidak sekadar cantik dipandang, tapi cukup praktikal untuk digayakan sepanjang lebaran nanti.
Penyanyi rock lagenda, Ella telah memeriahkan acara dengan mengadakan persembahan pembukaan. Ella telah mendendangkan lagu Layar Impian dan Permata Pemotong Permata. Persembahan Amy Search benar-benar memukau dengan lagu hits Isabella dan Fantasia Bulan Madu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa rindu pada Tanah Suci Mekah terasa menjadi-jadi pula sejak melihat foto saudara baru, yang juga selebriti popular Marsha Milan Londoh di sana.
Marsha yang menunaikan umrah bersama suami dan keluarga mertuanya dikatakan bertolak ke Madinah pada 1 November lalu dan kini telah pun selamat tiba di Mekah. Sepanjang di sana, Nona tertarik melihat penampilan Marsha yang kelihatan sangat sopan, bertelekung dan berhijab labuh.
Nampaknya selepas mendirikan rumah tangga, suami Marsha iaitu Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Haji Mohamed Ismail berjaya membimbing isterinya ke arah kehidupan Islamik.
Niat finalis AF Megastar itu untuk mengerjakan ibadah suci itu juga akhirnya tercapai. Semoga Marsha terus istiqamah mendalami Islam selepas kembali ke tanah air nanti. Kalau terus berhijab pun apa salahnya, kan?
Jom tengok gambar-gambar Marsha seperti yang beliau kongsikan di media sosial ni… Cantik sangat! Norzalina Mohd Alias
Sumber: Instagram @marshamilan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.