
Happy birthday, Bellaz! Tanggal 7 April lalu merupakan ulang tahun kelahiran Instafamous Muabellaz yang ke-30. Kalau tahun lepas, Bellaz bermurah hati kongsi rezeki dengan menyumbangkan 1,000 biji karipap kepada peminat di Alor Setar, Kedah… tahun ini ada kejutan istimewa dari usahawan kosmetik tersebut.
Meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas ucapan hari lahir daripada peminat baru-baru ini, Bellaz yang kini hamil anak keempat mengumumkan produk keluaran terbaharunya sempena birthday kali ini.



Ujarnya, “Bismillah bersempena special date 7/4 iaitu ulang tahun Bellaz, saya nak released warna baru Lipmatte Muahbybellaz edition 6.0. Semua warna-warna terbaru untuk all skin type light to tan semua masuk.
Lepas tu kan Bellaz berbesar hati nak hadiahkan Muahbybellaz untuk 20 orang yang bertuah.”
Patutlah rezeki Bellaz sentiasa melimpah ruah. Orangnya pemurah dan suka bersedekah.
Bukan saja tak lokek kongsi ilmu solekan, wang dan makanan. Produk kecantikan miliknya sendiri pun dia sudi berikan secara percuma kepada peminat.
Tambah wanita kelahiran Kedah ini lagi, dia merancang pelbagai kejutan lain untuk pelanggan setia pada tahun ini.




Kisah kejayaan dan kehidupan Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini sering menjadi tumpuan serta inspirasi kepada generasi muda. Mana tidaknya, dalam usia yang masih muda, Bellaz sudah berjaya melakar pelbagai pencapaian dan kemewahan hidup.
Malah, tidak pernah malu berkongsi kehidupan susahnya suatu ketika dahulu sebagai pembakar semangat buat wanita untuk berjaya.




Semoga usaha murni Bellaz menjadi ikutan kepada lebih ramai usahawan berjaya lain untuk berkongsi rezeki. Nona juga mengharapkan agar Bellaz terus memberi inspirasi dan memperkasakan golongan wanita.
Di samping dipermudahkan urusan kelahiran bayi keempat kelak.