Penampilan anggun Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin seringkali menjadi tumpuan. Walau berbaju kurung mahupun kasual tetap terserlah kecantikan aslinya.
Mengiringi DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj baru-baru ini di majlis pelancaran Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina (ERKC) di Bandar Elmina, Subang, Tengku Permaisuri Norashikin
tampil dengan gaya kasual namun tetap menawan.Baginda berkenan melawat ke tapak pameran yang disediakan Sime Darby Property Berhad dan mendengar penerangan mengenai penubuhan ERKC sejak Oktober 2020, sebelum menandatangani plak dan melancarkan pusat ilmuan berkenaan.
Baginda juga mahu agar penanaman semula pokok-pokok khususnya pokok bakau diperluas dan akan dipantau sendiri oleh DYTM Tengku Amir Shah.
Kredit Foto: Instagram Selangor Royal Official
This website uses cookies.