Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Naik Beca Di Pulau Pinang Raih Perhatian. Pasangan Diraja Siap Naik ETS Ke Utara!

Laman Instagram Selangor Royal Family dibanjiri komen memuji gaya santai  DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta  DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menaiki keretapi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Stesen KL Sentral menuju ke Stesen Butterworth, Pulau Pinang.


Pasangan diraja merasai sendiri pengalaman menaiki koc kelas perniagaan yang ditawarkan oleh perkhidmatan tren berkenaan. Sepanjang perjalanan lebih empat jam itu, Baginda juga dibawa ke kokpit pemandu dan diberi taklimat ringkas serta berpeluang menikmati pemandangan menarik di landasan yang merentangi Tasik Bukit Merah, Perak.

Menerusi satu perkongsian di Instagram @selangorroyalofficial, baginda berdua amat teruja dibawa melalui beberapa kawasan tumpuan pelancongan di sana.

Ketika berada di Pulau Pinang, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menaiki perkhidmatan beca sambil bersiar-siar di sekitar bandaraya Georgetown.

Baginda berdua amat teruja dibawa melalui beberapa kawasan tumpuan pelancongan termasuk di Lebuh Armenian, sekitar Penang Street Art, Little India, Jalan Masjid Kapitan Keling, Jalan Buckingham, Lebuh Pasar dan Love Lane.

Posting berkenaan meraih perhatian ramai, rata-rata antara mereka mengatakan pasangan diraja itu humble selain memuji kecantikan Tengku Permasuri. Gaya santai pasangan diraja ini menikmati percutian dalam negara sememangnya mendapat pujian ramai apatah lagi Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai syurga makanan!
Selain itu, baginda dilaporkan berangkat ke Pulau Pinang pada 13 Januari lalu itu menaiki keretapi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Stesen KL Sentral menuju ke Stesen Butterworth.

IKLAN
Share