Sunyi Sepi & Lengang, Lelaki Ini Kongsi Keadaan Bandaraya MELAKA!

IKLAN

Kagum dengan sikap penduduk negeri Melaka yang patuh terhadap Perintah Kawalan Pergerakan seperti diarahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Jika segelintir masyarakat seakan memandang remeh dengan situasi penularan Covid-19 hingga ada dalam kalangan mereka yang berpusu-pusu pulang ke kampung, beriadah di taman dan makan di tempat awam tanpa rasa bersalah… berbeza pula keadaannya di Bandaraya Bersejarah ini.

Terkenal sebagai destinasi pelancongan popular dan sentiasa sibuk dengan kehadiran pelancong dari dalam serta luar negara, Bandaraya Melaka sejak Perintah Kawalan Pergerakan dua hari lalu kini bertukar sepi dan lengang.

Menerusi perkongsian penduduk Melaka sendiri yang juga pemilik akaun Facebook, Mohamed Amiruddin Bulat, gambar di beberapa tempat tumpuan pelancong di Bandar Hilir ini diambil dua hari lepas iaitu sebaik Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Dia yang tinggal di Melaka Tengah ketika dihubungi Nona turut melahirkan kebimbangan untuk berada di luar rumah dalam tempoh yang lama memandangkan jumlah jangkitan kes Covid-19 semakin meningkat.

IKLAN

Melihat suasana yang jarang sekali berlaku itu, dia terpanggil untuk berkongsi ‘pemandangan’ tersebut di media sosial. Katanya, “Sekejap je saya ambil gambar, lepas tu saya terus balik. Tak ada gambar terbaru pun sebab dah risau nak keluar lagi sekarang.”

IKLAN

Berdasarkan gambar-gambar tersebut jelas kelihatan tempat tumpuan seperti Stadthuys, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan perkarangan Menara Taming Sari sepi daripada kehadiran pengunjung dan sebarang aktiviti. Tiada kelibat penarik beca dan deretan beca pelbagai hias yang membanjiri tempat tumpuan ini seperti kebiasaan. Malah, restoran dan kedai menjual cenderamata juga ditutup.

IKLAN

Setakat semalam, 19 Mac 2020 sebanyak 900 jumlah jangkitan kes dilaporkan dengan 110 daripadanya ialah kes baharu. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi di Malaysia dengan 223, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 123, Sabah 112 dan Johor 101. Sementara Melaka pula mencatatkan 20 kes. Kawasan terendah dijangkiti pula ialah di Wilayah Persekutuan Labuan dengan hanya 5 kes.

Show comments
IKLAN
IKLAN
Published by
Suzi