Surat Cinta Romantis Akhiri Zaman Bujang Aiman & Zahirah, 20.2.2020 Jadi Saksi Cinta

Tanggal 20.2.2020 menjadi pilihan buat pelakon jelita Zahirah Macwilson, 25  bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza,31. Dengan sekali lafaz, Aiman dan Zahirah sah bergelar suami isteri. Majlis pernikahan telah disempurnakan sendiri oleh bapa Zahirah, Zainol Johari MacWilson di hadapan keluarga kedua belah pihak dan sahabat rapat bertempat di Glam Hall, Mutiara Damansara.

Pada majlis pernikahan, Aiman menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 beserta lima dulang hantaran manakala Zahirah membalas dengan tujuh dulang hantaran. Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang tetamu mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan Mahligai Creative Weddings di mana tema rustic menjadi pilihan kedua pasangan selebriti ini untuk meraikan majlis akad nikah mereka.

Aiman segak dalam persalinan baju Melayu rekaan Cosry manakala Zahirah menggayakan busana sentuhan pereka fesyen terkenal Teh Firdaus. Lebih istimewa, penampilan Zahirah pada majlis pernikahan disempurnakan dengan koleksi Hearts On Fire dari Habib Jewels  dengan seutas rantai tangan, rantai leher, anting-anting dan cincin.  Habib Jewels menaja barangan kemas bernilai RM1 Juta untuk  menyerikan lagi penampilan Zahirah di hari bahagianya.Wajah Zahirah ditatarias oleh Bosco Ryzal menampilkan konsep solekan minimalis yang anggun.

Perarakan pembawa dulang dari pihak Aiman membuka upacara majlis pernikahan disertai dengan pembawa dulang hantaran dari pihak Zahirah. Aiman segak dalam persalinan baju Melayu rona putih melangkah ke ruang majlis akad nikah sambil disaksikan kaum keluarga serta sahabat handai. Manakala Zahirah pula anggun pula memasuki ruang pernikahan sambil ditemani oleh ibu tersayang, Maslinda Yusoff.

Tepat jam 9 malam,Nur Zahirah MacWilson bt Zainol selamat bergelar isteri kepada Aiman  Hakim bin Dato Ridza Abdoh.

Majlis resepsi pasangan merpati dua sejoli ini bakal diadakan secara bersama kedua belah pihak di GlamHall hujung minggu ini.  Sehari sebelum majlis pernikahan, Zahirah telah menjalani istiadat  Malam Berinai di mana Zahirah menggayakan persalinan Bollywood hasil rekaan Rizman Ruzaini. Majlis yang diadakan secara tertutup untuk keluarga itu telah mendapat sentuhan solekan oleh  Nurul MF dan dandanan rambut oleh Mei Choi.

Setiap pasangan bercinta pasti mempunyai momen indah yang menjadi kenang-kenangan di majlis istimewa penyatuan dua jiwa. Begitu juga buat Aiman dan Zahirah  apabila Aiman membuat kejutan istimewa berupa sepucuk surat ditujukan khas buat ‘bekas tunangnya’.

Surat tersebut berbunyi:

To my ex-girlfriend and ex fiance to be,

I know it has been a roller coaster ride for the past year since we got to know each other.

“Makan mamak until early morning and tengok movie. Trust me, tak tengok pun movie tu sebenarnya”.

I could not stop looking at you.But the best part was to chit chat with you all day long.

“I wish I can put all these feelings into one word. But the things is, there is no such thing and I love that.

“I cannot predict what is on your mind. I find that whatever I tried to. I would fail and ended up being surprised.

“In a few more hours/minutes, you will be my wife And I wish we can be the best of us  in anything throughout this journey.

Your love is my food, your thoughts are my fuel and your touch is my motivation.”

Terdahulu pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019 selepas 7 bulan berkenalan dan menyulam rasa cinta.Selamat melayari bahtera rumahtangga buat pasangan selebriti yang sama cantik dan sama padan ini!

 

 

IKLAN
Share