Svetlana Tikhanovskaya Lambang Wanita BELARUS, Berjuang Menentang Presiden 26 Tahun Berkuasa

Sebelum ini, Svetlana Tikhanovskaya hanyalah merupakan seorang wanita dan isteri yang memilih kerjaya sebagai guru bahasa Inggeris. Namanya mula menjadi sebutan di kalangan rakyat Belarus yang penduduknya berjumlah 95 juta orang apabila beliau menjadi saingan utama jawatan Presiden Belarus.

Presiden Belarus, Alexander Lukashenko sudah memimpin Belarus selama kira-kira 26 tahun kini dilantik sekali lagi sebagai presiden bagi penggal keenam baru-baru ini dengan memperolehi 80.23 peratusan undi.

Bagi Svetlana Tikhanovskaya, kejayaan presiden tersebut mengekalkan kemenangan dilihat banyak dipengaruhi oleh keganasan dan penipuan undi. Beliau juga mendakwa proses dan pengurusan pilihan raya sangat lemah disebabkan tiada pasukan pemantau sekali gus mendedahkan kepada proses penyelewengan kertas undi. Malah Svetlana Tikhanovskaya mendakwa beliau merupakan pemenang sebenar dalam proses demokrasi tersebut.

Tikhanovskaya yang sebelum ini merupakan seorang guru Bahasa Inggeris bertindak mencabar ahli politik yang menjadi presiden Belarus sejak 1994 itu selepas suaminya yang merupakan seorang blogger popular Sergei Tikhanovsky, telah dipenjarakan dan dilarang untuk mencalonkan diri sebagai Presiden. Perjuangan Tikhanoskaya tak mudah.

Ia beberapa kali mendapat ancaman di Belarus termasuk ancaman anak-anaknya yang masih kecil akan diambil jika ia meneruskan niatnya untuk bertanding.. Namun, hasrat dan cita-cita wanita ini tidak goyah walaupun menyedari kesan yang bakal dihadapinya. Namun berbekalkan kepada prinsip keadilan dan percaya terhadap undang-undang, perjuangannya tetap diteruskan.

Selain Tikhanovskaya, dua lagi wanita yang turut sama mencabar kedudukan presiden termasuklah Veronika Tsepkalo, dan Maria Kolesnikova. Meskipun berbeza parti, ketiga-tiga wanita tersebut berjuang melawan dominasi presiden yang telah berkuasa di Belarus selama 26 tahun.. Presiden Belarus, Alexander Lukashenko selama ini terkenal dengan tindakannya memenjarakan hampir semua saingannya..

Hasil keputusan pilihan raya yang diumumkan baru-baru ini didakwa melalui proses dan pengurusan yang sangat lemah disebabkan tiada pasukan pemantau sekali gus mendedahkan kepada penyelewengan undi. Malah ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalanan selepas keputusan pilihan raya diumumkan dan turut berlaku tunjuk perasaan bersama ratusan anggota polis.

Kemarahan terhadap Lukashenko diburukkan lagi dengan tindak balas kerjaan dalam menangani COVID-19 di negara itu. Presiden itu sebelum ini hanya menasihati rakyat supaya minum vodka dan melawat sauna bagi melawan jangkitan itu. Belarus yang penduduknya berjumlah 95 juta orang dilaporkan lebih 70,000 kes COVID-19 telah dicatatkan menjangkiti rakyatnya dengan 600 kes kematian.

Sumber: Astro Awani & The Guardian.com

.

IKLAN
Share