Syabas! Malaysia Berjaya Jadikan Dewan Maeps Kepada Pusat Rawatan Covid-19 Dalam Masa 4 Hari!

Jika kita melihat China berjaya membina hospital dalam masa 10 hari saja, namun negara kita Malaysia tidak kurang hebatnya kerana telah berjaya menukar pusat pameran terbesar MAEPS menjadi pusat untuk menempatkan pesakit yang terkena jangkita virus Covid-19 dalam masa 4 hari saja.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) telah diubah suai untuk dijadikan sebagai pusat rawatan dan kuarantin pesakit wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu diambil sebagai persediaan bagi menampung pesakit itu nanti.

Menurutnya, secara asasnya, kapasiti di hospital sedia ada mencukupi bagi menampung pesakit yang dijangkiti wabak itu.

Pada masa ini, bilangan katil bagi memenuhi keperluan pesakit Covid-19 sedia ada adalah sebanyak 5,292 iaitu 3,400 buah katil di hospital-hospital Covid-19 dan 1,892 buah katil di Institut Latihan KKM di seluruh negara.

Syabas diucapkan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam memastikan misi ini berjaya. Dengar kata, ia bukan perkara yang mudah dah terdapat banyak dugaan untuk memastikan pusat rawatan dan kuarantin ini dapat disiapkan sepenuhnya. Apapun, kita doakan agar semua perancangan yang ingin dilaksanakan berjalan dengan lancar.

Untuk anda rakyat Malaysia, marilah kita sama,sama sahut seruan kerajaan untuk kekal berada di rumah angar dapat menghapuskan rantaian wabak merbahaya yang boleh meragut nyawa ini. Stay safe! Stay at home! Kita jaga kita!

IKLAN
Share