Syatilla Melvin Bakal Dapat Adik Ipar, SYIDA MELVIN Berdebar Menanti Detik Bahagia Esok!

Tujuh bulan menyemai benih cinta dan bergelar tunangan orang, esok Syida Melvin bakal menjadi isteri kepada jejaka tampan, Mohamad Shafiq Azim Shaheen. Mengikat tali pertunangan pada Jun 2018… kedua-duanya akan disatukan dalam majlis ijab kabul di kediaman keluarga Syida di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Sabtu malam.

Ketika dihubungi, Syida yang merupakan adik kepada Syatilla Melvin dalam nada teruja melahirkan rasa syukur. “Alhamdulillah persiapan semua berjalan lancar setakat ini seperti yang dirancang. Saya harap majlis pernikahan esok dan majlis resepsi pada hari Ahad ini dipermudahkan segalanya. Doakan!

Tak ada lain yang diharapkan dalam sebuah perkahwinan melainkan kebahagiaan dan keberkatan oleh Allah. Semoga jodoh kami kekal sehingga hujung nyawa. Ameen,” tutur wanita berusia 22 tahun ini.

Ditanya apa istimewanya Shafiq di mata Syida, pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin ini berkata anak lelaki kepada Datuk Seri Shaheen Mirza Habib dan bekas ‘iron lady’ Malaysia, Allahyarhamah Datuk Wira Hajah Maznah Hamid tersebut seorang yang romantik.

“Kita kenal dah almost 3 years. Detik perkenalan mulanya terjumpa dengan arwah ibu Shafiq dekat wedding Tilla. Kenal ibu dulu baru kenal anak. Then kita start follow each other on social media. Shafiq made a first step,

dia ajak saya keluar lunch after 3 months kenal. Saya tertarik pada Shafiq sebab dia seorang yang romantik. Selalu tambat hati saya dengan hadiah bunga. Lagi-lagi bila part memujuk. Dia juga seorang yang sangat bertolak ansur,” ujarnya sambil ketawa.

Mengakui perjalanan cinta mereka penuh dengan warna-warni… Syida dalam pada itu turut memberitahu, “Saya dan Shafiq boleh dikatakan setiap dua minggu ada fitting baju dengan designer berbeza dan saya anggap ia satu kenangan manis sebelum majlis kami berlangsung.

Setiap hari saya cuba untuk menguruskan persiapan perkahwinan ini sebaik mungkin dan sudah tentu saya akan merindui pengalaman indah ini walaupun sudah bergelar isteri kelak.”

Pada majlis pernikahan itu nanti, Syida akan memberi sembilan dulang hantaran kepada bakal suami sementara Shafiq pula akan membalas dengan tujuh dulang hantaran. Difahamkan, Syida akan mengenakan persalinan nikah dress

dari pereka fesyen ternama, Fuzana Mokhtaza.

Tak sabar menanti foto majlis persandingan kedua-dua mempelai sama cantik sama padan ini. Mesti Syida dan Shafiq kelihatan memukau tatkala berada di atas pelaminan yang tersergam indah. Semoga ikatan perkahwinan yang terjalin ini direstui dan diberkati Allah SWT seterusnya berkekalan hingga ke Jannah!

 

Foto: Instagram Syida Melvin

 

IKLAN
Share